Wednesday, June 22, 2011

HIKMAH MENUTUP AURAT


(gambar ehsan dari Google)

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua sentiasa dipermudahkan dalam urusan harian dan dirahmati Allah SWT selalu, amin.

Aurat dalam istilah bahasa, "keji" , "Keaiban".
Aurat dalam istilah Arab, "kurang", "jelek", "buruk" atau , "malu".


Menutup aurat maksudnya menutupi bahagian tertentu anggota tubuh daripada pandangan manusia, jin dan malaikat.Menutup aurat juga bermaksud melindungi bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia daripada diperlihatkan kepada orang ajnabi kerana perbuatan mendedahkannya adalah suatu yang mengaibkan disisi agama Islam.Menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim tidak kira lelaki atau wanita.

Sebagai umat Islam, kita wajib patuh dan taat atas perintah agama yang telah tertulis di dalam Al Quran itu sendiri dengan penuh rasa tanggungjawab serta amanah.

Memang benar Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.Memang benar Islam bukan agama paksaan.Allah SWT memberikan kebebasan kepada manusia di muka bumi ini untuk membuat perkara yang diingini.Namun, harus diingat kita juga dipertanggungjawabkan di atas kebebasan yang diberikan.Jangan disalah gunakan kebebasan yang telah Allah berikan pada kita dengan sesuka hati dan mengikut nafsu sendiri.

Apa hikmah diperoleh jika seseorang itu menutup aurat dengan sempurna semata-mata kerana Allah SWT?

# jiwa semakin tenang dan tidak risau akan hal duniawi.

# cahaya (nur) keimanan akan mudah meresap dalam hati seorang mukmin.

# seseorang yang menjaga auratnya dengan sesempurna mungkin, akan terlindung daripada fitnah manusia.

# secara automatik diri seseorang itu akan berusaha mendekatkan diri mendalami ilmu Allah sekiranya niatnya ikhlas kerana Allah SWT.

# seseorang itu akan berusaha sedaya mungkin menghindarkan perkara terlarang dan dimurkai.

# cintanya kepada Allah membuatkannya bersabar dengan dugaan diberi kerana mengharapkan kasih sayang daripada NYA semata-mata.

# dirinya akan dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan sering saling ingat-mengingati diantara satu sama lain.

# menjaga aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam, dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu."

# menutup aurat dengan sempurna merupakan salah satu cara berdakwah secara langsung dengan masyarakat tanpa kita sedari, dengan niat berjihad kerana Allah SWT.

# memberikan pandangan yang elok bagi yang bukan Islam agar tertarik untuk mengenal agama Allah ini, insyaAllah.

# diri akan lebih berwaspada dengan setiap tutur kata yang ingin diucapkan, perbuatan dan tingkah laku dalam masyarakat, insyaAllah.

Coretan ain ini amatlah ringkas dan ain pasti ada banyak lagi hikmah tersembunyi yang kita sedar atau tidak kita sedari.Sebarang kekurangan harap dimaafkan.Ain juga alu-alukan pandangan dan nasihat daripada sahabat semua.Terima kasih!

4 comments:

  1. Assalamualaikum ain. Kakchik setuju benar dengan apa yang ain tuliskan ni. Terlalu banyak hikmah apabila kita menutup dan menjaga aurat kita dengan sebaik-baiknya. Ianya insyaAllah satu ibadah yang banyak ganjaran dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam kakchik.InsyaAllah, dengan izinNYA juga.Moga diri ini dan muslimin yg lain berusaha istiqamah dalam menutup auratnya dengan ssempurna mungkin.amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sis Nurain,

    Aja jarang sangat komen dalam bahasa Melayu, tapi Aja cuba juga la eh! :)

    Insha'Allah berkat usaha kite menutup aurah sebaik mungkin, semoga rakan2 yang belum menutup aurah akan terbuka juga hati mereka untuk menutup aurah mereka.

    Semoga Allah permudahkan bagi kite untuk meneruskan usaha dalam memperbaiki diri, serta orang-orang disekeliling kite. :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam hajar..:D
    Pertama sekali terima kasih banyak dan tahniah kerana usaha komen dalam bahasa melayu.InsyaAllah, jika Sis ingin komen dalam bahasa inggeris juga, ain tidak keberatan.
    Moga diri ini dan sahabat sekalian istiqamah dalam memperbaiki diri dan amalan seharian,amin.

    ReplyDelete

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR