Thursday, July 22, 2010

Kenangan 2

Sewaktu aku berada di sekolah menengah, ingatanku pada Islam makin kurang. Namun aku masih ingat lagi perasaanku yang mencari sesuatu..sesuatu yang hilang..


Aku masih lagi mencari peganganku yang sebenar.Aku bercampur dengan penganut Kristian,Hindu..Malah aku pernah ke gereja,kuil untuk mendekatkan diriku dengan agama yang berlainan..Namun tiada satu pun yang mendorongku untuk terus mempelajari atau memahami 2 agama tadi..


Akhirnya aku terus dengan pegangan agamaku pada waktu itu,Buddha.Aku cuba memahami agama itu sendiri dengan membaca buku-buku agama yang ada dirumah kedua orang tuaku.


Namun hati ini masih ragu-ragu.Aku terfikir dan terdetik dihati.."kenapa Islam ada kitab Quran,kalau Buddha apa pulak?"...namun semua itu hanya persoalan demi persoalan yang terbuku di hati..


Nak ku ajukan persoalan sebegini pada kedua ibubapaku,tak mungkin..


Setiap kali aku menyembah patung-patung berhala,aku tertanya-tanya.."mana mereka tahu wajah tuhan?"....namun masih belum kutemui jawapannya..


Dalam keluarga,akulah yang paling rajin sembahyang dan paling rajin ke tokong..Tiada paksaan atau ajaran dari ibu bapaku sendiri..Aku merelakan sendiri..

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    came here from kak Aliya's blog. really good story. your malay is also better than mine. keep writing.

    ye teruskan, teruskan.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. salam alaik ukhti Ain

    Nak ku ajukan persoalan sebegini pada kedua ibubapaku,tak mungkin.. (ana juga rasa beginilah.. mana mungkin nak tanyakan ibu bapa kita kan? nnt kena lecture panjang pula.. hehe)

    Tiada paksaan atau ajaran dari ibu bapaku sendiri..Aku merelakan sendiri.. (ana faham sgt enti.. ana juga begitu. kita merelakan diri sendiri dan komitkan byk masa kerana hati kita tercari2 sesuatu yg terasa hilang dr ruang hati..alhamdulillah, Allah telah membawa kita berdua ke dlm dunia Islam..)

    =) uhibbuki fillah <3

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Liana.
    Alhamdulillah.Kuasa Allah, kita sendiri tidak menyangka.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR