Tuesday, May 10, 2011

SAMPAIKAN......


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain semua.

Baru-baru ini, heboh diperkatakan mengenai isu segolongan tertentu ingin menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.Namun, bukan isu itu yang ain ingin bahaskan disini.

Apabila agama lain ingin menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara, kenapa kita yang beragama Islam baru sekarang rasa resah dan tidak puas hati?Adakah kerana agama Islam adalah agama majoriti penduduk Malaysia dan sudah berabad lama agama Islam menjadi agama rasmi, maka adalah tidak wajar agama lain ingin menggantikan agama ini??Kenapa baru sekarang berkobar-kobar masyarakat Islam mempertahankan agamanya sedangkan tidak berlaku sebelum ini???

Maafkan ain jika ada yang berasa sensitif dengan hujah ain disini.Ain cuma ingin sahabat semua berfikir; Apa yang sudah kita buat sebagai seorang yang beragama Islam?Apa yang sudah kita buat untuk Islam?Apa yang sudah kita buat untuk Allah?

Untuk yang mengaku dirinya wanita Islam:

Jika anda mengaku anda orang Islam dan benci mereka yang menghina agama suci ini, kenapa masih berpakaian mendedahkan lekuk tubuh?Kenapa masih mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat?Kenapa masih berbangga dengan pakaian yang menjolok mata?Kenapa masih leka dengan fesyen yang dikatakan 'up to date'??? Bukankah fesyen sedemikian menggambarkan masyarakat yang masih jauh ketinggalan dan masih di zaman jahilliyah?

Jika anda mengaku sayang dan cintakan Allah, maka jangan berdolak dalik dalam mempertahankan hukum Allah ini.Fikirkanlah apabila ingin berpakaian.ambil masa sejenak dan berfikir, "Adakah aku berpakaian yang diredhai Allah?","Adakah aku kelihatan cantik di mata Allah?"..

Untuk yang mengaku dirinya lelaki Islam:

Jika anda bergelar suami dan seorang bapa kepada seorang/lebih anak perempuan, adakah anda mengaku diri anda Islam dan cintakan Allah, andai membiarkan isteri dan anak-anak perempuan anda berpakaian yang mendedahkan aurat?Bukankah tanggungjawab anda adalah sebagai pemimpin keluarga?Maka, dimana letaknya tanggungjawab anda itu?

Apa yang ain coretkan di atas ini, merupakan sebahagian sahaja sedangkan masih banyak perkara lagi yang boleh diperkatakan.Misalnya solat 5 waktu itu sendiri, adakah kita telah melaksanakannya dengan sebaik mungkin atau sekadar sambil lewa sahaja?Namun, bukan semua dapat ain sampaikan di sini.

Janganlah berpendapat bahawa perjuangan Islam hanya untuk golongan tertentu sahaja.Perjuangan Islam hanya untuk yang bergelar ustaz/ustazah atau ulama semata-mata.Memang benar, mereka lebih berpengetahuan dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Namun, harus diingat ilmu yang kita ada walau sekecil semut sekalipun jika tidak diamalkan dan dipraktikkan serta tidak disampaikan dengan sebaik mungkin, apalah guna kita bernama Islam, andai sekadar pada nama sahaja.Untuk apa ilmu yang ada jika lokek untuk berkongsi ilmu.

Ain katakan berdasarkan pengalaman dan secara umum yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri.Apabila ada persoalan agama diajukan, jawapan mudah sahaja..'rujuklah ustaz'..namun jika berlaku kesilapan ditegur pula..'tak tahu tak nak tanya'...Paling tidak pun akan digelar...'tengok tu ustazah datang'...takpelah, ain aminkan aje.

Nampakkan mentaliti masyarakat Islam, hanya segelintir sahaja yang ain maksudkan disini.Bila cara berpakaian kita juga dilabelkan hanya untuk para ustazah itu, sudah tentu tidak benar sama sekali.Paling ain kurang gemar adalah 'macam ARQAM'..gara-gara penampilan ain yang berniqab.Bukti betapa sempitnya fikiran sebegini.

Secara ringkas yang dapat ain katakan adalah, semua umat Islam bertanggungjawab antara satu sama lain.Jika melihat perkara yang melanggar perintah Allah, maka tegurlah dengan cara yang berhemah.Bukan hanya tunggu dan lihat.Jika melihat sesuatu perkara itu boleh menimbulkan kemarahan Allah, maka hindarkanlah dan lakukan sesuatu agar perkara itu tidak berterusan.

Apapun, bagi mereka yang berasa tergugat akan keberanian agama lain yang ingin menjadikan agama mereka agama rasmi Malaysia suatu hari nanti, syabas kerana anda berjuang mempertahankan agama Allah ini.Namun persoalan yang timbul...Adakah anda benar-benar berjuang untuk Islam dalam kehidupan seharian? Adakah anda memperjuangkan hukum Allah dalam kehidupan sehari-hari??? Fikirkan...


Firman Allah di dalam Al-Quran;
“Sesungguhnya tanggugjawabmu hanyalah untuk meyampaikan.”

Nabi Muhammad SAW pernah berkata;
"Sampaikan olehmu walaupun sepotong ayat.."

5 comments:

  1. betul..sangat setuju~~ lihat bukan apa yang mereka semua dah buat..lihat apa yang kita dah buat HARI INI kepada agama kita..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca blog ain disini.Kebanyakkan hanya tahu menyalahkan atau menuding jari sesama sendiri.
    Jika isu agama rasmi sahaja diperjuangkan, untuk apa?Sekadar untuk berbangga?Sekadar untuk perhiasan dunia?
    Adalah lebih baik masyarakat dan golongan dakwah sama-sama berganding bahu memartabatkan agama Islam dalam jiwa masing-masing dan bukannya untuk parti-parti tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  3. betul..gembira dengar ada orang yang ada risau fikir macam ukhti.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam Ain,
    Kadang2 mereka2 berdegar-degar CAKAPNYA konon memperjuangkan ISLAM. Itu salah ini salah. Semua nak tunjuk mereka adalah HERO dalm mperjuangkan agama. Tapi pada masa yang sama isteri2 dan anak2 di rumah tak dididik cara Islam yang sepatutnya.(contoh mudah pada pakaian) Islam hanya pada nama. kan Ain ?

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam Mekar.
    Benar kata Mekar.Di luar sibuk melaungkan perjuangan masing-masing, tapi untuk keluarga sendiri tidak diberikan perhatian.
    Tepuk dada, fikirlah sendiri...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR