Thursday, March 24, 2011

KENAPA SURI RUMAH???


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Kenapa Suri rumah??? Itulah persoalan yang sering diajukan pada ain ketika ini.Baiklah ain akan menjawab bagi yang mungkin masih kurang faham erti atau maksud suri rumah itu sendiri.

Suri bermaksud penyeri dan jika digabungkan suri rumahtangga, bermakna penyeri rumah tangga.

Ramai berpendapat wanita moden zaman sekarang perlu mempunyai pekerjaan atau wang saku sendiri bagi menampung kehidupan seharian disamping membantu menambahkan ekonomi keluarga.Tiada salahnya bekerja terutamanya yang sudah bergelar isteri dan ibu, yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang lebih jika berbanding sewaktu masih belum berkahwin.

Selain itu, dengan mempunyai pekerjaan tetap dikatakan masa depan seseorang wanita itu terjamin sekiranya kematian suami atau ditinggalkan atau diceraikan.Itu ain juga bersetuju.Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'.. Malah, wanita kini lebih berpelajaran tinggi berbanding kaum lelaki.Makanya, pendapatan mereka sudah pasti melebihi si suami.

Banyak yang positif bagi wanita yang bekerja.Namun ada negatifnya juga, tapi rasanya tidak perlulah ain huraikan disini.

Bagaimana pula yang bergelar suri rumah? Adakah mereka membantu dalam mengurangkan beban keluarga, ataupun menambahkan beban?

Apapun, ain akan hanya menjawab bagi pihak diri ain sendiri yang kini memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.Jika nak dihuraikan secara umum, pasti tidak habis.

Aurat

Dari segi berpakaian, ain sememangnya lebih gemar pakaian yang labuh dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.Namun, bukan semua majikan yang memberikan lampu hijau buat wanita muslimahnya menunaikan kewajipan menutup aurat dengan betul.Apabila ain lantang menyuarakan hak sebagai seorang wanita Islam, mulalah ada yang membangkang dan tidak kurang juga tidak bersetuju dengan tindakan ain.Bagi mereka, makan gaji kenalah ikut perintah atau peraturan ditetapkan.

Pernahkah kalian berfikir atau kembali pada ajaran Allah yang sebenar-benarnya, bukankah menutup aurat itu adalah wajib dan tidak harus dipandang remeh? Adakah disebabkan tuntutan kerja, saudari sekalian sanggup gadaikan maruah seorang wanita Islam?

Negara Islam tetapi wanita Islam dilarang menunaikan kewajipannya.Masih dinamakan negara yang demokrasi ke?Sekiranya umat Islam mengikut sahaja telunjuk orang kafir, apa akan jadi pada anak-anak kita masa akan datang?

PERGAULAN BEBAS

Wanita yang bekerja di luar rumah pasti tidak dapat mengelak bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim.Mungkin bertepuk tampar itu hanyalah ringan bagi sesetengah pihak, mungkin bergurau senda sesama lelaki dan wanita itu hanyalah perkara biasa, tapi dibolehkan ke dalam Islam???

Jika tugasan yang memerlukan kita merawat pesakit lelaki itu sambil ditemani rakan setugas atau keluarga pesakit itu sendiri, tiada salahnya.

Maksud ain disini pergaulan diantara rakan sekerja yang adakala berlaku secara berlebih-lebihan.Berat mata ain memandang, jika ditegur pasti akan mengguris hati sesetengah pihak.Jika ain diam, samalah juga kiranya ain bersubahat.Aduh, peritnya untuk ain katakan...

SOLAT

Apabila terlalu tumpu pada pekerjaan, pasti ramai diantara kita melupakan solat.Ain pasti perkara ini banyak terjadi di tempat-tempat lain.Ain tidak malu untuk mengaku ain juga pernah lalai sewaktu bekerja dahulu.Tetapi ain malu untuk mengaku padaNya jika ain perlu mengadapNya nanti!

Kerja! Kerja! Kerja!
Solat??? Entah kemana.Melihatkan keadaan persekitaran ketika itu membuatkan ain lupakan pada yang memberikan ain rezeki selama ini.Tanpa Nya, tak mungkin ain dapat makan sesuap nasi, tanpa Nya tak mungkin ain sihat untuk bekerja.Semuanya kerana Allah!

Buat sahabat muslimah sekalian, dirikanlah solat 5 waktu.Jangan jadikan alasan sibuk, penat itu sebagai alasan untuk meninggalkan solat.Percayalah, amat rugi bagi orang-orang yang meninggalkan solat.

Apabila diri kita cuba untuk berubah, pasti ada kata-kata yang kurang enak didengar.Biarkan sahaja.Lama-kelamaan, kita akan biasa dengannya.Ain katakan ini berdasarkan pengalaman ain sendiri.

MENGUMPAT

Gosip terkini artis tempatan, gosip rakan-rakan sekerja, polan dengan si polan...Memang updated selalu!

Nak mengelak, pasti terjebak!!

Adalah lebih elok lidah kita dibasahi zikir...

HILANG RASA TANGGUNGJAWAB

Apabila solat tinggal, aurat tak dijagai dengan baik, bergaul bebas, lidah hanya digunakan untuk berbual perkara-perkara yang tidak berfaedah, maka jadilah, wujudlah sikap tidak bertanggungjawab.

Kenapa ain katakan begitu?
Apabila kurangnya rasa tanggungjawab, maka produktiviti kita sebagai pekerja juga semakin berkurangan.Adalah lebih elok ain katakan kita gagal menunaikan tugasan kita mengikut amanah.Islam mengajar umatnya agar amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan diberikan.

Pendekkan cerita, semuanya berbalik pada kita mengenali diri kita sebagai seorang muslim/muslimah.



Apa ain coretkan disini adalah jawapan bagi pihak ain sendiri buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini ataupun hanya di alam maya, yang sering mengajukan ain persoalan ini.Diharapkan persoalan kenapa ain pilih untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa terjawab.Persoalan-persoalan di ataslah yang membuatkan ain nekad dengan keputusan ini.

Buat muslimah yang masih bekerja dan ingin terus bekerja, lakukanlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, bukan sahaja kepada pihak majikan, tetapi lakukanlah kerana Allah tanpa meninggalkan segala suruhanNya.

Malah, ain kagum kerana masih ada muslimah yang bekerja di luar sana, menjaga adabnya sewaktu berada di luar rumah kerana mereka sedar setiap perilaku mereka diperhatikan bukan oleh masyarakat, tetapi oleh Yang Maha Berkuasa.Walaupun bilangannya kecil, namun sedikit sebanyak memberi impak positif kepada muslimah yang berada disekeliling mereka.

HIDUP ADALAH IBADAH...PEKERJAAN JUGA ADALAH IBADAH...MAKA LAKUKANLAH DENGAN AMANAH SERTA PENUH RASA TANGGUNGJAWAB...

BAGI SURI RUMAH...JANGANLAH RASA MALU DENGAN STATUS ANDA YANG TIDAK BEKERJA...INGAT...BERADA DIRUMAH JUGA ADALAH BERJIHAD DI JALAN ALLAH...

4 comments:

  1. assalam ain...sy sgt rasa terpukul dengan entry ini, semoga kita semua semua masih sempat membetulkan apa yg kurang betul...

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam, watie.
    Masih ada kesempatan buat kita semua berubah ke arah kebaikkan kerana manusia adalah makhluk Allah yang paling elok di muka bumi ini kerana kita diberikan akal untuk berfikir.

    Apa ain luahkan kali ini adalah apa ain pendam dan sudah lama ingin ain kongsikan bersama.Jika ianya memberikan kebaikkan adalah harus ain kongsikn.

    Terima kasih kerana sudi membaca entry ain kali ini.Jika terlalu berat cara penyampaian ain, harap dimaafkan.

    ReplyDelete
  3. Salam Nur, apakhabar hari ini?

    Sejuk hati membaca nukilan kamu di sini. Tambah2 mendengar ayat "BERADA DIRUMAH JUGA ADALAH BERJIHAD DI JALAN ALLAH... ". Di sebabkan point2 inilah membuatkan suami sya tidak memberi izin utk saya bekerja.Alhamdulilah diri saya rasa selamat & tenang sekali bila berada di RUMAH.

    ReplyDelete
  4. W'salam,mekar..alhamdulillah ain sihat dsini.tq.
    Sebaik-baik pengurus/manager drumah adalah yg bgelar isteri!
    Rasulullah SAW pernah bersabda:
    "Seorang isteri adalah pemimpin dirumah suaminya, dan btanggungjawab atas kepimpinannya."

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR