Monday, May 16, 2011

KELEBIHAN BERPAKAIAN LABUH


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan, amin.

Alhamdulillah sejak diri ini berhijrah daripada zaman jahilliyah, ain berasa lebih tenang dan selesa dengan kehidupan ain kini.Di sini ain ingin berkongsi ketenangan ain rasai dengan berpakaian labuh dan menutup aurat.

Pakaian yang menjadi rutin harian ain kini adalah baju kurung labuh dan abaya atau lebih dikenali sebagai jubah.Tidak lengkap pakaian seseorang muslimah itu tanpa mengenakan tudung labuh.

Apabila ain perlu keluar dari rumah untuk urusan tertentu, ain gemar memakai pakaian labuh terutamanya jubah.Kenapa? Pakaian labuh itu dapat melindungi diri ain agar aurat sentiasa terjaga.Malah, pakaian labuh kebiasaannya adalah longgar, maka telah memenuhi syarat menutup aurat dengan betul iaitu tidak memperlihatkan bentuk tubuh badan kepada yang lain.

Dengan berpakaian labuh, ain dapat bersiap sedia setiap masa jika ain perlu bersolat di luar rumah.Tidak perlu risau jika terlupa membawa telekung atau tidak mempuyai telekung.Cukuplah dengan membawa stoking tangan dan stoking kaki lebih dan disimpan dalam beg tangan setiap masa.InsyaAllah, dengan bertudung dan berbaju labuh serta longgar, mengenakan stoking tangan dan kaki, bolehlah kita menunaikan solat di tempat yang berdekatan.

Secara peribadi, apabila ain berpakaian labuh, ain akan berwaspada dengan tingkah laku ain agar tidak melanggar adab seorang wanita Islam.Ingatan juga buat diri ain bahawa "Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat".

Kelebihan lain adalah apabila kita berada dikhalayak ramai, mata-mata kurang tertumpu pada kita kerana kebiasaannya manusia gemar melihat pada kecantikkan.Namun harus diingat, jika berpakaian labuh tetapi masih dapat menarik perhatian orang ramai dengan warna pakaian yang menggoda serta kain digunakan adalah nipis dan make up tebal di muka, samalah juga anda mempertontonkan kecantikkan diri kepada yang lain.Anda tidak harus berasa bangga dan beranggapan bahawa anda sudah menutp aurat.

Nasihat ain disini, tingkatkan ilmu berkenaan aurat wanita Islam.Sentiasa bersikap cerewet dalam pemilihan pakaian menutup aurat, walaupun ianya adalah baju kurung atau jubah.Ini kerana, pasaran pakaian muslimah semakin mendapat tempat tetapi masih tidak menitikberatkan soal menutup aurat dengan betul.

Berhati-hati apabila berkunjung ke butik pakaian muslimah kerana perkataan 'pakaian muslimah' itu mungkin hanya pada nama sahaja.

Rujuk label AURAT & PAKAIAN.Sehingga kita berjumpa lagi di coretan akan datang..

6 comments:

  1. Tahniah ain atas perubahan fesyen kepada yang lebih Baik. mekar pun suka juga berjubah. tapi memandangkan koleksi tak berapa banyak lagi, jadi asyik pakai baju kurung jer. dulu2 kerja memang byk benar koleksi baju kurung. Tak mau membazir, jadi pakai mana yg ada dulu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mekar..:D
    Jika mekar banyak koleksi baju kurung tu, kira bonus juga.Tak perlu membazirkan.Ain pula, baju kurung dan jubah, tak banyak mana.
    Seperti ain kata dalam blog, ain ni dulu kononnya berpakaian fesyen muslimah, tapi sebenarnya tidak akibat pengaruh sekeliling.Maka, pakaian dalam almari banyak yang tidak menepati hukum Islam.Alih-alih, banyak baju ain terpaksa asingkan dari dalam almari.Bila dok belek tu, aduhai ciput je yg tinggal.
    Kiranya, sekarang ain perlulah perlahan-lahan menambah koleksi pakaian, terutamanya abaya yang telah menjadi kegemaran ain kini!

    ReplyDelete
  3. setiap perintah Allah SWT sentiasa as kelebihannya..baik di dunia,mahu pun akhirat~

    ReplyDelete
  4. Salam akak Nurain Vivian, Alhamdulillah saya bersyukur kerana bertemu blog akak ini! Ini kerana sudah berbulan lamanya saya berniat ingin memakai tudung labuh seperti dalam gambar di atas, tapi apabila dinyatakan kpd orang sekeliling rata-rata memberikan respons yang tidak yakin. Tambahan pula semester akan bermula, saya juga risau akan penerimaan rakan-rakan dan sesetengah pihak yang tidak senang dengan saya (atas sebab peribadi, fitnah dan ketidaksefahaman). Takut dilabel "ingin berlagak baik tetapi sebenarnya jahat" walhal saya melakukannya semata-mata untuk Allah. Selepas membaca entry-entry akak saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan niat saya. Apalah pentingnya pendapat orang jika dibandingkan pandangan kita dimataNya ya?

    Terima kasih akak :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mafahss.Benar kata saudara,setiap ajaran dan perintah Allah SWT itu ada kebaikkannya.Hanya kita manusia ini saja yg gemar memutar belitkan..Baliklah pada Al Quran dan Sunnah..InsyaAllah, berjaya di dunia mahupun di akhirat.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam Noderilla.
    Sabar yea dik kerana adat dunia tidak terlepas dari kata-kata masyarakat sekeliling.Ada saja yang tidak kena, lagi-lagi apabila melihat seeorang itu cuba berubah ke arah kebaikkan.Hanya segelintir sahaja yang akan menyokong dan memberikan semangat,manakala selebihnya akan sering dan terus merendahkan niat kita.
    Dalam penghijrahan kita kepada Allah SWT pasti akan teruji dengan bermacam-macam perkara.Maka disini, adik perlu kuat semangat dan tingkatkn ksabaran.
    Apabila seseorang muslim itu berhijrah ke jalan Allah, insyaAllah pahala dan ganjaran besar akan menanti.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR