Saturday, March 19, 2011

TAK PANAS KE???


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Persoalan ini sering diajukan pada ain,

"Tak panas ke pakai tudung labuh, baju labuh, stoking lagi..."

"..sekarangkan dah moden, pakailah tudung moden.."

"..yang penting hati, luaran tak penting.."

"..kau tu muda lagi, bila lagi nak merasa melawa..."

"...dah kahwin ni kena pandai melawa, nanti bila suami lari, cari perempuan lain, kau jangan salahkan suami atau perempuan lain..."


Seperti ain pernah nyatakan sebelum ni, menutup aurat bukanlah sekadar bertudung semata-mata.Lihat gambar rajah di bawah:



Daripada pengalaman ain sendiri, pada mulanya memang ada perasaan janggal dan kurang selesa.Apabila berpakaian sebegini, mata-mata yang melihat kebiasaannya akan memandang dari atas sampailah ke bawah, tidak kira yang non muslim atau orang Islam itu sendiri.

Bagi sahabat muslimah yang ingin berubah tapi masih ada perasaan takut, malu, risau sekiranya disisihkan atau diketawakan, ini yang dapat ain katakan...

~tiada perlu rasa takut dengan manusia, tetapi takutlah pada Allah kerana Dia memandang kita setiap masa.

~tidak perlu berasa malu dengan orang sekeliling, tetapi malulah pada Allah.

~tidak perlu risau sekiranya kita disisihkan, kerana Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang ingin kembali kepadaNya.

~tidak perlu risau apabila diketawakan, tetapi risaulah apabila kita diketawakan kelak!


BAGAIMANA NAK BERMULA???

Pada suatu hari, ain ambil masa mengemas almari baju ain yang dah lama tak berkemas.Sambil mengemas, ain perhatikan koleksi pakaian peribadi ain miliki selama ni.Tidak kiralah pakaian dipakai semasa berada dirumah mahupun untuk beriadah.Ain teliti satu persatu.

Walaupun pakaian untuk dipakai seharian dirumah juga ain pilih dengan teliti, mana yang tidak bersesuaian, ain tolak ketepi.Untuk dipakai semasa berada di luar rumah seperti bersiar-siar atau beriadah juga ain pilih agar ianya bersesuaian dalam memenuhi tuntutan menutup aurat dengan betul.


Maka, muslimah yang tak pasti bagaimana untuk bermula, boleh bermula dengan menyelongkar pakaian almari anda!

PERLU MENUTUP AURAT SEKALIGUS KE?? TAK BOLEH SATU PERSATU???

Seperti ain katakan, perasaan janggal pasti menyelubungi diri kita yang selama ini tidak bertudung dan berpakaian seksi.Jadi, macamana ye???

Bagi muslimah yang merasakan belum ada kekuatan untuk berubah sekaligus, bolehlah berubah dari segi berpakaian.Pilihlah pakaian yang longgar dan labuh serta tidak mengikut bentuk badan.



Gambar ain tunjukkan ini sekadar contoh sahaja bagi muslimah yang tidak pasti pakaian yang bagaimana.Pilih pakaian yang tidak mengikut bentuk dan tidak melekap di badan.Adalah lebih elok pakaian ini lebih labuh lagi melepasi paras punggung.Pilih jenis kain dengan betul agar tidak nipis.

Bahagian lengan baju juga bukanlah yang jenis melekap, pilih juga yang longgar.



Bagaimana dengan seluar??



Gambar ini sekadar contoh yang boleh digunakan.Adalah lebih elok tidak ketat di bahagian punggung.Sekiranya memakai seluar, pastikan baju adalah labuh melebihi bawah paras punggung.Sama juga dengan baju, pilih seluar yang tidak melekap pada kulit yang boleh menampakkan bentuk kaki.Labuh seluar seelok-eloknya sampai ke buku lali kaki.

PERLU PAKAI STOKING KE???



Fikirkan waktu kita solat adalah dilarang menampakkan kaki.Walaupun sedikit, maka terbatallah solat itu.Begitu juga aurat, perlu ditutupi dengan sempurna.Tiada alasan untuk menidakkannya.

Pada tulisan blog ain sebelum ini, ain ada nyatakan tudung bagaimana sesuai dipakai.Seperkara ain ingin tambah berkaitan tudung.Pilih tudung dari jenis kain yang bukan jarang dan tidak nipis seperti gambar di bawah:



Walaupun kelihatan menarik apabila dipakai, tetapi ia masih menampakkan leher dan rambut si pemakai.


Bukan saja manis, tetapi ia dapat menutup aurat dengan betul.


Segala yang ain coretkan disini adalah berdasarkan pengalaman ain sendiri sewaktu mula-mula berhijrah.Diharapkan agar nurkilan ini dapat membantu muslimah sekalian yang bercita-cita untuk berubah.Teruskan niat baik anda itu.

Kini ain lebih tenang berjubah mahupun berbaju kurung labuh.Sentiasalah lihat apa yang telah kita lakukan sebagai seorang wanita Islam untuk menggembirakan Maha Pencipta.



# jika ada sebarang kesilapan, sudi-sudikanlah menegur.Terima kasih!

6 comments:

  1. Perlu ke pakai stokin?

    Pada akak, perlu. Kecuali kalau pakai kasut bertutup. Baru molek dan nampak sempurna dan ikhlas. Tak susah pun.

    Lagi satu, akak dapati agak janggal bila tengok muslimah yang pakaiannya dah cukup molek tutup aurat, macam tudung labuh dan jubah, tapi pakai kasut tumit tinggi yang runcing tu. hehe, jangan marah, sekadar pendapat peribadi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Nur, ini lah yang sebaik-baiknya wanita solehah. Semoga kekalkan ia

    mymekar.com

    ReplyDelete
  3. mekar:segala yg baik datang daripadaNya..yg tak elok drp diri sendiri..mekar pun, apa kurangnya.walaupun bgelar suri rumah, mekar sebenarnya sudah bjihad di jln Allah...fkirkan....=)

    ReplyDelete
  4. kak Haza: ye ar kak...rasanya kasut tumit tinggi payah nak bgerak pun...ain memang tak minat kasut camtu..nanti bila bjalan bunyi ketak-ketuk...hehehe...

    ReplyDelete
  5. time kaseh kak ain...
    bila terbaca blog akak.. semngat saya untuk mengenakan niqab semakin kuat n rasa nak berubah sedkit2 dmi sedkit. time kasih kerana blog akak banyak beri kata2 dorongn n semangat untuk saya ... ><,

    ReplyDelete
  6. setuju dengan hazazin...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR