Tuesday, April 26, 2011

'TALK SHOW'


GAMBAR DIDAPATI DARI GOOGLE

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua dalam keadaan sihat hendaknya, amin.

Pernah anda mendengar atau menonton rancangan 'OPRAH'? Rancangan yang amat diminati bukan hanya di negara barat, tetapi juga di Asia Tenggara.Rancangan ini dikendalikan seorang pengacara yang amat berpengaruh dan memiliki jutaan peminatnya sendiri.

OPRAH WINFREY merupakan pengacara tetap bagi siri 'OPRAH' ini.Ia merupakan suatu rancangan yang mengetengahkan perbincangan isu semasa, kekeluargaan, keagamaan, dan banyak lagi.

Oprah Winfrey mengendalikan rancangannya secara bersahaja serta penuh keyakinan.Malah mempengaruhi penonton bukan hanya di studio, tetapi juga di kaca televisyen.

Namun, apa hubung kaitnya di sini?

Di Malaysia misalnya, kita memiliki beberapa pengacara berkebolehan mengendalikan rancangan 'talk show' sendiri.Malah, ada diantaranya sebenarnya berkemampuan mempengaruhi penonton.

Contoh yang paling dekat dan mudah adalah, siapa yang tidak kenal dengan Pengacara Popular tanahair Haji Aznil bin Haji Nawawi.Beliau telah mengendalikan banyak rancangan dan kebanyakkan rancangan yang beliau acarakan mempunyai bilangan penonton yang begitu ramai.Rancangan beliau seperti Macam-Macam Aznil pernah terpilih sebagai rancangan 'Talk Show' yang paling diminati dan paling ramai penonton.

Tidak kurang juga rancangan realiti yang digilai masyarakat Malaysia, 'Akademi Fantasia' turut dipengaruhi pengacaranya ini.Apapun rancangan yang beliau acarakan, Haji Aznil Haji Nawawi sebenarnya mempunyai auranya yang tersendiri kerana beliau bijak berkomunikasi dan bijak memikat hati penonton di studio mahupun di rumah.Bukan hanya peminat dewasa, malah kanak-kanak kecil pun mengenali beliau.

Secara peribadi, ain berpendapat Haji Aznil atau lebih dikenali sebagai PakNil, boleh menggunakan kelebihan yang Allah SWT kurniakan itu ke arah menggalakkan penonton untuk menghadiri majlis ilmu.Bukan majlis ilmu yang biasa kita lihat, tetapi boleh juga dibuat seakan-akan 'Talk Show'.

Pengaruh yang ada dalam seseorang selebriti itu tidak kiralah sebagai penulis lirik sekalipun, mereka sebenarnya boleh menyumbang ke arah membentuk budaya dan kefahaman Islam dalam jiwa masyarakat bermula daripada anak-anak kecil lagi.

Namun, yang makin dapat kita lihat sekarang adalah semakin banyak rancangan berbentuk realiti dan hiburan yang sungguh melalaikan menyinggah kaca televisyen tempatan.Jika adapun rancangan berbentuk keagamaan, masih kurang berbanding yang berbentuk hiburan.

Ingin rasanya agar nurkilan ini dapat dibaca oleh Paknil dan seangkatan dengan beliau yang bergelar artis/selebriti.Ain berharap agar anak-anak kecil tidak menjadikan artis sebagai idola mereka, tetapi menjadikan tokoh-tokoh sejarah Islam sebagai idola mereka suatu hari nanti.Maka, pendedahan harus bermula sejak kecil lagi.

Sampai di sini sahaja coretan ain kali ini.InsyaAllah kita bertemu lagi...

2 comments:

  1. Salam Ain, Paknil Merupakan antara pengacara popular dan terbaik yg ada di Malaysia ini. Bagus juga kalu artikel ni di baca oleh paknil atau org2 yg rapat dgn beliau. Bolehlah di sampaikan impian dan harapan kita buat paknil mgacara dlm program ilmiah dan keagamaan pula.
    Eh.. rasanya pernah tgk kelibat paknil mgacara rancagna imam muda musim yg lepas ( ke tetamu jemputan ? entah.ingat2 lupa)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Mekar.
    Ain juga berharap PakNil dapat membaca nurkilan ni..Emm, moga-moga..:D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR