Friday, October 22, 2010

Persahabatan

Assalamualaikum, ain ucapkan buat sahabat semua yang sudi membaca blog ain ini.Moga sahabat ain semua dalam keadaan sihat hendaknya dan dirahmati Allah selalu...amin..

Apa itu sahabat?Apakah yang dimaksudkan dengan persahabatan?Adakah persahabatan itu penting dalam kehidupan ini?Apakah nilai dan erti sebuah persahabatan??

Persahabatan penting dalam menjalinkan hubungan sesama kita dan semestinya Islam menggalakkan kita saling merapatkan persaudaraan.

Sahabat boleh dibahagikan dalam beberapa kumpulan:
  • sahabat biasa
  • sahabat karib
  • sahabat sejati
  • sahabat dunia akhirat

SAHABAT BIASA

~bila kita disoal sama ada kita mempunyai ramai kenalan, pasti jawapannya tidak mengecewakan.Kita semua di sini mempunyai ramai kenalan sama ada di pejabat, kawasan jiran tetangga, rakan kolej, dan yang terkini....Facebook, Twitter, Messenger.....

~tidak salah mempunyai ramai kenalan atau sahabat kerana melaluinya kita boleh saling bertukar pendapat dan pandangan mengenai sesuatu perkara yang bermain di fikiran.

~tiada salahnya mempunyai ramai kenalan asalkan kita tahu batas dan tertib sepanjang persahabatan agar tidak terpesong dan akhirnya mengundang padah pada diri sendiri dan sahabat kita itu....

~namun bukan semua sahabat biasa yang boleh dijadikan sahabat karib..........

SAHABAT KARIB

~sahabat karib adalah sahabat yang kita boleh harapkan di masa senang atau susah, sahabat yang kita boleh harapkan di masa sihat mahupun sakit, sahabat yang kita boleh harapkan di masa suka atau duka...

~sahabat karib adalah seseorang yang sudi menjadi pendengar yang setia walaupun tidak dapat membantu.Cukuplah sekadar mendengar kerana adakala hati kita akan menjadi tenang setelah meluahkan segalanya.Namun harus diingat, janganlah kita meluahkan sesuatu yang boleh mengaibkan diri sendiri ataupun orang lain...(ingatan buat diri sendiri juga)

SAHABAT SEJATI

~sahabat sejati bagi ain boleh dikategorikan bagi mereka yang telah hidup berpasangan sebagai suami isteri.Sama ada kita bergelar suami/isteri...kitalah sahabat sejati suami/isteri masing-masing.

~apabila hati diulit kesedihan, kepayahan, jiwa rasa tertekan sudah pasti kita akan berbalik pada pasangan masing-masing.

~kerana itulah Allah jadikan manusia hidup secara berpasang-pasangan agar dapat memenuhi kehendak masing-masing.

~indahnya hidup berpasangan adalah kerana segala masalah, segala suka duka dapat dikongsikan bersama walaupun pahit harus ditelan.

~walaupun bergelar suami/isteri...kita masih lagi perlu menjadi sahabat sejati kepada pasangan masing-masing.

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

~hanya satu dalam berjuta.....

~Allah yang satu......kita dihidupkan kerana Allah..dan akhirnya kita kembali jua padaNya...

~bila diri kita dihimpit kegelisahan, kepayahan, kesakitan, kekecewaan, kekeliruan, pasti tempat kita meratap hati yang sayu ini hanya pada Allah Yang Esa.

~Dialah pendengar setia..memahami rintihan hati umatNya yang dalam kepayahan.

~Dialah cinta abadi yang kekal selamanya...

~Dialah sahabat sejati yang kekal abadi...

~dan Dia takkan berpaling meninggalkan umatNya dalam kesusahan...

Kefahaman mengenai persahabatan teramatlah luas dan banyak yang boleh kita huraikan disini.Apapun kita perlulah hargai persahabatan yang telah terjalin dan berusaha memperbaiki hubungan setiap masa.

Janganlah bila sahabat itu telah jauh meninggalkan kita baru timbul perasaan sesal dalam jiwa ini.Ain katakan ini semua melalui pengalaman, dan pengalaman ini juga ain jadikan peringatan dalam meneruskan kehidupan ini.

Hargailah sahabat kita seadanya dan sayangilah mereka seikhlas hati.Nilai sebuah persahabatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Jika sahabat lama ain ada mengikuti blog ini, ain harapkan suatu masa nanti persahabatan kita yang terputus akan bercantum kembali....insyaAllah dengan izinNya.....amin..

2 comments:

  1. salam ain. terima kasih kerana menulis tentang sahabat. dalam kehidupan dunia ni bukan senang untuk mendapat seorang sahabat tapi mudah untuk mendapat kawan. bagi kakchik, bila Islam menjadi matlamat, setiap salam yang dihulur untuk persahabatan kakchik akan doakan agar ianya berpanjangan hingga ke akhirat. bersahabat kerana Allah kerana ia akan membawa kita kepada banyak kebaikan. allahu'alam.

    ReplyDelete
  2. wsalam,kak chik..betul kata kakchik ..jika setiap persahabatan terjalin kerana Allah..pasti berakhir dgn kebaikkan hingga ke akhirat..

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR