Wednesday, May 18, 2011

2 HARI LAGI....


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Apa khabar hari ini?Diharapkan segala urusan sahabat semua sentiasa dipermudahkan yea,amin.

Hari ini 18 May 2011, tinggal 2 hari lagi sebelum 20 May 2011.Emm..ada apa ya?

Tinggal 2 hari lagi, insyaAllah genaplah usia perkahwinan ain selama 5 tahun.Alhamdulillah, hingga ke hari ini Allah SWT memberikan kekuatan dalam kehidupan ain suami isteri, walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang.

Pejam celik, tak sangka Allah memberikan ain dan suami kekuatan untuk bersama sedangkan ada dugaan yang datang itu hampir-hampir memusnahkan hubungan kami.Betapa besarnya ujian yang Allah SWT berikan itu hanya kami berdua rasai bersama.Betapa agungnya kasih sayang Allah pada kami berdua.

Namun, dugaan itulah yang memberikan kesedaran buat diri ain yang bergelar isteri.Ain terbangun dari tidur yang lena selama ini.Ain bangkit akibat kesilapan yang lalu.Akibat dari kesilapan itulah, ada hikmah disebalik semua ini.Dugaan diberikan walaupun berat, rupa-rupanya ada tujuan dan hikmah yang ingin Allah SWT berikan pada ain dan suami.

Alhamdulillah, ikatan perkahwinan kami yang bakal mencecah 5 tahun masih utuh hingga kini.Namun, apalah ada pada angka itu.Apa yang lebih penting, kasih sayang kami semakin bertambah tidak kira masa..Kerana Allah kami bertemu..Kerana Allah hubungan ini masih terjalin...Kerana Allah kami saling mengasihi..ALHAMDULILLAH!

Tiada hadiah yang dapat ain berikan pada suami menjelang hari ulang tahun perkahwinan kami.Hanya doa yang tidak pernah putus buat suami tersayang agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam segala urusan dan moga sentiasa ditetapkan iman agar menjadi seorang muslim yang soleh.Hanya itu saja yang dapat ain berikan.Amin.

Bertemu lagi yea di coretan akan datang.

4 comments:

  1. esok ya... bg wish awal2... selamat ulang tahun perkahwinan... semoga diberkati.. di rahmati.. dan bahagia hingga ke syurga... membaca coretan ukhti :) .. bagai serasi dengan ana :) ya hikmah setiap perkara pasti berganda kebaikkanya :)

    ReplyDelete
  2. amin, terima kasih yea syikin..memang benar , setiap ujian yang Allah berikan itu sekadar yang mampu buat hamba NYA..:D

    ReplyDelete
  3. Alamak..dah terlepas beberapa hari. Anyway. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ain. Semoga hubungan kalian sentiasa dilimpahi kebahagian.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,Mekar.TErima kasih ye...:D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR