Monday, June 13, 2011

ILMU HARUS DISAMPAIKAN


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Di sini ain ingin kongsikan ilmu ain terima daripada seorang sahabat...

Bismillahirahmannirrahim...

Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak boleh berdakwah kepada orang lain kerana pengetahuan aku sangat cetek tentang Islam.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu? Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW,

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.”[HR Tirmidzi dan Ibnu Umar]


Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapatkan ilmu dari khutbah Jumaat, sampaikanlah pula kepada orang lain. Jika menghadiri pengajian majlis taklim, datangilah sanak saudara lalu ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut.. Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata,

“Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.”

biasanya orang muda mungkin mengajukan alasan yang lain, “Aku belum lama pakai tudung/belajar agama dan masih banyak dosa yang menghalang aku untuk berdakwah kepada teman-temanku.”.. Sekali lagi jangan jadikan dosa kita sebagai penghalang untuk berdakwah.

Allah SWT berfirman,..“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri (kewajibanmu sendiri). "
[Al Baqarah : 44]


Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Akan tetapi bilakah waktunya berdakwah menjadi haram? iaitu ketika kita menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya. Sebagai contoh, seseorang belum boleh ghaddul bashar (menundukkan pandangannya) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Apakah harus melarangnya atau tidak? Tentu sahaja harus melarangnya. Katakan kepada orang itu, “Hai Fulan, tundukkan pandanganmu”, dan katakan kepada diri anda sendiri, “Ya Allah, saksikanlah, mulai saat ini aku akan menjaga pandanganku.”

Berdakwah sesungguhnya membantu kita dalam memperbaiki diri kita sendiri. kita yang lebih dahulu mengambil manfaat darinya. Oleh kerana, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali baru.. Imam Ibnu Taimiyah berkata,

“jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu dihadapkan kepada dua pilihan. Boleh jadi suatu hari nanti ia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahawa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya ia telah atau ia akan menemui ajalnya sementara imannya belum juga sempurna.”

Berdakwahlah dengan keimanan kita dengan seadanya.. Menyebarkan Islam adalah tanggungjawab kita semua.

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri” [Ar Ra’d: 11]


Islam tidak akan tampil memimpin dengan pedang, senjata dan perang. Islam hanya akan berjaya dengan apa yang telah Rasulullah SAW rintiskan. Rasulluallah dahulunya seorang diri di muka bumi kemudian mencari pendamping baginda. Mulailah Rasulullah SAW melaksanakan dakwah kepada Abu Bakar ra. Mereka berdua telah muncul dan teguh di tengah-tengah msayarakat kafir ketika itu..
Permasalahannya mudah dan sederhana. Ajaklah dengan penuh berhikmah orang disamping kita dengan keimanan yang kita seadanya!

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh (diantara kamu) bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.” [An Nur : 55]


.. Wallahu'alam ...

Terima kasih kepada Ibu Nora seorang sahabat ain kenali di alam maya ini, yang mempunyai perjuangannya sendiri dalam Islam.Artikel yang beliau kongsikan ini amat bermakna buat diri ain kerana ain juga berpendapat tanggungjawab menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab semua orang Islam.Jika ingin tunggu bergelar ustaz/ustazah atau jika perlu dapatkan segulung ijazah baru ingin berdakwah, maka tiada siapa peduli jika ada yang melakukan kemungkaran di depan mata.

Apapun dalam menyampaikan ilmu juga perlu berhati-hati kerana kita akan dipersoalkan kelak jika ilmu agama yang disampaikan itu bertentangan dengan apa yang disampaikan dalam Al Quran dan juga boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar dan membawa padah...

6 comments:

  1. assalamualaikum,

    benarlah apa yg Puan Nurain bicarakan itu, sekadar ingin menambah dgn memetik beberapa kata-kata dan hadis:

    1. Dari Anas RA :

    Kami para sahabat RA bertanya “Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.”
    (HR Thabrani)

    2. Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."
    -Imam Hasan Al-Basri-

    3. Aku tak cukup ilmu, tak sempurna -
    (How does you define 'sempurna'? and when can you declare that you're already 'sempurna' enough to take action?)~husnuzzonloa

    4. Rata-rata survey yang telah dijalankan memberikan kesimpulan bahawa 75% dari umat islam di Malaysia MENGANGGAP atau MEMAHAMI bahawa:

    Benar, aku percaya pada Allah, aku Islam, ibu bapa ku Islam, dan aku bertanggung jawab pada ugamaku, aku wajib melakukan amalan-amalan yang diperintahkan, menjauhi segala larangan dan mengikuti segala apa jua yang ditetapkan dalam Islam dan sebagai manusia kita memang tak dapat lari dari berbuat dosa dan kesalahan, dan kita wajib bertaubat dari masa ke semasa. TETAPI, tugas berdakwah/menyampaikan/tabligh bukan kerja aku, itu adalah tugas para Ulamak, Ustaz, Mufti dan yang sewaktu dengannya. Bukan tugas kita umat Islam awam.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Arjunasetia.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di sini.Sesungguhnya ilmu yang ada itu tidak akan rugi jika dkongsikan bersama.Malah ia akan membawa kebaikkan bersama, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. As'salam ain,

    Ilmu yang kita ada walau sekecil zarah perlu di kongsi bersama org2 sekeliling. Manalah tahu melalui perkongsian itu, kita akan mendapat pahala melaluinya :-)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    terima kasih kak ain atas peringatan ini.

    sayang kak ain:-)

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam Mekar.
    Benar kata Mekar,ilmu walau sekecil zarah sekalipun jika digunakan sebaik mungkin , pasti membawa manfaat pada yang lain..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam azleen...terima kasih sudi luangkan masa membaca disini...=)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR