Monday, September 13, 2010

9 MAC 2003

Pada satu hari aku berkenalan dengan seorang sahabat Muslim ini. Kami mula berkawan rapat dan kami banyak juga berkongsi cerita mengenai Islam. Entah kenapa tiba-tiba terdetik hati ini meminta pertolongan sahabatku ini mengenai hasratku memeluk Islam.

Aku menyatakan hasratku untuk bertemu dengan seorang ustazah yang ku kenali di kolej tempat aku belajar.Namanya Ustazah Nora, beliau seorang yang amat lembut dan peramah. Kami telah bertemu beberapa hari sebelum aku membuat keputusan memeluk Islam. Beliau menasihati aku agar berfikir dengan matang dan tidak membuat keputusan terburu-buru.

Pada 9 Mac 2003, dengan bantuan sahabat karibku ini, kami pergi berjumpa dengan Ustazah Nora di kediamannya. Aku menyatakan hasratku pada Ustazah Nora tentang keinginanku memeluk Islam. Dengan izin Allah s.w.t. akhirnya aku selamat mengucapkan 2 kalimah syahadah dan di ketika aku selesai, azan Magrib sayup kedengaran di kediaman Ustazah itu.

Sewaktu aku mengucap 2 kalimah syahadah, aku dapat merasakan kepalaku ini teramat berat dan secara tiba-tiba sesuatu menarik kepalaku ke atas! Setelah itu barulah aku rasakan diri ini teramatlah ringan, hatiku terasa teramat lapang! Subhanallah!!...Terasa diri amat kerdil ketika itu.Air mataku dan ustazah berlinangan sambil diiringi dengan azan Magrib yang sayup kedengaran.

2 comments:

  1. Sewaktu aku mengucap 2 kalimah syahadah, aku dapat merasakan kepalaku ini teramat berat dan secara tiba-tiba sesuatu menarik kepalaku ke atas! Setelah itu barulah aku rasakan diri ini teramatlah ringan, hatiku terasa teramat lapang! Subhanallah!!...Terasa diri amat kerdil ketika itu.Air mataku dan ustazah berlinangan sambil diiringi dengan azan Magrib yang sayup kedengaran.


    sgt2 suka and I really can feel this! subhanAllah! Allahu akhbar!!

    btw, you wrote this post on my birthday! masyaAllah, Allah already know that I'll be reading this post one day. He knows everything. I am incessantly awed by His Almighty!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu akhbar!

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR