Wednesday, March 9, 2011

8 TAHUN SUDAH




Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain semua.Moga semuanya dalam Rahmat Allah S.W.T. selalu..amin.

Hari ini, 9 Mac 2011 genaplah 8 tahun ain memeluk Islam.Maafkan ain, ain tidak catit pula waktu tu kiranya bulan berapa mengikut kalendar Islam.

Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu ain mengucap 2 kalimah syahadah, seluruh tubuh ini berpeluh secara tiba-tiba dan setelah selesai, seperti ada sesuatu yang menarik di kepala.Akhirnya ain rasakan hati ini begitu lapang, rasa nyaman dan tanpa disangka, air mata ini mengalir.Di ketika itu, perasaan sayu tiba-tiba mencengkam jiwa, sambil diiringi seruan azan Magrib.

8 tahun berlalu, dan sepanjang perjalanan ain sebagai seorang muslimah sehingga ke saat ini, bermacam-macam godaan serta dugaan menimpa.Malah, adakala godaan itu mengoncang iman ain sendiri.

Namun, setiap dugaan dan ujian itulah yang mematangkan diri ini.Ujian itulah yang membuatkan diri ini lebih mendekati Allah Yang Maha Penyayang.Ujian itulah yang menyedarkan diri ini setelah tidur terlalu lama.

Sesungguhnya ain bersyukur kerana dikelilingi keluarga yang amat penyayang dan begitu mengambil berat akan diri ini.Sesungguhnya ain bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu memahami akan diri ini yang adakalanya bersikap tidak matang.Dan sesungguhnya ain bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. dan menjadi salah seorang hambaNya.

Islam itu sebenarnya indah, dan akan lebih indah jika kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. dan sebagai hamba Allah S.W.T. mendokong dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.Alangkah indah andai negara kita juga turut mengamalkan Islam di dalam pentadbirannya.

Sebagai kaum Hawa, sesungguhnya kita amat beruntung kerana dalam Islam itu sendiri telah diberi garis panduan cara hidup dari segi kepentingan aurat wanita serta kedudukannya sendiri di dalam masyarakat.

8 tahun dan masih lagi banyak kekurangan pada diri ini.Adakala timbul rasa takut pada diri ini kerana ilmu yang masih kurang, bagaimana harus ain mengadap Allah andainya ain dipanggil mengadapnya nanti??Masih sempatkah ain tersenyum andai dosa ain lebih berat jika dibandingkan dengan amal yang ain lakukan?

Namun, sebagai hambaNya ain hanya mampu memohon ampun dan berdoa moga diri ini dijauhkan dari perbuatan yang tidak elok dan diberikan hidayah agar terus menjadi hambaNya yang solehah,insyaAllah, amin.

Banyak lagi perkara ain perlu lakukan untuk memperbaiki diri ini.Banyak lagi perkara dan tanggungjawab yang harus ain lakukan sebagai seorang muslimah.Moga saat dan kesempatan yang masih ada ini, dapat ain gunakan sebaik mungkin memperbaiki diri dan menambahkan amal.Moga Allah S.W.T. memudahkan urusan ain, amin.

3 comments:

  1. Salam Ain,

    Terharu saya mendengar coretan ini dan Tahniah atas keputusan yg sdri lakukan ini. Semoga dirimu diberkati dan diberi kekuatan utk menghadapi segala cabaran spnjng menganut ISLAM.

    "Jom belajar membuat macaron"

    ReplyDelete
  2. ana tumpang gembira untuk enti! moga Allah sentiasa bersama kita dan memelihara kita agar sentiasa thabat di jalanNya. Aminnnnn.. =)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Mekar & Liana.
    Alhamdulillah, moga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah buat kita semua.Amin

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR