Saturday, February 19, 2011

BELAJAR




"Ain, ko taknak sambung belajar degree ke??Rugilah, ko tu muda lagi..."

Mungkin cara pemikiran ain agak berbeza dan sukar difahami.Mungkin pemikiran ain dianggap jauh kebelakang dan ketinggalan zaman.

Usia ain bakal mencecah 27 tahun dalam masa kurang 8 bulan dari sekarang, insyaAllah, dengan izin Allah.Dan hampir 8 tahun ain memilih Islam sebagai jalan hidup ain.Namun, apa yang ain tahu??

Tidak cukup sekadar tahu membaca Al-Fatihah dan solat sahaja.Tidak cukup sekadar tahu berpuasa sahaja.Malah banyak lagi ain perlu pelajari.

Alhamdulillah, ain kini bertemu dengan seorang guru agama yang dapat membimbing ain mempelajari bacaan Al-Quran yang selama ini ain pandang remeh sama sekali.Kini ain cuba fahami bacaan dan 'nyanyian' sewaktu mempelajari Quran.Guru agama ain berkata, 'lagu ada irama, Quran pun ada iramanya sendiri..lagu boleh hafal...takkan Quran yang penting ni tak boleh hafal...'.

Terdetik hati ain yang selama ni begitu alpa dengan hal dunia, tetapi hal akhirat tak pula diambil peduli.Kita semua boleh menghafal lagu dari baris pertama hingga baris terakhir.Malah kita berkebolehan menghafal 10 buah lagu dalam satu-satu masa.Namun belum tentu kita dapat menghafal walau satu muka surat dalam Al-Quran.Betul tak?

Selama ini ain sibuk mengejar hal dunia, sibuk mencari duit yang dirasakan tidak pernah cukup, sibuk mencari kepuasan dengan membeli barangan mewah.Namun, segalanya tidak pernah membawa apa-apa perubahan dalam diri ini.Masih mencari dan terus mencari.Dan Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.Dan ain diberikan petunjuk pada satu malam...Subhanallah!!

..Dan biarlah ianya menjadi rahsia antara ain dan Allah.....

Umur ini pemberian daripada Allah SWT.Maka kita sebagai hambanya perlu menggunakannya sebaik mungkin.Masa meninggalkan kita tanpa kita menduga, ajal kita barangkali sudah tiba.Entahkan esok, entahkan lusa, atau mungkin di saat ini!

Maka itulah ain paling takuti sekali.Mana tidaknya ilmu ain yang sebegitu cetek pasti akan disoal kelak, amalan ain yang tidak seberapa pasti akan dihitung kelak.Aduh!!Banyak perkara perlu ain kejar!Jika dahulu ain risau bagaimana harus cari sesuap nasi, kini ain lebih bimbang bagaimana ain harus menghadap Allah!

Ilmu Allah takkan pernah habis, malah kita sebagai hambaNya harus berusaha memperbaiki kelemahan diri dan menambah ilmu didada.Tiada gunanya kita menggenggam segulung ijazah/master/degree, namun ilmu Allah begitu kurang sekali.Bukankah ilmu Allah itu lebih bernilai dari segala-galanya?

Cuba tanya anak-anak muda yang baru sahaja habis lepasan menengah, berapa ramai diantara mereka yang benar-benar faham dan dalami ilmu Allah?Cuba tanya mereka bilakah kali terakhir mereka baca Al-Quran?Jawapan itu sudah mencukupi...

Ain tidak mahu menyesal sebelum terlambat.Biarlah ain tidak dapat mencapai tahap degree sekalipun.Biarlah ain dalami ilmu Allah dahulu, degree/master nantilah.(akan difikirkan nanti).Ain bukan bermaksud jika ain sambung belajar ain tak dapat dalami ilmu agama, tidak sama sekali.Ain sedar tahap kemampuan ain.Maka biarlah ain tumpu pada satu perkara dalam satu masa.

Terus-terang ain katakan ain lebih minat mempelajari ilmu agama lebih dari segala-galanya!Ini pilihan ain, dan ain buat pilihan setelah meminta petunjuk daripadaNya...

Namun begitu, ain tetap kagum mereka yang bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah bijak dalam bidang dipelajari tidak kiralah professional atau yang bekerja kilang sahaja.Malah ada diantara mereka ini memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kelebihan dimiliki demi kebaikkan bersama.

Sebagai hambaNya, ain hanya mampu berusaha untuk menjadi lebih baik dan berdoa moga Allah permudahkan jalan yang ain pilih ini.InsyaAllah...

4 comments:

  1. Alhamdulilah. Baguslah jika pendirian ain ke arah itu. Semoga terus sukses !

    "Kenapa memandu di lorong kanan"

    ReplyDelete
  2. salam,mekar...terima kasih atas sokongan mekar.ain cuma luahkan pendapat dan rasa hati ain.anyway, kini ain bergelar surirumah sepenuh masa seperti mekar!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Ain...salam ukhuwah dari Sabah :) Saya sependapat dgn kak Ain..."Tiada gunanya kita menggenggam segulung ijazah/master/degree, namun ilmu Allah begitu kurang sekali.Bukankah ilmu Allah itu lebih bernilai dari segala-galanya?"

    Kita perlu sentiasa istiqamah dalam mencari ilmu Allah...untuk keselamatan diri kita dan untuk membimbing anak-anak kelak...teruskan perjuanganmu kak Ain...Jazakallahu khayr, sy dapat banyak kata2 nasihat, dan motivasi dari Blog kak Ain :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Nur..terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan kak ain disini.
    Ilmu Allah itu luas dan amat berguna didunia mahupun di akhirat kelak.Amat rugi jika kita bijak pandai dalam ilmu sains misalnya,tetapi tidak dapat menyampaikan ilmu agama pada anak-anak kita satu masa nanti, dan hanya mengharapkan ustaz/ustazah semata-mata.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR