Tuesday, April 12, 2011

NIQAB AND ME


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Syukur alhamdulillah diri ini masih diberikan kesempatan membuat coretan yang tidak seberapa ini.

Berniqab?

Bagi mereka yang merupakan kenalan rapat ain dan terlebih dahulu mengenali diri ain sebelum ini, pasti tahu ain gemar memakai tudung labuh & berjubah tapi tidak pula berniqab.Keinginan untuk berniqab mula hadir semenjak awal tahun ini, dan hasrat itu ain pendam selama ini.

Sebelum itu, ain sudah mengenali dan mempunyai seorang kenalan yang berniqab.Waktu tu dalam hati ini berkata-kata, "manisnya kakak ni berpurdah".Tapi waktu tu tak terdetik langsung untuk berniqab.

Pandangan suami?

Apabila ain menyatakan hasrat kepada suami untuk berpurdah, suami ain terus memberikan sokongan dan galakkan.Cuma suami ain sedikit risau dengan pandangan keluarga ain nanti.Maklumlah, ain dari keturunan nyonya hokkien, dan hanya ain seorang yang beragama Islam.Jika cara ain berpakaian dan bertudung dahulu pun sudah menimbulkan rasa tidak selesa dikalangan keluarga ain, inikan pula berpurdah.

Pandangan keluarga mertua?

Ain masih ingat lagi ada suatu ketika ain nyatakan hasrat untuk berpurdah kepada ibu mertua ain, inilah ain dengar, "purdah biasanya kat arab je, kalau kat sini nanti orang kata kita masuk Arqam(pertubuhan Islam suatu ketika dahulu)". Ain cuma tersenyum mendengar kata-katanya.Ain cuba menerangkan kepada ibu mertua ain sekadar ain mampu.Mungkin ibu mertua ain kurang faham, namun dia tidak pula melarang setelah ain terangkan hal berpurdah ini.

Pandangan keluarga ain sendiri

Sewaktu ain baru saja memeluk Islam, pernah ibu ain memberitahu bahawa dia tidak keberatan sekiranya ain ingin bertudung, tapi janganlah berpurdah.Ain faham keluarga ain pada waktu itu kurang faham kenapa ada sesetengah muslimah yang bertudung dan ada juga tidak.Alhamdulillah, semakin masa berlalu, semakin mereka faham kenapa ain bertudung dan untuk apa tudung itu sendiri.

Maksud ain adalah, sebelum ni ain tidak menutup aurat, setelah memeluk Islam, secara perlahan-lahan ain berubah cara berpakaian agar memenuhi tuntutan Islam, tuntutan daripada Allah. Malah, keluarga ain faham wanita Islam diwajibkan menutup aurat dengan betul, bukan sekadar tutup kepala, tetapi seharusnya berpakaian labuh dan longgar, serta bertudung labuh. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keluarga ain lebih faham walaupun mereka belum memilih Islam sebagai agamanya.

Ain juga harapkan perkara yang sama, moga keluarga ain memahami tujuan ain berniqab suatu hari nanti, insyaAllah.

Alasan Peribadi

Di ketika ain masih bekerja, seringkali kaum Adam cuba untuk merapatkan diri mereka semata-mata ingin berkenalan dengan diri ini, walaupun mereka tahu ain sudah bersuami dan bergelar isteri orang.Sering kali ain mengelak dan sebagai umatNya yang dambakan keredhaanNya, ain tidak terlepas dari ujian yang amat perit apabila dikenangkan kembali.

Kuasa Allah, akibat dugaan diberikan itulah yang membuatkan diri ain lebih peka siapa diri ain sebenarnya..untuk apa ain dilahirkan ke dunia ini.Dan ain tersedar bahawa tiada manusia yang sempurna dan tiada hambaNya yang terlepas dari ujian.

Ain berpegang pada kata-kata ini, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya jika seorang mukmin melakukan dosa, maka tertorehlah noda hitam dihatinya.Apabila ia bertaubat dan berhenti dari dosa itu dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya menjadi bersih dari noda tersebut...."

Allah S.W.T. berfirman:

"Sesungguhnya taubat disisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya;dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..".

Ust Hj Zaharuddin

"...Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah..."

Ain tidak bermaksud ain seorang yang cantik rupawan, namun kata-kata ustaz ini ada betulnya memandangkan keadaan masa kini.

Mimpi

Ain pernah didatangi mimpi yang tak mungkin akan ain lupakan hingga ke saat ini.Biarlah antara ain, suami, keluarga terdekat dan Allah sahaja tahu mimpi ain itu.Cuma hidayah dari mimpi itu agak jauh dari diri ini dan hanya ain temui semula maksudnya baru-baru ini.Alhamdulillah...=)

Sahabat Muslimah berniqab

Ain akui ain mempunyai beberapa kenalan yang berniqab, dan sebelum ain mula nekad untuk berpurdah, ain dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka.Banyak ain pelajari dan ain fahami, bukan mudah untuk berniqab kerana keadaan sekeliling akan memandang berlainan lebih dari dulu.Dan pastinya tekanan akan ada juga nanti.

Kenapa berniqab???

Ust Hj Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya:

Banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral...

~Ia juga salah satu cara ingatan buat diri ain yang sering diuji..


SECARA PERIBADI

Apapun pandangan dan sindiran diterima bagi muslimah yang baru berniqab atau baru saja berjinak-jinak berniqab seperti ain serta muslimah lain yang telah lama berniqab, sabarlah dengan segala dugaan atau ujian mahupun kata-kata yang akan didengar.Ingatlah, Allah menguji hambaNya sekadar yang hambaNya mampu.

Banyak lagi perkara harus ain perbaiki kerana berniqab tidak bermakna ain sudah sempurna.Tiada manusia yang sempurna.Hanya Allah SWT sahaja yang paling sempurna.

Berniqab atau tidak, apa yang penting setiap muslimah harus terus memperbaiki setiap tingkah laku, amal, perbuatan kita agar mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Kita semua makhluk yang diciptakan Allah SWT, dan yang membezakan kita adalah amalan masing-masing.Tiada yang lebih baik selain Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Antara adab memakai purdah (peringatan buat diri ain sendiri)

1. Ikhlas kerana Allah, bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau berasa diri lebih hebat daripada orang lain.

2. Niatkan untuk mencontohi sunnah (pakaian isteri-isteri Nabi)

3. Istiqamah apabila memakainya.Jangan dipakai mengikut sesuka hati.


# bertemu lagi di coretan akan datang...

15 comments:

  1. Alhamdulillah. Impian terlaksana. :-)

    Meh akak tambah lagi adab berpurdah yang akak selalu ingatkan diri akak:

    4. Dahi kena tutup, kalau pakai half niqab pastikan anak tudung atau tudung diturunkan sampai cecah kening.

    5. Kalau boleh kurangkan letak gambar kat internet, walaupun berniqab.

    Pakai purdah memang banyak cabaran. Tapi hikmahnya lagi banyak!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ain. Alhamdulillah... seronok kakchik membaca perkongsian Ain kali ni. Kakchik yakin Ain membuat perubahan demi perubahan pada diri Ain dengan ilmu yang diyakini. Semoga Ain menjadi seorang muslimah yang sejati. Amiin.

    ReplyDelete
  3. Salam Nur...
    Sejuk hati mendengar luahan dan pandangan tentang pemakaian niqab ini. Walaupun sya tidak mgenali anda secara peribadi, tp sya kagum dgn cita2 anda sbgai seorg muslimah. teruskan perjuangan.

    Org yg sejak dilahirkan sbgai ISLAM pun belum yakin utk berniqab inikan pula anda. tahniah sekali lagi.

    mymekar.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, kakak ku sekalian...Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.

    Kak Haza:terima kasih kak atas peringatan dan kata-kata nasihat yg dberi...love u!

    KakChik :terima kasih juga pada akak yg byk membantu ain selama ini.

    Mekar:Tidak kira yg dlahirkn sbg Islam atau sebaliknya, apapun kita harus bterusan istiqamah mencari Nur Ilahi...mekar pun apa kurangnya.

    # moga kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu...amin...

    ReplyDelete
  5. saya mmbacanya turut sayu.teruskan bertutup saya sokong akmu dri blkg..

    kak mekar..
    tak sangka kita jumpa kat blog ini heee. blog cinta kena serang malaware lagi.skr pakai blogspot huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nur,

    Saya baru berniqab.. Setelah baca pengisian post dalam blog ni, saya menjadi lebih kuat untuk pertahankan hasrat saya untuk berniqab. Seperti saudari Nur, saya juga berniqab kerana seperti Ust Hj Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya:

    Banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral...

    Cabaran sebagai wanita muslimah semakin besar. Sedangkan yang bertudung labuh di ganggu. Apatah lagi dengan zaman yang semakin berteknologi canggih dan gejala sosial semakin tersebar pesat seiring dengan arus media massa.

    Oleh itu, saya bertekad pada 28 Febuari, saya mula pakai secara istiqomah. Walaupun pandangan masyarakat ada yang tidak selesa dan tak setuju namun tak kurang juga yang menyokong. Kita tak sempurna,namun kita tak boleh menentukan baik buruk seseorang melalui pemakaian. Setuju tak Nur?.. Ya, sama-sama kita berjuang meneruskan hidup kerana Allah. Hidup sebagai Islam itu indah, betapa manisnya iman..:-)
    Assalamualaikum
    salam Perkenalan..:-)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Nur..:-)
    Salam perkenalan.. Saya Aisyah.
    Saya baru berniqab. Sebenarnya, bila saya baca pengisian dalam blog ni, hati saya tersentuh. Saya setuju dengan Nur.Sebagai seorang muslimah atau secara umum sebagai seorang wanita, kita sering di uji. Sesungguhnya wanita ini adalah lemah dari segi kekuatan zahirnya tapi kelemahan itulah menjadi kelebihan buat kita kerana sifat lemah lembut wanita itu adalah dambaan setiap lelaki.

    Saya juga memilih untuk berniqab kerana ingin melindungi diri dari bahaya zaman sekarang dan fitnah, seperti yang Ust Hj Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya:

    Banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral...

    Maaf saya copy statement dalam blog, tapi itulah hakikat. Saudari Nur, tahniah kerana memilih Islam dan memelihara diri mengikut Al-Quran dan Sunnah. Allah humma, lindungilah kami dari segala bahaya samada yang dapat di lihat atau tidak di lihat dan limpahkanlah rezeki kami, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yan Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Aminn

    Semoga kita sama-sama istiqomah dan mempertahankan prinsip dan pegangan kita. Islam sangat indah dan sebuah agama yang sempurna.:-)Saudari Nur tentu dapat merasai betapa manisnya sebuah iman. Moga kita sama-sama menjadi bedadari syurga..hehe :-) Cita-cita di hati.. Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari sifat-sifat keji dan jadikanlah hidup kami barakah di bawah rahmatMu... Aminn

    Salam Ukhuwah Fillah Ya Nur..:-)

    ReplyDelete
  8. Maaf ya..ter comment 2 kali tadi..

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam Aisyah.
    SubhanAllah, Alhamdulillah..Tahniah akak ucapkan buat aisyah yang akhirnya di izinkan Allah SWT utk berniqab.Moga hijrah adik senantiasa dalam rahmat Allah SWT, aamiin.
    Hijrah kita biarlah utk Allah SWT, bukan selainnya, kata-kata sekeliling tu lumrah kehidupan, kita tak berhak nak tutup mulut masing-masing.
    Apapun, mohonlah selalu pada Allah SWT agar dtetapkan iman dan teruslah berusaha mencari ilmu agama.
    Boleh adik hantar email peribadi pada akak agar kita boleh terus berhubung?
    Email akak di nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini email saya mescopioANR@gmail.com

      Delete
  10. Assalamualaikum :)
    boleh saya tumpang tanya kat sini??
    saya pon berniqab juga..ade saya dgr orang cakap tak boleh pakai niqab half ..betol ke??maaf menganggu ^^

    ReplyDelete
  11. wa'alaikumussalam Aneyz.
    Setakat mana akak tahu takde pula hukum mengatakan demikian..Selagi mana niat untuk berniqab itu terlaksana maka terpulanglah nak gunakan apa untuk berniqab.Wallahu alam.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum :)
    syukran sis <3 atas perkongsian ni. doakan sy mengenakan semula purdah@niqab diwajah,juga merangkumi akhlak yg selaras dgn "berniqab" ...
    ALLAH SWT sahaja yg tahu perit hati ni saat mula berniqab berapa bulan yg lalu.. sy masih dalam proses "mengumpul" kekuatan disambil menambah ilmu ...

    *mohon doa dari saudara muslimku sekalian ya :') syukran

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum wbt.. thanks sis nurainvivian,atas perkongsian akak ^.^

    DOAKAN sy untk mengenakan niqab/purdah semula di wajah... merangkumi akhlak yg 'selaras' dgn berpurdah/berniqab ni... T.T
    ALLAH SWT sahaja yg tahu betapa perit hati ni saat mula mengenakan niqab ,beberapa bulan yg lalu. family biasa biasa shja. ibu tak melarang,mahupun menggalakkan... "atas pagar" huhu. sekarang tgah cuti, since 21jun2013 yg lalu.. hanya *3 KALI* shja sy mampu BERTAHAN ...sepanjang ramadhan yg lalu~ sy byk mohon petunjuk n kekuatan drNYA samada mahu meneruskan..mahupun "HOLD" dulu.... tambah pula sy selalu ikut ibu sy ke surau/msjid tarawih.semenjak kecik ..so.. rasa .. JANGGAL andai org2 yg sudah kebiasaan dgn PERWATAKAN sy,tetiba nmpk sy berpurdah pula? makanya.. starting bulan ramadhan haritu,sy tak berpurdah ke surau/masjid.. byk dok rumah ja cuti n tolg ibu kemas homestay and rumah sewa.. ALHAMDULILLAH,tak lama lg da mula nk berjuang sbgai pelajar kembali. BUT THE PROBLEM IS... wheater im must to wear IT again starting registration.. OR... adapt dulu pelan-pelan :'( ... ALLAH..mohon petunjuk ya RABB..

    # mohon SAHABAT n SAUDARA SEMUSLIM KU sekalian ..DOAKAN SAYA ya :']
    ..jazakallahhu khoiran insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikumussalam Marcello rezqi.
    InsyaAllah , semoga Allah permudahkan urusan kita semua dalam mencari redha Allah SWT, aamiin.

    Salam Perjuangan buat sahabat semua... =)

    ReplyDelete

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR