Wednesday, July 27, 2016

BAHAGIA DENGAN MEMBAHAGIAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman, sahabat ain kasihi.Moga kalian sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah SWT, aamiin.

Bahagia dengan membahagiakan...

Bagaimana untuk merasa bahagia sedangkan kita sendiri merasakan kita tidak bahagia?

Adakala kita perlu cuba untuk bahagia dengan memberikan kebahagiaan pada orang lain.Saat kita berusaha membahagiakan orang-orang disekeliling kita, pasti kita juga akan mendapat tempiasnya.

Kita perlu sedar dalam kehidupan ini tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi.Tidak semua yang kita hajatkan akan kita miliki.

Kehidupan ini adalah untuk memberi.Semakin memberi kita akan merasakan kebahagiaan.Mungkin tiada keikhlasan pada mulanya, namun tidak mengapa teruskanlah memberi kebahagiaan pada orang lain.

Ain yakin kita akan peroleh kebahagiaan itu saat kita ikhlas dalam memberi.Tiada gunanya untuk bersedih, berduka lara sepanjang masa.Adalah lebih elok menghargai nikmat dan saat yang ada dengan mereka yang masih menghargai diri kita seadanya.

Allah SWT ciptakan kita bukan dengan sia-sia.Setiap daripada kita ada fungsinya di muka bumi ini.
Gunakan kelebihan, kemampuan yang ada dan jadilah seorang yang memberi manfaat pada insan-insan disekeliling kita.

Belajar untuk membahagiakan dan memberikan kebahagiaan.Saat kita melihat senyuman terukir di wajah pada insan-insan tersayang, insyaAllah rasa sedih itu akan hilang.

InsyaAllah kebahagiaan akan sentiasa bersama kita.
Usah mengalah, usah menoleh ke belakang.Terus maju ke depan tanpa kenal erti putus asa.

Ingatlah...

Hidup ini untuk dapat redha Allah...
Hidup ini untuk dapat kasih sayang Allah...
Hidup ini untuk dapat keampunan dari Allah...

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar

Muhasabah diri,
nurain vivian


Friday, July 22, 2016

CINTA OH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera buat teman yang dikasihi.Moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.aamiin.

Hari ini penulisan ain berkisar :

  CINTA



Cinta...
Cinta itu suatu nikmat kurniaan Ilahi.

Cinta...
Kerana cinta kita sanggup buat apa sahaja.
Kerana cinta kita sanggup melakukan yang terbaik buat yang dicintai.

Hebatnya Cinta...
Hingga ada dikalangan pecinta lalai pada Yang Maha Esa.

Mari sahabat ain kasihi, muhasabah diri bersama.Peringatan buat diri ini juga yang alpa lagi hina...

Belajar mencintai kerana Allah SWT ...
Belajar menghargai kerana Allah SWT...

Kerana cinta sememangnya mengasyikkan.
Kerana cinta sememangnya mengkhayalkan.
Kerana cinta kita lupa dan suka akan kemungkaran.

Muhasabah diri kembali...
Apa arti cinta...

Dorongkan cinta itu untuk Allah dan Rasul...
Dorongkan rasa cinta itu dengan tujuan dan matlamat yang sebenar...

Didik diri untuk mencintai Allah dan Rasul...
InsyaAllah diri akan terdorong untuk melakukan kebaikkan, ketaatan dan menghindari kemungkaran.

Cinta itu sebenarnya indah dan akan jadi lebih indah saat kita mencintai kerana Allah SWT.

Bercintalah untuk dapat redha Allah
Bercintalah untuk dapat rahmat Allah

Cintailah Allah melebihi segalanya....

Pedoman bersama...

Daripada hamba yang hina,
nurainvivian




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR