Monday, May 30, 2011

MASIH BELUM TERLEWAT...


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Diharapkan semuanya dalam keadaan ceria dan sihat selalu, amin.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana atas belas kasihNYA, ain masih lagi diberikan kesempatan untuk membuat coretan disini.

Untuk makluman sahabat semua, ain telah pulang bertemu dengan kedua-dua ibu bapa ain semalam.Alhamdulillah, dapat juga ain melihat mereka dan juga anak-anak buah yang amat ain rindui.Bagaimana reaksi mereka, tak perlulah ain ceritakan disini.Apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan dengan penuh semangat!

Mari ain kongsikan sedikit aktiviti ain pagi tadi.Pagi tadi ain selesaikan beberapa urusan penghantaran barang.Setelah itu, ain membuat keputusan untuk ke Balai Islam.Perkara yang telah lama dan sepatutnya ain lakukan sejak dahulu lagi.

Bagi sahabat sekalian yang pernah membaca coretan ain sewaktu ain baru-baru memeluk Islam, ain memeluk Islam sewaktu berusia 18 tahun.Di ketika itu, ain masih lagi belajar di kolej.

Waktu itu, peluang ain untuk menghadiri kelas agama untuk saudara baru amat terbatas.Setelah tamat pengajian di kolej, sebelum berkahwin juga masih terbatas.Namun, setelah ain berkahwin pula ain sibuk dengan pekerjaan ain sebagai jururawat disamping membantu suami dalam perniagaan kecil-kecilan kami.

Pendek kata, ain hanya mengejar hal dunia semata-mata.Hal akhirat, dipandang ringan dan mudah sahaja.Belajar agama ala kadar sahaja.Kiranya cukup-cukup makan saja.Bila dikenangkan kembali, amat rugi diri ini!

Ain amat beruntung kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk mendalami ilmu agama sebelum melangkah ke alam kematian.Tanpa bekalan yang mencukupi, tidak mungkin ain akan bergembira di sana nanti.

Ain hanya belajar ilmu agama melalui buku-buku, kuliah di televisyen dan ceramah/kuliah di surau sahaja.Ain tidak pernah menghadiri kelas agama yang formal.Semenjak ain berhenti kerja dan berniqab, ain nekad untuk perbaiki diri ini agar tidak menyesal di kemudian hari.

Pagi tadi ain beranikan diri ke Balai Islam Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelas agama buat saudara baru.Alhamdulillah, ain dipertemukan dengan Ustaz Haji Shahrin.Beliau memaklumkan ain bahawa kelas agama untuk saudara baru telah berpindah tempat.Beliau memaklumkan ain tentang jadual dan lokasi yang boleh ain kunjungi untuk mendalami ilmu agama yang amat ain dahagakan selama ini.

Lokasi baru yang dimaksudkan itu terletak kira-kira 30 minit ke 40 minit dari rumah ain.Alhamdulillah, walaupun jauh ain diberikan kebolehan untuk memandu dan mempunyai kenderaan sendiri.Maka, adalah lebih baik ain gunakan kelebihan yang ada dengan sebaik mungkin.

Menurut Ustaz Haji Shahrin, terdapat 4 kelas agama yang berlainan disediakan.Untuk hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, kelas bermula selepas solat Magrib dan kelas pada hari Ahad pula bermula pada waktu pagi.Untuk tahu lebih lanjut apa bezanya bagi 4 kelas ini, ain kenalah hadirinya sendiri.

Selagi nyawa dikandung badan, selagi jantung ini masih berdegup, selagi ain masih diberikan kudrat, insyaAllah ain akan gunakan sebaik mungkin.Cakap sahaja tidak gunakan, perlu dilakukan dan perlu diubah kepada tindakan.

Baiklah, sampai disini sahaja setakat ini.InsyaAllah, kita bertemu lagi di coretan akan datang yea.Jaga diri semua..:D

9 comments:

  1. assalammualaikum

    ape kbr akak ku sayang??

    bruntungnya saya kalau dpt mmghadiri kuliah agama yg akak hadiri..trasa rindu dgn khidupan d
    univrsiti..amt mudah utk hdirkn dri dlm mjlis2 ilmu trsbt..saya mrindui khidupan itu..

    akak mntap di melaka ke??sy duk muar.gmbira kalau diizinkanNYA utk kita brsua muka:-D

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam azlen.
    InsyaAllah, peluang yang ada ni akak perlu gunakan sebaik mungkin.Jika dahulu akak bersikap sambil lewa, akak harap tidak lagi.
    Jika adik ke Melaka, email akak awal awal.Boleh singgah rumah mertua akak.Jika adik balik melaka guna jalan lama,memang lalu pun.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, kagum dengan semangat sentiasa ingin menambah ilmu dan memperbaiki diri yang ditunjukkan. Syabas.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dengan izin NYA juga ain berpeluang mencari ilmu buat bekalan suatu hari nanti.
    Terima kasih Arjuna.

    ReplyDelete
  5. Salam Ain.
    Bagus la dapat manfaatkan masa terluang dgn mhadiri kelas agama itu.betul ain, kita jgn fikir yg kita ni dh terlambat utk menuntut ilmu. sekurang2nya kita ada berusaha daripada xbuat apa2 langsung.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam Mekar.
    Ilmu itu perlu dicarikan, ia takkan datang dengan sendiri.
    Namun begitu Mekar, ain berhasrat untuk belajar seperti pelajar Madrasah...mcm sekolah pondok..hehe..boleh ke???

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...Salam kenal Nurain..saya ibuaiman...alhamdulillah Nurain telah dipilih oleh Allah untuk menikmati nikmat Iman dan Islam...semoga dimudahkan oleh Allah untuk belajar ilmu-ilmu agama sebagai jalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi...Jikalau sudi datanglah singgah blog akak kat www.klinik-ibuaiman.blogspot.com...:)

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam ibuaiman.
    Terima kasih yea kerna sudi membaca tulisan disini.InsyaAllah, dengan izin NYA juga ain masih berada disini.
    insyaAllah, ada kelapangan saya singgah ke blog akak yea.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR