Sunday, September 19, 2010

Hari- hari di kolej.....

Setelah ain pulang semula ke kolej, hari-hari yang ain lalui di kolej bagaikan suatu bebanan. Entah kenapa..macam-macam ain dengar. Biasalah kata-kata daripada rakan-rakan sekeliling. Adakala menyakitkan hati ain dari segi mental dan fizikal.

Ain mengaku ain berkawan rapat dengan seorang lelaki muslim yang membantu ain dalam 'penghijrahan'. Waktu itu dia dan keluargalah yang banyak beri dorongan dan sokongan moral pada ain dalam meneruskan kehidupan ain sebagai seorang muslimah. Malah,keluarga ain juga berhubung rapat dengan mereka serta telah beri kepercayaan kepada keluarganya untuk menjaga ain
.

Namun tekanan yang paling kuat ain terima bukanlah daripada rakan-rakan, tapi pihak kolej. Ikutkan hati, ain memang dah putus asa, tawar hati untuk meneruskan pelajaran di kolej. Ain rasa diri ni amat rendah pada pandangan pihak pengurusan kolej, terutamanya pengetua. Sejak ain mula sambung belajar semula hinggalah ain tamat pelajaran, amat sukar untuk ain lihat wajah pengetua senyum bila melihat ain.


Malah, semasa sesi pembelajaran dalam kelas juga yang di bawah kelolaan pengetua pun ain selalu rasa risau, cemas..Setiap kali ada sesi pembentangan kertas kerja pasti ada saja yang tidak kena
. Ain tak kisah jika ain seorang dimarahi, dicaci. Tapi ain rasa bersalah bila kertas kerja melibatkan secara berkumpulan. Pasti rakan-rakan sekumpulan dengan ain terkena tempiasnya.


Akibatnya, ain selalu asingkan diri daripada rakan-rakan sekelas, ain selalu bersendiri jika boleh. Rasa bersalah, malu, rendah diri dengan tekanan diberi membuatkan ain semakin terus berputus asa untuk terus belajar. Pelajaran ain makin merosot. Jika dahulu ain bolehlah dikatakan 'top 5 student' , ain jadi antara pelajar tercorot dalam kelas!


Mana tidaknya, hingga kini ain masih ingat satu 'incident' sewaktu sesi pembelajaran dalam kelas. Seorang rakan ain ni mulanya agak rapat dengan ain. Dialah tempat ain belajar mengaji dan agama. Entah kenapa suatu hari tu, pengetua ni terus keluarkan kata-kata ni....'kalau nak jadi ustazah, takpayah belajar lagi.Berhenti belajar, balik kampung jadi ustazah. Kalau datang sini nak main-main, baik tak payah!'..........

Aduh!!Sakit telinga dan hati ain mendengarnya.Air mata ain mengalir tanpa henti.Rasa diri ni begitu hina dan kotor pada pandangannya.Rakan-rakan yang bersimpati akan datang cuba menenangkan perasaan ni.Sejak kejadian itu, ain mula menjauhkan diri dari rakan-rakan.Ain taknak kerana ain, rakan-rakan berada dalam masalah.Sejak itu juga ain mula tak belajar mengaji seperti dulu.Bila rakan ain ajak pun, ada saja alasan ain beri.

Pada semester akhir sebagai jururawat pelatih, makin banyak tekanan diberi membuatkan ain makin bertambah rasa benci pada pengetua dan makin hilang semangat untuk belajar.Pada ketika itu ada seorang tenaga pengajar ni yang begitu prihatin dengan diri ain, namanya Puan Mariah. Beliau banyak membantu dan memberi dorongan serta kata-kata semangat agar ain meneruskan pelajaran.Beliau tidak berhenti-henti beri sokongan walaupun ketika itu ain memang berdegil dan hilang semangat untuk belajar.

Akhirnya selesai juga semester akhir ain sebagai jururawat pelatih.Pada 30 Julai 2005, ain tamat kursus dan kini bergelar Jururawat Terlatih..Alhamdulillah..

Buat insan yang bernama Puan Mariah yang kini telah ke rahmatullah...ain sedekahkan al-Fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang soleh solehah..amin...

7 comments:

  1. non muslim...tapi ain tak fikir perkara tu menjadi masalah...lagipun pengetua tu pun berpendidikan tinggi dan sepatutnya dia tahu bagaimana nak handle perkara sebegini...sepatutnya dia menghormati hak manusia untuk beragama...caranya seperti dia tak percayakan wujudnya Tuhan dan sememangnya dia tak percaya hanya Allah yang SATU!....

    ReplyDelete
  2. ermm, xperla kak ain, kite tau sape pengetua tue. Alhamdulullah, everything dah okie kan. :)

    ReplyDelete
  3. yup...everything is much better now :)

    ReplyDelete
  4. masyaAllah, your pengetua sounds so immature! x matang langsung untuk mengeluarkan kata2 sebegitu! kejam sgt kalau terjadi pada diri ana, xtau lah bagaimana ana akan respon.. rasa2nya akan terkejut mata terbeliak ngan expresi muka yang mengatakan, "masyaAllah, pengetua ni masih kanak2 lagi ke seorg dewasa? astagha"

    alhamdulillah, akak tabah melalui semua ujianNya terhadapmu. Allahu akhbar!

    WAllahua'alam

    ReplyDelete
  5. suami ukhti lelaki Muslim dlm coretan ini ke? ^_^

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR