Sunday, January 9, 2011

CINTA.....HATI......

"Persoalan cinta adalah persoalan hati.Ia bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah.Andai kita tidak sanggup menguasai hati sendiri maka cinta akan sukar untuk datang.Hati seseorang terletak ditangan Allah.Dia membuka dan menutup hati bila sahaja Dia menghendaki, dengan hikmahNya, serta ilmuNya."...(coretan daripada Rizal Abdur Rahman-I Love Quran and You?)

Firman Allah;
"Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."

Assalamualaikum, salam sejahtera ain ucapkan buat sahabat ain sekalian.Moga diri ini dan sahabat sekalian sentiasa dirahmati Allah selalu.

Hidup ini penuh dengan pelbagai cobaan dan godaan yang adakala boleh menggoncang keimanan diri sendiri.Semua ini adalah tanda kekuasaan Allah Yang Maha Esa yang menyayangi umatNya dan sebagai peringatan buat umatNya agar tidak leka dan tidak alpa dengan kehidupan duniawi.

Persoalan cinta dan persoalan hati, kedua-duanya saling berkait.Tanpa hati, tiada cinta.Apalah arti cinta tanpa adanya hati.

Begitu juga dengan rasa kasih kita kepada Yang Maha Pencipta.Tanpa ada rasa kasih yang luhur, lahir dari hati yang ikhlas, tidak mungkin datangnya rasa cinta kita kepada Allah SWT.

Segala perbuatan, amalan, dan keputusan yang kita buat seharian juga turut berkaitan dengan hati.Maka di sini, dapat ain simpulkan bahawa segala baik dan buruk akan berbalik kepada hati diri sendiri.Penyakit hati adakala boleh merosakkan, malah boleh memusnahkan umat itu sendiri.

Penyakit hati ada pelbagai macam, cara mengubatnya??...

Sentiasalah bermuhasabah diri sendiri.Kita mungkin rasakan diri kita cukup sempurna atau kita sering merasakan diri kita adalah lebih baik daripada orang lain.Ingatlah bahawa walaupun kita kelihatan sempurna pada pandangan kasar, tidak mungkin tiada cacat celanya.

Sentiasalah bersikap merendah diri apabila mengadap Allah SWT, iaitu ketika bersolat.Apa ain cuba nyatakan adalah, janganlah ada perasaan riak bahawa solat kita 5 waktu sehari semalam, sudah cukup dan pasti akan diterima Allah SWT.Belum tentu lagi, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Sentiasa cuba luangkan waktu mendekatkan diri mempelajari al-Quran.Sebagaimana kita semua ketahui, Quran adalah penawar atau 'Syifa' bagi segala penyakit hati.InsyaAllah dengan membaca dan mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran, hati kita akan menjadi lebih tenang.

Sentiasalah meluangkan waktu untuk berzikir kerana zikir juga dapat menenangkan hati kita yang sentiasa keluh resah.

Sentiasalah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.Mohonlah kepadaNya agar dosa-dosa kita diampunkan dengan penuh rasa penyesalan dan ikhlas hanya padaNya.

Namun, segalanya masih bergantung kepada diri sendiri.Adakalanya kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dan bukannya menunggu 'bila sampai seru'.Selalu sahaja ain mendengar kata-kata sebegini dan amat menyedihkan kerana mereka beranggapan perlu tunggu satu saat yang sesuai untuk berubah.

Dalam blog ain sebelum ini ain ada nyatakan, apabila kita mula menyintai seseorang, kita akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan cintanya.Apabila kita mula menyintai dan menyukai seseorang, kita hanya akan lakukan perkara yang mereka sukai semata-mata untuk menambat hati diri yang dicintai.

Tanyalah hati kita, sejauh manakah kita sudah tunjukkan rasa kasih dan cinta kita kepada Allah Yang Maha Esa??? Sejauh manakah kita sudah lakukan untuk menambat hatiNya??? Sejauh manakah kita sudah usahakan agar Allah makin sayang dan cintakan kita???

Tepuk dada, tanyalah hati.Ukur diri sendiri (tidak perlu bandingkan dengan orang lain)

Berdoalah kepada Allah SWT agar kita dipermudahkan dan dilembutkan hati agar lebih mencintai Allah SWT.

2 comments:

  1. Salam Ain, Ain sangat suka hasil nukilan Ain. terutama apabila menyentuh bab ' Apabila kita cintakan seseorang kita pasti akan sgp melakukan apa sahaja untuknya'. Ain sendiri pun terfikir, mengapa ada yang kata 'Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang' tetapi seringkali manusia lalai & tiada kesanggupan untuk melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhaanNYA tetapi kalau untuk kekasih,sampai sakit jiwa pun sanggup...wallahualam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam,Ain..itulah dia hakikat kehidupan yg adakala kita sendiri terlepas pandang..moga kita sentiasa menerima petunjuk dan hidayah daripada Nya..amin.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR