Friday, March 25, 2011

ADAB MUSLIMAH BEKERJA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Bagi sahabat-sahabat blog NUR, mungkin masih ingat ain pernah coretkan tajuk tentang "BERSOLEK".Bagi anda yang bergelar muslimah, bersyukurlah kerana di dalam Al-Quran itu sendiri telah menceritakan adab/ tata susila wanita apabila berada di luar rumah.Amatlah rugi bagi anda yang sudah tahu tetapi bersikap sambil lewa tentang perkara ini.

AURAT

'Apabila seorang wanita itu keluar dengan memperlihatkan kepalanya (tanpa tudung kepala), memperlihatkan tengkuk, dada, serta mendedahkan betisnya adalah dia termasuk dalam kemungkaran besar yang menyimpang dari ketentuan syarak'... petikan dari buku BIMBINGAN UNTUK WANITA: AURAT&HIJAB....

Sebelum ini ain pernah coretkan tentang cara pakaian yang menutup aurat dengan betul bagi wanita Islam, dan ain akan tekankan setiap kali ain rasakan perlunya untuk saling mengingatkan.Walaupun ramai muslimah di luar sana tahu kepentingan menutup aurat, namun masih lagi bersikap sambil lewa.



Rasulullah SAW menyatakan dalam suatu hadis:
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar syaitan akan memperhatikan."

WANGIAN



Pelbagai jenama wangian kini dijual dengan pelbagai jenis haruman yang memikat hati.Malah, industri wangian tumbuh bak cendawan kerana wangian ini bukan sahaja mudah dibeli di kompleks membeli-belah, malah boleh didapati menerusi internet, jualan secara langsung(MLM) atau di pasar malam.

Untuk menarik wanita Islam khususnya, untuk menggunakan haruman, kini edisi wangian tanpa alkholol pula dijual di sana sini.Malah, boleh digunakan untuk bersolat!

Tiada salahnya mengenakan haruman, tetapi harus diingat untuk siapa haruman itu ditujukan.Jika anda bergelar isteri, eloklah dikhaskan untuk suami sahaja mencium wangian badan anda.Bagi yang 'single', pakailah sahaja dirumah.

Bagi anda wanita yang bekerja dan gemar memakai wangian semasa bekerja, simpan sajalah wangian anda itu dirumah.Walaupun haruman yang anda gunakan tidak sekuat mana, namun ianya masih tetap dapat dicium oleh lelaki lain selain suami anda!

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya orang perempuan bila memakai wangi-wangian kemudian berjalan kepada suatu kaum supaya kaum itu tercium akan harumannya(bau harum yang dipakai), maka itu adalah zina."

'MAKE UP'



Apabila kita sebagai wanita ingin keluar rumah, make up di muka tak mungkin kita tinggalkan bukan???? Tanpa make up dirasakan wajah ini masih tidak cukup cantik atau kita takut kelihatan pucat.

Malah, wanita yang bekerja sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit dari gaji bulanan yang mereka dapat semata-mata untuk mendapatkan koleksi make up terkini, agar apabila dikenakan di wajah, pasti kelihatan cantik dan menawan.

Ain akui ada sebilangan wanita kelihatan teramat pucat, dan mereka bimbang si suami berasa malu apabila ingin keluar rumah dengan mereka.Maka, jika anda ingin mengenakan solekan itu, biarlah berpada-pada dan tidak tebal.Namun, suami yang baik tidak akan melihat kecantikkan isteri daripada luaran dan suami yang baik tidak akan berasa malu untuk berada disamping isterinya yang berpakaian sederhana.

Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu bersolek seperti wanita zaman jahilliah yang lampau." Surah Al-Ahzab : 33

PERHIASAN

Intan, berlian, emas, semuanya sering berkait dengan wanita.Bagi penggemar perhiasan emas atau apa sahaja, pakailah secara sederhana kerana bersederhana itu adalah lebih baik.Malah, kurangnya perhiasan di badan dapat mengurangkan perhatian mata-mata lelaki liar yang gemar memandang kepada kecantikkan.

Ini juga salah satu cara mengelak diri kita daripada menjadi mangsa ragut.Nah, nampak tak kebaikkannya disini?

TUTUR KATA

"Don't judge a book by it's cover."....Mungkin ada benarnya kata-kata ini.Adakala tutur kata kita memberikan gambaran tentang diri kita yang sebenar kepada orang yang berada disekeliling kita.



Berhati-hatilah apabila bercakap.Gunakan intonasi/ nada suara yang sederhana serta ayat yang mudah difahami.Jika rakan-rakan kita gemar bercakap tentang perihal peribadi orang lain, cubalah untuk mengelak dengan cara baik.Mungkin agak sukar pada mulanya, namun perlahan-lahanlah untuk berubah.InyaAllah, pasti boleh.

PERGAULAN



Dunia pekerjaan masa kini melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita.Banyak kes terjadi dimana lelaki atau wanita yang sudah berkahwin menjalinkan hubungan terlarang dengan pasangan lain yang mungkin juga sudah berkeluarga.

'Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin'
Kedua-dua belah pihak tidak kira lelaki atau wanita bekerja harus ingat batas-batas pergaulan sesama mereka.Sering kita dengar wanita dianggap perampas, sedangkan pihak lelaki juga turut terlibat.

Namun, tidaklah ain ingin bahaskan tentang isu berkait.Di sini, ain lebih tekankan kepada kaum Hawa sahaja.Adalah lebih elok wanita yang bekerja menjaga adab pergaulan mereka semasa berada di luar rumah.

Sentiasalah berdoa dan memohon kepadaNya agar dijauhkan perkara-perkara yang tidak elok.Sentiasalah muhasabah diri sendiri dan dekatkan diri pada Allah.

Mohonlah keizinan suami (bagi yang bergelar isteri), sebelum keluar untuk mencari rezeki.Walaupun suami sudah tahu kita sememangnya wanita berkerjaya, keizinan suami itu amatlah penting.Jangan terlalu ego dengan gaji kita dapat setiap bulan, kerana tanpa izin suami, kita takkan ke mana-mana.Untuk ke syurga juga, kita perlu redha daripada suami!

Bagi yang belum bersuami, keizinan daripada ibu bapa juga penting sebelum anda melangkah kaki keluar dari rumah setiap hari.Merekalah yang mendidik dan membesarkan kita sejak kecil tanpa mengenal erti penat.Maka, ibu bapa juga berhak dihormati.


# Setakat ini sahaja yang dapat ain coretkan disini.Jika ada kekurangan, sudilah kiranya meninggalkan komen anda di ruang yang disediakan.
Sekiranya ada kata-kata yang kurang bersesuaian atau menyinggung perasaan, harap dimaafkan.

2 comments:

  1. Sebenarnya bila wanita bekerja memang susah benar nak elak perkara2 spti ini. Nak buat mcmana krn ada antara mereka bekerja krn mahu tampung keperluan ekonomi rumahtangga.Oleh itu kena pandai jaga diri.

    Mekar pun kalau nak keluar ke mana2 tanpa suami mesti mendapat izin dia dulu walaupun ke tempat yg selalu pergi.

    ReplyDelete
  2. Perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan andai niat kuat untuk menjaga nama baik Islam.Daripada pengalaman ain sendiri sewaktu bekerja, memang ain terpaksa berkeras kepala apabila hal membabitkan menutup aurat.Biarlah ain dipandang 'pelik', hanya Allah sahaja yg dapat menilai niat kita bekerja di luar rumah.
    Fikirlah kita membawa maruah suami sewaktu berada diluar rumah, bagi yg belum berkahwin, mereka sebenarnya membawa maruah ibu dan bapa mereka.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR