Friday, March 18, 2011

TUDUNG SINGKAT?? TUDUNG LABUH??


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Ain masih ingat lagi kali pertama ain mengenakan tudung.Terkial-kial ain dibuatnya.Waktu tu ain masih di kolej dan orang pertama yang sudi membantu ain memakai tudung adalah rakan sekolej, namanya Tengku Fatimah.

Memang teruja sangat di ketika kali pertama mengenakan tudung.Rasa manis sangat.Entah kenapa, tetapi perasaan selamat hadir sewaktu ain mengenakan tudung.

Alhamdulillah, kini ain lebih gemar mengenakan tudung labuh berbanding tudung express yang semakin menjadi trend masa kini.Adalah lebih baik bertudung labuh kerana dapat menutupi bahagian yang tidak harus diperlihatkan dikhalayak ramai.

Di Malaysia umumnya, semakin ramai wanita bertudung, namun masih tidak mengikut etika yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam itu sendiri.Bertudung adalah lebih kepada berfesyen semata-mata.Bukannya untuk mendapatkan keredhaan daripada Yang Maha Esa.

Ibu ain pernah berkata dan sering mengatakan hal ini, "Pakai tudung tapi nampak dada, baik takpayah pakai..."


Walaupun ibu ain belum memilih Islam sebagai agamanya, namun sedikit sebanyak penampilan diri ain membuatkan ibu ain faham apa itu aurat bagi wanita Islam.Bayangkan apa yang non-muslim fikirkan tentang kita yang beragama Islam.Ada bertudung, ada tidak, berbaju ketat, labuh.Itulah yang terjadi pada ain di awal ain memeluk Islam.Keliru dan berpendapat tak mengapalah, tanpa fahami dan pelajarinya dengan betul daripada yang arif.

Bagi mereka yang telah bertudung, alhamdulillah, tahniah ain ucapkan.Namun adalah lebih baik bertudung dengan cara yang betul yang bukan saja memberikan kebaikkan pada diri sendiri, tetapi kebaikkan di akhirat kelak.

Maksud ain disini,amatlah rugi jika muslimah sekalian sudah bertudung tetapi tidak mendapat apa-apa kebaikkan daripadanya.Malah, menambahkan dosa apabila memakai dan yang melihat cara anda mengenakannya.



Pemakai mengenakan tudung singkat yang menampakkan bentuk dada.Pakaian juga masih ketat mengikut bentuk badan walaupun sudah berlengan panjang.




Nampak moden dan menarik tetapi pakaian dan tudung dipakai jenis melekap dibadan, mendedahkan susuk tubuh menghairahkan.





Tudung jenis ini semakin menjadi fesyen dikalangan wanita moden masa kini.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Wanita yang memakai pakaian seperti telanjang (kerana nipis), yang menarik pandangan orang dengan gaya lenggang lengguknya, kepala mereka seperti engguh unta (kerana mengubah rambutnya), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan tercium baunya."

Inilah ain cuba sampaikan tadi, amat rugi jika muslimah sekalian telah bertudung tetapi masih tidak mendapat apa-apa kebaikan daripadanya.Maka, sia-sia sahaja usaha anda untuk menutup aurat kerana selama ini masih tidak sempurna.

Akibat kurangnya kefahaman tentang adab dan hukum aurat wanita Islam itu sendiri, ain juga pernah terpesong seperti dalam gambar-gambar di atas.Ain tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada muslimah-muslimah yang lain.Selagi ada daya, ain akan cuba sampaikan dengan cara ain sendiri.Bukankah menegur demi berubah kepada kebaikkan adalah lebih baik daripada memandang sahaja tanpa berbuat apa-apa??

Namun kepada Allah jua ain serahkan segala-galanya.Baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada diri ain sendiri.



Perkara-perkara yang harus dan wajib diberi perhatian apabila memakai tudung atau membeli tudung:

# pilih tudung dari jenis kain yang tidak melekap atau bergetah yang boleh melekap di badan

# pilih tudung dari jenis kain yang tidak jarang/nipis

# pilih motif tudung bercorak sederhana

# pilih warna tudung yang sederhana dan tidak menarik perhatian

# pastikan tudung dipilih adalah cukup labuh melepasi paras bawah dada

# pastikan tudung dipakai tidak mengikut bentuk kepala atau leher anda

# apabila mengenakan tudung, labuhkanlah kain tudung hingga paras bawah dada.Ramai yang gemar menggunakan pin dan menaikkan tudung hingga menampakkan dada walaupun tudung itu sebenarnya sudah cukup labuh dan sempurna.


Tanyakan pada diri kita sendiri;

~untuk apakah kita bertudung???
~untuk siapa kita bertudung???
~untuk siapa kita ingin tunjukkan tudung kita pakai itu???
~adakah setakat bertudung sahaja mengatakan kita telah menutup aurat???


#bertudung dan menutup auratlah dengan cara yang betul, insyaAllah ganjaran besar akan kita terima kelak! Mohonlah pada Allah S.W.T. hidayahNya agar kita tidak terus terpesong dengan kehidupan ini.

13 comments:

  1. Assalam...
    Alhamdulillah,
    betul tu kak...
    yang tertutup selalunya lebih indah.

    “…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:
    “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu, tetapi ia meIihat hatimu.” (HR Muslim dan Ibnu Majah)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam, asy_

    Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca nurkilan akak yang tak seberapa ni.

    segala perkara baik yang Allah wajibkan itu ada kebaikkannya dan kita sebagai hambaNya tidak harus menidakkan sesuatu hukum itu kan?

    Take care ye ash_mza!

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Sesuatu yg dah lama saya nk tulis tapi membaca tulisan sdri menyatakan inilah yg harus dibaca. saya mohon utk copy paste artikel ni ke blog saya utk tujuan dakwah. Jazakallah. Moga Allah membalas amal ikhlas sdri dgn kebaikan. Amin.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam, inksensei..

    Terima kasih kerana sudi membaca ruangan blog ain yang amat sederhana ini.Silakan untuk copy, tiada masalah sekiranya ianya adalah btujuan untuk berdakwah.
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Selamat berpuasa yea. Beruntung saudari mengenal Islam bukan dari penganutnya. Saudari lebih faham daripada mereka yang lahir dlm keluarga Islam.

    Teruskan penulisan saudari dengan gaya bahasa sendiri.

    Siiru ala barakatillah ^_^

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam Sufi.
    Terima kasih kerana sudi luangkn masa membaca nurkilan ain yang ringkas ini.Moga kita sama-sama berkongsi ilmu di sini,jika ada kekurangan sila tambah ye..syukran.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..betul tu..
    juast nak share pengalaman saye, dulu tujuan saya pakai tudung adalah kerana telah dilatih sewaktu kecil dan takut dimarahi ibu dan ayah jika saya membukanya, dan saya masih terkial kial tujuan bertudung pada masa itu. pakai ikut sedap hati, asal tutup dan nampak cantik, tetapi alhamdulillah, sekarang saya lebih selesa memakai tudung yang menutupi rambut, bahu hingga melepasi dada...syukur alhamdulillah saya yakin dengan diri saya sekarang

    ps: sekarang lebih gemar buat tudung sendiri kerana kebanyakkan dipasaran menjual tudung yang singkat.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah dpt membaca penulisan saudari Ain yg bermakna ini. izinkan sy share dan sy bencikan tudung singkat, baju ketat dan legging.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam wanhasmi.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.Penulisan ain biasa sahaja, namun amat ringkas dan mudah difahami..Silalah kongsi selagi ianya dapat memberrikan manfaat pada yang lain..Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam azra sophie.

    Benar kata azra,sekarang ni amat payah untuk caru tudung labuh dan benar-benar menepati syariat.Mahu atau tidak kena jahit sendiri atau tempah dgn rakan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt...

    saya malu nk berhadapan dengan Allah kerana x dapat sampaikan perkara yang haq kepada saudara seIslam yang lain....

    Alhamdulillah,
    syukur kerana kita masih ada fikir dan risau tentang umat akhir zaman ini sebagaimana fikir risau Rasulullah saw bagaimana seluruh umatnya sehingga bayi yang terakhir lahir kedunia ni pun dapat taat perintah Allah swt dan meninggalkan laranganNya mengikut cara yang telah ditujukkan oleh Rasulullah saw(sunnah)...

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam Sofeah..syukran kerana mengambil masa saudari untuk membaca nurkilan ain disini.

    Moga ianya menjadi ingatan kita bersama,insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. syukur kita d beri ruang utk baiki diri...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR