Thursday, September 16, 2010

Pengetua..oh Pengetua...

Tarikh 9.3.2003 takkan ain lupakan dalam sejarah hidup ain.Selama seminggu ain merahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan kolej, mahupun kaum keluarga.Namun ain memang bercadang untuk umumkan perkara ini sendiri daripada ada pihak lain yang cuba campur tangan.Sebolehnya perkara baik begini tak perlu dirahsiakan terlalu lama.

Seminggu selepas itu, ain telah pergi ke JAIM ditemani oleh sahabat ain sebelum ini. Di sana, ain berjumpa dengan 2 orang ustaz yang menguruskan perihal mualaf baru. Di sana ain diminta untuk mengucap 2 kalimah syahadah sekali lagi serta diminta memberi satu nama Islam sebagai pengenalan baru. Setelah selesai urusan pengambilan data, ain pun pulang ke kolej seperti biasa. Waktu itu ain menjalani praktikal pada sebelah petang. Pada hari yang sama ain dapat kekuatan untuk memaklumkan pada beberapa rakan kolej yang rapat dengan ain.

Ain juga ingin maklumkan sendiri perkara ini pada pihak kolej dan kedua orang ibu bapa ain. Namun selang beberapa hari selepas itu, adalah hamba Allah ini yang sampaikan perkara ini pada pengetua kolej ain. Masa tu ain dapat arahan untuk berjumpa dengan pihak pengetua..katanya hal penting.Dalam hati ni dah rasakan ada perkara tak elok akan berlaku.

Ain masih ingat lagi, sewaktu ain menjejakkan kaki ke bilik pengetua, jantung berdegup kencang, wajah bengis pengetua sememangnya menggerunkan. Ain disoal bagaikan penjenayah besar!.Entah macamana pengetua ni dapat tahu, dan bukan dari mulut ain sendiri.Lebih menyedihkan, pengetua membuat panggilan telefon meminta kedua-dua ibu bapa ain datang ke kolej berhubung perihal ain.Masa tu, hati ni rasa hancur yang teramat! Dunia bagai gelap seketika.

Dalam benak kepala ni masih jelas kelihatan wajah ibu bapa ain ketika itu dalam keadaan sedih, marah, terperanjat.Rasa berdosa sangat, kerana telah kecewakan mereka.Rasa marah dengan diri ni, memalukan mereka. Rasa marah pun ada juga kerana pengetua campur tangan hal peribadi ain dan tidak benarkan ain pertahankan diri sendiri.Dan yang paling memeritkan hati ini ialah bila pengetua meminta ain 'packing' barang-barang dan pulang ke rumah,dilarang untuk sambung belajar!

Walaupun ibu bapa ain masih dalam keadaan sedih, marah, tapi mereka tetap mengambil berat tentang diri ain terutamanya pengajian ain yang dihentikan.Mereka berusaha hubungi pihak JAIM meminta bantuan bagaimana hendak uruskan masalah pengajian ain.Ain rasa sungguh terharu dan alhamdulillah berkat doa ibu bapa tersayang, ain dibenarkan semula untuk pulang ke asrama dan menyambung pengajian.

Alhamdulillah, ain rasa bersyukur sangat kerana segalanya dipermudahkan
...

5 comments:

  1. emmm....dasyat jg smpai nk dibuang kolej...mujur ada ibu bapa...walaupun sudah berlainan agama...tp msh mempertahankan hak akak..kejam jika dibuang kolej kerana status agama ditukar....ini contah yg terbaik tntg keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah keluarga sentiasa ambil berat..sememangnya akak bertuah...tq sudi baca blog saya..:)

    ReplyDelete
  3. Rasa marah pun ada juga kerana pengetua campur tangan hal peribadi ain dan tidak benarkan ain pertahankan diri sendiri.

    setuju sgt.. yaAllah, ana sgt bersyukur situasi ini tidak lagi terjadi pada diri ana. kalau terjadi sebegini, iaitu mak ayah tahu diriku muslim melalui pihak selain dr diri ana, masyAllah, terlalu overwhelming.. x mampuku wajahkan ibu bapaku.

    WAllahua'lam.

    ReplyDelete
  4. ujian itulah yang menguatkan diri ini...=)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR