Saturday, May 21, 2011

NIQAB IS MY CHOICE.......


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Sudah sebulan lebih ain berniqab.Alhamdulillah, sepanjang bulan lalu ain gembira dengan niat ain ini.Perasaan tenang sentiasa wujud dalam diri ini berbanding dulu.

Namun bukan mudah untuk ain yang mempunyai gelaran mualaf/muslim revert yang berbangsa Cina untuk berniqab.Ujian yang paling kuat sudah semestinya daripada kedua-dua ibu bapa ain sendiri.Semenjak mereka mendapat tahu ain berniqab, tidak pernah sekali mereka izinkan ain untuk berjumpa.

Hanya panggilan telefon sahaja dapatlah ain mendengar suara mereka.Ain dilarang sekeras-kerasnya agar tidak berniqab.Ain terangkan pada mereka bahawa ain masih boleh membuka wajah di hadapan mereka selagi mana tidak mengganggu.Baru kini ain rasai perasaan bagaimana mualaf yang lain yang selalu kita dengari dibuang keluarga.Baru kini ain faham bagaimana perasaan mereka.Malah, keluarga ain sendiri turut berkata demikian.

Betapa sedih dan peritnya hati ini, hanya pada Allah tempat ain mengadu.Berdosakah ain berniqab, sedangkan ain telah diberikan petunjuk oleh Allah? Berdosakah ain andai dengan beraninya berkata Allah telah tunjukkan ain melalui mimpi untuk berniqab? Berdosakah ain meneruskan keinginan hati setelah mendapat petunjuk daripada Ilahi? Berdosakah ain kerana tidak mengikut perintah ibu bapa yang telah membesarkan ain selama ini? Berdosakah ain kerana telah menyakiti hati mereka?

Ada yang menasihatkan agar ain tidak berpurdah demi menjaga hubungan dengan ibu bapa ain.Ada yang berkata ain tak perlu berniqab jika ibu bapa ain tidak suka.

Tapi bukan itu ain inginkan.Ain harapkan mereka yang berkata itu sama-sama memberikan sokongan dan sama-sama membantu ain untuk berbincang dengan ibu bapa ain dengan berhemah.Terus terang ain katakan ain menjadi tidak tentu arah apabila hasrat ain untuk berniqab dahulunya dilengahkan.

Dan kerana itulah ain segerakan niat ain berniqab setelah mendapat petunjuk daripada Allah.Bukannya untuk menunjuk-nunjuk, kerana niat ain pada Allah semata-mata.

Tiada jawapan yang dapat ain berikan pada persoalan ini.Hanya pada Allah ain berserah di atas segala ketentuanNYA.Apa yang pasti, ain tetap tegas dengan niat ain untuk berniqab selagi mana umur diberikan oleh Allah SWT.

Untuk ibu bapa ain pula, selagi mana mereka berkeras, selagi itu ain akan terus berusaha mendekati mereka sama ada mereka suka atau tidak.Mereka tetap ibu bapa ain walaupun kehadiran ain kini tidak dapat diterima seperti dahulu.

I am muslim women.I have the right to choose what I believe.

20 comments:

  1. Assalammualaikum....Alhamdulillah...syukur saye melihat seorang muslimah berpenampilan sebegini...saye amat2 menyukainya....saye juga menyimpan hasrat yang sama iaitu mahu berniqab, akan tetapi biarlah ianya dengan izin Allah jua...saya suka dengan penampilan Ain ini....lengkap aurat ditutup...sempurna.....moga Ain terus berada dalam lindunganNYA....semoga penampilan Ain ini akan menjadi contoh kepada muslimah2 yang lain.....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ain.
    kakchik turut merasa sedih membaca luahan hati ain ni. kakchik cuba bayangkan betapa pedihnya menahan rasa apabila ibu bapa sendiri tidak mengendahkan kita apatah lagi ibu bapa ain bukanlah muslim. semoga ain tabah menempuhi ujian ini. ujian bagi sesiapa saja yang baru memakai niqab ialah tentangan keluarga. w/pun keluarga itu memang islam asal, banyak yang menentang dan ada yang mengancam anak mereka yang berubah ke arah kebaikan. tapi kakchik tahu ujian ain lebih berat kerana ada perbezaan agama di tengah-tengahnya. kakchik cadangkan, baliklah ziarah mereka dalam keadaan ain berniqab. sampai di rumah bukalah. lagi mereka tidak mahu lihat ain, lagi itulah ain kerap pulang, berbakti kpd mereka. dalam hal ini suami ain juga kakchik harap dapat membantu kerana di dalm keadaan ini ain amat2 memerlukan sokongan emosi yang kuat. ain memakai niqab dengan izin dan galakan dr suami dan setelah berkahwin ibu bapa tidak lagi berhak ke atas ain. cuma atas ehsan kita sebagai seorang islam, kita disuruh menghormati ibu bapa dan taat kepada mereka dalam semua hal kecuali yg bercanggah dengan suruhan agama. sabar ya ain. semoga Allah memberi ain ketenangan dan kesabaran dalam melalui ujian ini yang mungkin mengambil masa yang lama untuk dileraikan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ain,

    Memang sedih jika ibubapa sendiri tidak mahu berjumpa kerana kebaikan yang dilakukan. Tetapi mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak memahami tentang ajaran Islam yang sebenar.

    Buat masa ni, pada akak Ain berdoalah selalu,mintak supaya Allah tunjukkan jalan supaya hati ibubapa lembut. InsyaAllah, lambat laun mereka akan terbuka hati menerima pendirian Ain. Banykkan bersabar kerana dengan bersabar hati akan menjadi lebih tenang. Banyakkan berdoa kerana doa merupakan senjata bagi mereka yang beriman.

    Akak doakan yang terbaik buat Ain. :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Ros.
    Terima kasih di atas nasihat Ros berikan.Memang benar kata Ros, mereka kurang memahami tentang berpurdah bagi yang beragama Islam.
    Buat masa ni, seperti kata Ros.Hanya kesabaran dan doa berterusan saja yang memberikan ain kekuatan pada masa ni.Moga mereka dilembutkan hati dan menerima ain seadanya.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam nurulain.
    InsyaAllah, jika niat itu sudah ada.Tingkatkan ilmu dan carilah guru untuk membimbing.Mohon pada Allah andai itulah jalan yang terbaik yang nurulain pilih.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam kakchik.
    Terima kasih atas nasihat, sokongan moral dan pandangan yang kakchik berikan.Ain akui tentangan kuat adalah daripada keluarga ain sendiri.Bukan hanya ibu bapa, malah satu-satunya adik perempuan ain juga tidak menegur ain hingga kini.
    Seperti kata kakchik, ain juga nekad akan terus berjumpa mereka seperti biasa walaupun layanan diberi tidak lagi seperti dahulu.
    Alhamdulillah keluarga mertua ain dan suami banyak membantu dari segi sokongan moral dan nasihat.
    Moga ujian ini dapat ain tempuhi dengan baik.Amin.

    ReplyDelete
  7. salam sis ... syikin tak pandai nak bercakap... tapi terasa sedihnya.. harap sis trus bersabar yer :) ...

    ReplyDelete
  8. wa'alaikumussalam syikin.terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan ain.Ikutkan ain tak mahu luahkan rasa hati di sini, tapi ain dapat rasa kurang bebanan setelah menulis di blog.Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  9. aS'SALAM Ain.
    Mekar juga rasa tersentuh hati dgn luahan ain ini. Maklumlah dugaan ini datangnya dr ibubapa kita sendiri. Mekar harap ain kuat semnagat, jgn putus asa dgn cacian dan ujian ini. Satu lagi pendirian mesti Tetap. Jgn goyah. Ain bnasib baik krn ada suami yg menyokong & mizinkan ain berpenampilan itu. Doakan semoga ibubapa ain lembut hatinya sedikit masa lagi. InsyaAllah. beri mereka masa utk terima ain kembali. Tak perlu melatah & marah2 mereka. Sabar ya. Take care.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum

    terasa sedih saat mbaca luahan hati akak ain.moga kak ain tabah n sabar dlm mghadapinya.

    salam ukhuwwah fillah kak ain:-)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, Mekar.Maaf ye,lambat balas.Ada masalah teknikal dengan blogger ni.
    InsyaAllah, Mekar.Berkat doa kawan-kawan dan keluarga insyaAllah,keluarga ain dapat terima ain kembali.
    Apapun, seperti Mekar kata,pendirian kena tetap...

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam, Noor Azleen.Maaf ye lambat balas, tak dapat guna blogger akibat masalah teknikal.
    Maafkan akak juga kerana luahkan perasaan kat blog ni.Namun, akak bersyukur teramat kerana adik dan sahabat semua memberikan sokongan dan doa agar akak kuatkan semangat.
    Salam ukhuwah juga daripada akak ye Azlen.

    ReplyDelete
  13. indahnya bila bertutup..sabar kuatkan hati...jgn mudha patah smgt ada hikmah tu wahai sahabatku..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..bersabarlah menghadapi semua ujian dariNya..moga ain istiqamah.. :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, syukran sahabat Cahaya dan Cik Mawar...:D

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..Ain,saya juga saudara Islam yang baru..cina hokkien seperti Ain,Islam ialah agama yang tenang..syukur pada Allah kerana telah memberi petunjuk kepada kita..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikumussalam saudara/saudari.Alhamdulillah kerana saudara/saudari juga mendapat hidayah dan petunjuk drp Allah SWT..moga kita terus istiqamah dalam mencari keredhaan NYA...jaga diri yea..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kak ain :)
    saya baru saje jmpe blog kak ms nak survey niqab :) em sy bru umur 20..masih belum berniqab, tapi niat tu mmg ada..insya allah jika di izinkan Allah sy nk mula pakai tahun dpn..alhamdulillah sy makin smngat nk pkai bile bc entry2 di blog akak..doakan sy jd niqabi 1 hr nt..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Kak Ain, SubhanaAllah such a beautiful journey of yours :)
    Kak Ain dapat petunjuk dengan mimpi ke? Saya ni berhajat juga nak pakai niqab, sampai tahap saya terus tunaikan solat istikharah dan selama beberapa hari berturut2 saya terjumpa ramai niqabi, mcm majoriti perempuan kat Malaysia ni niqabi :) . Alhamdulillah Allah masih pertemukan saya dengan mereka sampai sekarang and semalam dapat mimpi pula. Sebak sgt rasanya dgn petunjukNya dan sedih masih tak dapat menguatkan diri untuk memakai. InsyaAllah one day. Semoga istiqamah Kak Ain :)

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikumussalam buat adik-adik Anonymous!!.

    Maaf yea, akak tak pasti nama adik di sini.Jika tidak keberatan adik-adik boleh saja letak nama singkatan/samaran/manja agar mudah untuk akak menyebut dengan lebih mesra yea..:D

    Buat adik Anonymous yang baru berumur 20thn: Alhamdulillah, adik mempunyai niat di usia muda.InsyaAllah jika berniqab adalah yang terbaik, sudah pasti Allah SWT akan tunaikan suatu hari nanti.Sementara itu, adik isilah masa mencari ilmu dan tambah ilmu agama dalam segala segi yea.Akak juga seperti adik masih belajar dan terus belajar.Banyak kekurangan lagi yang harus diperbaiki.Sama ada niat adik berniqab dimakbulkan atau tidak, terserahlah pada Allah SWT dengan aturan NYA..InsyaAllah dengan niat sahaja pun adik sebenarnya sudah mendapat pahala.


    Buat adik Anonymous kedua: SubhanAllah..Alhamdulillah...Allahuakhbar...
    Begitu indah dan beruntungnya adik di izinkan Allah SWT mendapat mimpi sedemikian.MasyaAllah.
    Yea, kak ain juga mendapat petunjuk melalui mimpi namun agak sukar difahami ketika itu.Adik pula diberikan mimpi yg begitu jelas maksudnya. Allahuakhbar...Allahuakhbar!!!
    InsyaAllah dik, satu hari nanti jika dizinkan pasti adik juga kuat mengenakan niqab.

    Jaga diri adik-adik ku sekalian.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR