Saturday, April 23, 2011

REZEKI


(Gambar didapati daripada Google)

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat semua.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana ain masih diberikan umur untuk membuat coretan di sini.Buat sahabat ain sekalian, terima kasih kerana tidak jemu melayari coretan ringkas ain yang mungkin adakalanya membosankan.Apapun, hanya kepada Nya ain memohon agar penulisan ain ini memberikan manfaat buat yang membaca, insyaAllah.

Bagi yang sentiasa mengikuti blog NUR sudah tentu tahu ain kini adalah seorang surirumah sepenuh masa.Maka, aktiviti harian ain lebih kepada hal rumahtangga sahaja.

Namun, masa yang ada ain gunakan untuk menghadiri kuliah agama yang diadakan di surau berdekatan dan kebiasaannya ain hanya ke surau bersama ibu mertua ain.Ain berasa lebih selesa dan selamat jika ditemani oleh ahli keluarga.

Selain membaca, aktiviti terbaru ain kini adalah bercucuk tanam.Oleh kerana ain tinggal di rumah teres, maka had bercucuk tanam terbatas di dalam pasu-pasu sahaja.Alhamdulillah, setakat ini sudah mula tumbuh pucuknya.Hasil? Kenalah tunggu dan lihat.

Sebelum ini ain pernah katakan kepada sahabat semua yang ain amat minat untuk berniaga.Ain akui ain masih bertatih lagi.Modal juga menjadi faktor penentu dalam sesuatu perniagaan.Apapun, hanya kesabaran sahaja yang menjadikan diri ini kuat menghadapi ujian daripada Nya.

Begitu juga dengan kesihatan diri.Semenjak beberapa hari ini, ain berasa teramatlah letih dan kebanyakkan masa hanya menghabiskan masa berbaring di atas katil.Adakala berasa seram sejuk sahaja badan ini.Alhamdulillah, hari ini ain berasa lebih baik dari hari-hari sebelum ini.Memang terasa teramat rugi masa yang dihabiskan hanya berbaring sahaja.

Apa kaitan ini semua dengan tajuk yang ain cuba sampaikan?Rezeki..meluas maksudnya.

Rezeki bukan hanya bermaksud wang ringgit semata-mata.Kesihatan yang baik, umur yang meningkat, harta benda yang dimiliki, keluarga penyayang, pekerjaan yang dilakukan dan banyak lagi, juga dinamakan rezeki.Rezeki ini semuanya datang daripada Allah SWT yang sebenarnya banyak kita perolehi dalam kehidupan harian.

Antara sedar atau tidak, rezeki kita nikmati di dunia ini terlalu banyak.Maka, sebagai hamba Nya yang sentiasa bersyukur, lakukanlah perintahNya dengan sebaik mungkin serta jauhilah larangan Nya.

Sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki setiap manusia, maka tidak perlu ada perasaan risau andai rezeki semakin berkurangan.Apa yang penting, kita perlu usaha bersungguh-sungguh, yakin & berdoa pada Allah.Selainnya, kita tawakal sahaja pada Nya.Hanya Allah yang menjamin kehidupan seseorang manusia.

Begitu juga bagi mereka yang pekerjaannya hanya menuntut ilmu Allah, misalannya anak-anak kecil yang dihantar ke sekolah-sekolah pondok.Ada segelintir masyarakat berpendapat jika mereka telah dewasa kelak, amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Namun harus diingat, rezeki datang daripada Allah.Maka Allah SWT juga telah menyediakan rezeki baginya.

Bagi sahabat yang mungkin tertinggal post ain sebelum ini, ikuti post ain yang berlabel 'TOKOH' di bawah tajuk "Azmil Mustapha".Di sini anda akan mengerti maksud ain berkenaan rezeki bagi penuntut ilmu Allah.

Sekiranya ada perasaan kecewa dengan kehidupan sendiri tidak seindah seperti orang lain, janganlah sesekali berburuk sangka pada Allah.Segeralah beristigfar dan memohon keampunan pada Nya.Ingatlah Setiap kekurangan itu ada kebaikkannya.

Setakat ini sahaja coretan ain kali ini.Moga ingatan ini juga buat diri ain yang serba kekurangan.

# Doa keluasan rezeki

"Dengan nama Allah atau diri, harta dan agamaku.Ya Allah ya Tuhanku, redailah aku dengan ketetapan Mu dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku tidak perlu terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan, dan takkan tertunda sesuatu yang sudah sampai masanya."


Amin....


@ sila layari 2 lagi blog peribadi ain jika ada kelapangan ye!
(link ada di sebelah kanan ruang blog)

2 comments:

  1. Hi ain, seronok kan jadi surirumah? hidup tak ter kejar2!
    Ain sakit ker? mengandung kot! ish.. sibuk jer mekar ni.
    Betul ain. Rezeki bukan takat duit ringgit. malah mcakupi byk hal. cont: tanaman pokok yg mendatangkan hasil, dan kelahiran zuriat. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.AMIN

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,Mekar...walaupun kita berhubung kat alam maya, tapi rasa begitu dekat dihati kan???

    Jika Mekar berpendapat begitu, alhamdulillah.Teringin juga nak dapat berita gembira begini.Kita tunggu je ye..:D

    Sejak bgelar suri rumah, masa tluang buat ain banyak berfikir tentang kehidupan.Banyak sebenarnya perkara yg lebih penting dari mengejar kemewahan..

    Mekar bila lapang tu,singgahlag blog ain, 'cuci mata'...take care Mekar..

    nurabayaboutique.blogspot.com

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR