Saturday, February 5, 2011

ALAM MAYA

Assalamualaikum sahabat semua.Moga sahabat semua sentiasa dalam keadaan sihat selalu.Kali ini ain ingin berkongsi tulisan blog yang ain baca satu ketika dahulu untuk renungan bersama.

Moga tulisan beliau memberi manfaat kita bersama terutamanya kita yang bergelar muslimah...InsyaAllah...amin...





Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar


Tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.Sekadar berkongsi apa yang ain baca dan dirasakan amat berfaedah untuk kita bersama.Maafkan ain andai apa yang ain kongsikan ini menyinggung perasaan semua.Maafkan ain ye...=)Segala yang baik datang daripadaNya, yang buruk datang daripada diri sendiri...

4 comments:

  1. Terima kasih kerana mengingatkan, kadangkala mungkin kita terlupa, atau ada yang tak tahu. Akak selalu juga pesan kat pelajar2 wanita dan anak2 pasal upload gambar kat internet, walaupun dalam keadaan bertudung. Dan juga Muslimah berpurdah, kadang2 ada yang bergambar sambil posing merenung tajam, atau posing lentuk. Rasanya kurang molek, sebab tujuan berpurdah ialah untuk menabir aurat sebaik mungkin, termasuk renungan mata, agar tidak menjadi fitnah.

    Semoga kita semua lebih berhati-hati, yang bahaya bukan setakat ditonton, malah mungkin didownload.

    Allahu'alam.

    ReplyDelete
  2. firstly,terima kasih kerana sudi baca tulisan ain disini.ain juga bsetuju bahawa tujuan Islam menekankan tentang kepentingan aurat adalah demi kebaikkan muslimah itu sendiri.

    Moga lebih ramai lagi muslimah di luar sana menyedari hal ini bukanlah ingin menyusahkan, sebaliknya mereka perlu merasa bangga menjadi seorang muslimah.amin...

    ReplyDelete
  3. salam ain,

    Walaupun peringatan2 begini selalu kita dengar & baca tetapi kebanyakannya terutama gadis2 tidak ambil kisah. Melalui gambar2 itu, macam2 perkara tak elok boleh terjadi andai ada pihak mahu buat aniaya. Harap ada kesedaran & hati2 lah kpd kwn2 semua dan saya juga.

    from - mymekar.com

    ReplyDelete
  4. w'salam mekar...

    ain juga bharap ramai muslimah di luar sana, bukan sekadar mbaca artikel sebegini yg kita sedari byk tlihat di laman blog mahupun di majalah.sebaliknya mereka harus faham dan sedar betapa beruntungnya menjadi seorang wanita Islam yg telah diletakkn dlm kedudukannya sendiri...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR