Sunday, December 12, 2010

MENGAPA ISLAM???



Assalamualaikum ain ucapkan buat pembaca dan sahabat blog ain.Moga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah Yang Maha Esa.

Mengapa Islam???
Baru-baru ini ain berkenalan dengan seorang sahabat facebook yang mengenali ain melalui blog ini.Menarik soalan yang diajukan terhadap ain.Soalannya, bagaimana penerimaan keluarga ain sebelum berkahwin dengan suami.

Emmm....mendalam soalan tu.Soalan yang biasa ain dengar.Ada yang berpendapat mereka yang bergelar mualaf ini memilih Islam kerana ingin berkahwin.Namun ain faham sahabat facebook ain tidak bermaksud sedemikian.Apa yang ain dapat faham disini adalah bagaimana ain memastikan suami ain mendapat tempat dalam hati kedua-dua ibu bapa ain.

Segala perkara bermula dengan diri ain sendiri.Sewaktu ain nekad memilih Islam sebagai pegangan hidup, ain muhasabah diri sendiri.Agama, cinta, perkahwinan semuanya adalah suatu perkara yang berlainan.Tidak boleh dicampur adukkan.

Jika ain memilih Islam semata-mata untuk memiliki sebuah perkahwinan dengan jejaka ain cintai, berapa lamakah cinta itu akan bertahan?Bagaimana sekiranya berlaku penceraian atau ditinggalkan gantung tidak bertali?Adakah diketika itu ain masih berpegang pada Islam atau lupakannya?

Ain akui sewaktu memeluk Islam, ain sudah mengenali suami ain ketika itu.Semuanya adalah kebetulan dan ain yakin Allah telah menghantarnya pada waktu yang tepat.Walaupun ada kata-kata kurang enak sepanjang persahabatan kami sehingga terbitnya rasa kasih pada suami, ain pedulikan itu semua.

Bagi ain biarlah Allah tahu apa rasa isi hati ain sebenarnya.Untuk apa ain permainkan soal agama semata-mata kerana cinta?Untuk apa ain permainkan soal kebenaran Islam sebagai agama umat Nabi Muhammad semata-mata kerana cinta?

Bukankah cinta itu akan lebih indah jika kita abdikan kepada Allah semata-mata?

Berbalik pada persoalan tentang penerimaan keluarga terhadap suami ain, pada mulanya amat negatif.Mereka berpendapat Islam membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu.Keluarga ain amat bimbang ain akan disisihkan setelah berkahwin nanti.Mereka menentang habis-habisan perhubungan ain dan meminta ain melupakan suami ain diketika itu.

Sebagai anak, ain faham perasaan mereka yang masih tidak dapat menerima ain memeluk Islam dan sejurus selepas itu bercinta dengan jejaka melayu.Pasti mereka bimbang dengan masa depan anak gadis mereka yang belum kenal erti kehidupan.

Diketika itu, tiada apa ain dapat lakukan selain menadah tangan dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah.Jika dia adalah jodoh ain, maka permudahkan, jika tidak, maka jauhkanlah.Bagi ain jodoh takkan ke mana jika dia memang ditakdirkan untuk ain.

Waktu itu ain masih terlalu muda dan mungkin kurang arif dalam membuat keputusan.Adakala ain memberontak, melawan kata ibu bapa.Namun suami ain ketika itu sering memberikan nasihat pada ain agar bersabar dan tidak cepat melatah.Dia sering berpesan agar tidak lupakan solat dan berdoa pada Allah agar dilembutkan hati kedua-dua ibu bapa ain ketika itu.

Suami ain pula tidak pernah berputus asa cuba memikat hati kedua-dua ibu bapa ain.Suami ain seorang yang amat penyabar, hormat pada orang tua, mendengar kata dan tidak cepat melatah serta amat sederhana.Mungkin ini antara faktor ibu bapa ain dapat menerimanya dalam keluarga kami.Selain itu suami ain tidak mendesak dan mengikut sahaja kemahuan mereka selagi tidak menyalahi agama.

Di pihak ain pula, untuk membuatkan mereka menerima ain semula sebagai anak walaupun berlainan agama, ain harus patuh dan hormat kata-kata mereka dengan tidak melawan kata dan tidak berkelakuan tidak sopan yang boleh mencemarkan nama baik keluarga.Permintaan mereka agar untuk tidak bertudung terus ketika itu ain akui juga.Bagi ain, biarlah mereka menerima agama ini secara perlahan.Adakala perubahan drastik juga boleh membuatkan mereka menjadi semakin bimbang.

Dalam perkahwinan pasti membabitkan pertembungan 2 budaya berbeza.Untuk itu sebagai anak, ain dan suami sering juga menemukan mereka sama ada di waktu perayaan atau hari biasa.Malah, ibu mertua ain dan ibu ain sendiri sering berhubung melalui telefon.Rasa seronok dan gembira sangat ketika itu.Syukur alhamdulillah.

Apa ain dapat simpulkan disini adalah, apabila adanya persefahaman antara kedua-dua belah pihak, tidak kira besan atau bakal menantu, apabila adanya kesabaran antara kedua-dua belah keluarga, maka segalanya akan menjadi mudah.

Kata kunci disini adalah sabar, sabar, sabar, dan sabar, serta sentiasa berserah pada Allah Yang Esa.

Bagi pembaca blog ini yang berhasrat memeluk Islam, atau telah memeluk Islam, ingatlah.Janganlah kerana cintakan pasangan yang beragama Islam dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasih hati, memaksa anda memilih Islam sebagai pegangan hidup.Tiada gunanya mengucap 2 kalimah syahadah tanpa ada keikhlasan dan kerelaan daripada diri sendiri.Seperti coretan ain sebelum ini, tanpa keikhlasan yang datang daripada diri sendiri, segala amalan dan perbuatan kita tidak mungkin diterima Allah.

Salam sayang daripada ain buat sahabat semua.....

10 comments:

  1. VERY IMPRESSIVE ! GOOD WORKS AND CREATIVE
    WE ARE PROUD OF YOU

    ReplyDelete
  2. salam alaiki,

    brp lama ukhti Ain kenal suami sebelum dpt mengahwininya? =)

    betul, kita x boleh memeluk Islam kerana seorang lelaki yg kita cintai.. itu pun kita xtau cinta betul ke x. cuma Allah yg Maha Mengetahui. Ada akalanya yg kita suka x bagus untuk kita dan yg kita tidak gemarlah yg merupakan perkara baik untuk kami..Allah Knows best.. (Al Baqarah)

    salam sayang fillah

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam,liana.
    jika dhitung hingga saat ini, akak sudah berkawan dengan suami hampir 9tahun.Kami mula menjalin ikatan sah pada tahun ke-4 perkenalan.Maknanya sepanjang kak ain belajar mengenali Islam, suami akak sekarang dan keluarganyalah yang paling banyak membantu.Dari situ wujud rasa percaya pada suami yang dahulu dianggap sahabat karib...=)

    ReplyDelete
  4. salam..

    wah.. indahnya cerita akak! ikatan sah yg dimaksudkan bertunang atau akad nikah terus? =)

    akak umur brp skrg?

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah..teruja sy m'bace blog ain mengenai Islam..sy ade seorang adik ipar lelaki yg mualaf (chinese),sblm b'kawen dgn adik sy die tlh memeluk agama islam slma 2 thn.familynye Alhamdulillah blh menerima dgn baik sbb sy tgk ade sedare2 nye yg dah peluk agama islam sblm ni.ape yg membuatkan sy sedih slps mereka kawen hampir 2 tahun,adik ipar dh byk berubah..terlalu sibuk dgn kerja hingga lupe solat,ciri2 seorang Islam sdh tiada lagi..mak sy slalu nasihatkn adik spya nasihatkn suami jgn terlalu mengejar harta dunia smpai lupe ibadah pd Allah..sy seronok bace p'jalanan cerita ain,sgt indah..Islam itu indah kan..sy doakan ain sentiase tergolong dlm muslimah yg sejati,sentiase b'pegang teguh pd ajaran Islam..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, syukur pd Allah atas segala nikmat kurnia NYa, ain tpilih mjadi hamba NYA.
    Tentang adik ipar saudara/saudari itu, ain akui ramai muslim revert yg turut tsasar dr pegangan hidup sbg seorang muslim.Namun,harus diingat hal ini berlaku boleh juga dsebabkn faktor psekitaran.Lihat rakan-rakan yg berada dsekelilingnya.Pengaruh rakan-rakan sekeliling yg dlahirkn Islam tetapi masih goyah keimanannya juga turut pengaruhi pwatakkn adik ipar saudara/saudari.
    Ain katakn begini kerana tjadi pada ain sendri.Jika bkelapagnan,sila baca entry ain btajuk Hijrah diri...ain tekankn bab bpakaian.Satu ketika dahulu ain hanya mengikut sj cara wanita Islam bpakaian tanpa mencari ilmu apa itu aurat dan adab bpakaian dlm Islam.Rupa-rupanya apa kita lihat taksemestinya benar dan betul.
    Peranan saudara/saudari sekeluarga adalah turut sama mbantu dengan membawa adik ipar ke majlis-majlis ilmu.Jika boleh dptkn ustaz yg sudi mbimbing secara peribadi.Ain nasihatkn tegurlh cara bkias..bulan Ramadhan begini ajaklh bbuka bsama2,dan bawalh dia melakukn solat terawwih..
    hadiahkn buku2 agama bkaitan solat,kpentingan solat dsbgnya..
    Bagi isterinya pula,jangan bhenti menegur.Tunjukkn teladan yg baik, lakukn tanggungjawab sbg seorang muslim dan isteri yg baik.Banyakkn bdoa.InsyaAllah,cepat atau lambat hasilnya,biar Allah tentukn...
    Ini email saya jika perlukn bantuan yea:
    nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Tuhan atas sebesar besar nikmat yang di anugerahkan. Selawat dan salam keatas Rasulullah yang dalam wafatnya tetaplah berperanan sebagai Nab I akhir zaman... Mahalnya hidayah kernanya dalam susah macam mana pun tetapi kita terhibur kerana jika kita mati sekalipun dalam mempertahankan kebenaran pun tak pe.. Moga terus besabar. Saya jga mualaf yg baru berhijrah di kota tinggi, johor jika ada sebarang info mohon email: md_jihad13@yahoo.com. Terima kasih... Kounsikou

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR