Monday, March 28, 2011

KENALI DIRIMU WANITA


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Moga semua dalam Rahmat Allah SWT selalu,amin...

Sewaktu ain belum lagi mengenal Islam, sewaktu ain belum lagi mengenal Allah, kod etika berpakaian sebagai seorang yang bergelar wanita tidak pernah ada difikiran.Yang pasti, ketika itu hanya ingin kelihatan cantik, seksi dan menarik pandangan sesiapa yang memandang.

Indahnya kita sebagai seorang yang beragama Islam, agama Allah ini adalah, kita tidak dibiarkan sesuka hati berpakaian mengikut nafsu semata-mata.Melalui Al-Quran, untuk wanita amnya, dididik dan diajar agar berpakaian sederhana dan tidak keterlaluan yang boleh menimbulkan fitnah pada diri sendiri serta orang lain.

Apabila kita berpakaian labuh, kita sebenarnya telah mendapat ganjaran disisi Allah.Namun, harus diingat cara menutup aurat yang betul juga harus diambil kira dan bukan hanya labuh semata-mata.Ini ain cuba maksudkan:

Pakaian labuh tanpa memakai tudung : tidak sempurna

Pakaian labuh mengikut bentuk badan serta jarang : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung singkat : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung labuh tetapi melekap didada : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung labuh tanpa menutup kaki : tidak sempurna


(#pakaian labuh disini ain maksudkan adalah berbaju kurung atau berjubah)



Tshirt labuh berlengan panjang + tudung + jeans ketat : tidak sempurna

T-shirt labuh lengan paras siku + tudung singkat/labuh : tidak sempurna

T-shirt labuh+tudung labuh tanpa melindungi kaki : tidak sempurna


Buat muslimah sekalian yang amat ain kasihi, jagalah cara kita berpakaian kerana pakaian kita adalah identiti kita sebagai wanita Islam.Ingatlah, setiap saat kita diperhatikan dan setiap saat amalan kita dicatat, walau berpakaian sekalipun.





#video didapati from Keluargaku Sayang-thanks to kak chik!

4 comments:

  1. iAllah satu hari nnt ana harap ana boleh mencapai menjadi seorg wanita dan isteri solehah.Aminnn

    ReplyDelete
  2. Salam Nur,
    Mekar pun sedang berusaha utk menjadi yg lebih baik dari sehari ke sehari.Semuga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. wsalam, mekar & liana...

    insyaAllah, niat baik akan sentiasa dpermudahkan...selagi kita diberikan umur, selagi itu kita perlu beramal dan pbaiki diri sendiri..jika kita pernah bbuat silap sekalipun, jika kita btaubat dan benar-benar mnyesal atas ksilapan lalu, insyaAllah, kita akan disayangi Allah SWT...

    ReplyDelete
  4. aminn.. jzkk ukhti nurain..

    p/s: ana ada email enti minggu lepas rasanya.. tp masih x berbalas.. mungkin enti sibuk.. xpe ana tunggu ngan sabar.. =)

    salam sayang fillah

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR