Thursday, January 20, 2011

CABARAN WANITA ISLAM




Situasi 1:
"Orang lain tak tutup aurat, kenapa u terhegeh-hegeh nak tutup aurat?U chinese muslim, but yang lain lahir as a muslimah tak kisah,tak ikut pun!!".

Situasi 2:
"Saya dulu memang pakai tudung kak, tapi ayah saya cakap tak payah pakai,so saya pun tak pakailah".

Situasi 3:
"Nantilah, belum sampai seru".

Situasi 4:
"Suami tak kisah pun pakai ke tak, so nantilah".

Situasi 5:
"u keje sini so kena ikut undang-undang sini,kalo management kata tak boleh lengan panjang, ikut je lah!".
Assalamualaikum sahabat ain semua.Alhamdulillah ain masih diberikan kesempatan untuk membuat coretan disini.Coretan ain kali ini bukanlah berniat untuk menyindir mana-mana pihak, sekadar untuk ingatan diri sendiri dan kita bersama, mengenai situasi masyarakat Islam masa kini.

Situasi 1&5 ada berkaitan dengan diri ain sendiri, manakala yang lain itu melalui pengalaman ain seharian.

Memang tidak dapat dinafikan wanita Islam khususnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi sesebuah keluarga disamping membantu mengurangkan beban para suami.Apabila pulang ke rumah, mereka sibuk pula menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga.

Dalam Islam, wanita tidak dilarang untuk keluar rumah dalam keadaan darurat asalkan masih lagi menjaga auratnya di luar rumah.Namun faktor sekeliling terutamanya tempat bekerja dan masyarakat setempat adakala mempengaruhi cara berpakaian seorang wanita muslim.

Namun, patutkah ia dijadikan alasan bagi kita sebagai muslimah memperlekehkan tentang kewajipan menutup aurat???Patutkah kita menjadikan alasan untuk mencari sesuap nasi, maka kewajiban wanita Islam menutup aurat tidak diendahkan sedemikian rupa??

Jadi dimana silapnya??Patutkah institusi tempat kita bekerja yang dipersalahkan??Patutkah masyarakat sekeliling yang harus dipersalahkan??Patutkah para suami yang membenarkan golongan yang bergelar isteri bekerja diluar rumah dipersalahkan??Atau si empunya diri yang patut dipersalahkan??







Biarlah persoalan demi persoalan itu sahabat ain dan pembaca fikirkan sendiri.Di sini ain selitkan tulisan daripada OTHMAN H.I. dalam tulisan bukunya 'AURAT DALAM ISLAM'...

"Memang sukar untuk menyemai benih cintakan nilai-nilai agama dalam jiwa seluruh anggota masyarakat.Tetapi kesukaran itu dapat diatasi jika semua pihak berganding bahu bekerja dalam satu pasukan untuk merealisasikannya di tengah-tengah masyarakat.Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah keadaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat kecuali mereka sendiri berusaha ke arah itu.....

...Jika masyarakat merasakan bahawa wanita-wanita Islam perlu menutup aurat dengan sempurna bagi melaksanakan perintah Tuhan, maka semua pihak mestilah bekerja.Pertubuhan- prtubuhan wanita perlulah mengadakan kempen kesedaran kepada kaum sejenis mereka, suami hendaklah memberi perangsang kepada isteri dan jika perlu memaksanya supaya menutup aurat, ibu bapa mestilah menggesa anak-anak mereka, guru-guru haruslah sentiasa memberikan galakkan serta bimbingan kepada murid-murid, alim ulama wajiblah memberi tunjuk ajar, pemerintah sewajarnya bertindak selaku pendorong dan jika perlu mewujudkan undang-undang mengenainya..."






Sampai di sini sahaja coretan ain kali ini.Sekiranya ada tersilap kata, harap dimaafkan.Sesungguhnya segala yang buruk datang daripada diri sendiri, segala yang baik datang daripada Yang Maha Esa....

2 comments:

  1. Assalammualaikum Ain,

    Akak jumpa blog ini dari blog Chik, alhamdulillah. Mohon izin letak link kat blog akak ye.

    Artikel yang bagus, mengingatkan akak kepada peristiwa 16 tahun lalu masa interview kerja, "if we accept you will you take off your headscarf?" Alhamdulillah, akak telah pilih jalan yang betul dan Allah telah beri rezeki yang melimpah ruah walaupun bukan dalam bentuk gaji lumayan dan pangkat besar.

    Keep writing. Salam ukhuwwah,

    Kak Haza @ hazazean.com (tak boleh sign in dengan wordpress profile pulak!)

    ReplyDelete
  2. salam,Kak Haza..firstly...tq so much kerana sudi luangkan masa membaca blog ain.

    buat masa ni ain masih bekerja di tempat sama, dan ain sendiri masih tegas dlm mpertahankn hak ain sebagai wanita muslim dlm usaha menjaga aurat sewaktu bekerja,walaupun sering dpertikaikan dan dpandang serong oleh mereka yg muslim mahupun non muslim.

    InsyaAllah , moga lebih ramai lagi muslimah di luar sana sedar betapa pentingnya kita mpertahankan kewajipanNYA, lebih dari hal dunia.

    Buat Kak Haza, tahniah ain ucapkan kerana Kak Haza buat kputusan yg betul.May Allah Bless U Always yea...

    Salam perkenalan daripada ain buat Kak Haza juga...=))

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR