Friday, June 3, 2011

JANGANLAH LEKA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain semua.

Di ketika ain membuat coretan ini, ain sedang menahan kesakitan.Diharapkan kesakitan ini akan hilang sewaktu ain sibukkan diri di hadapan laptop ini.

Tidak banyak aktiviti dapat ain buat hari ini, sekadar berbaring, menonton televisyen, sibukkan diri di laptop kembali melayan jawapan daripada pelanggan online.

Ain masih ingat kuliah ain dengari satu ketika dahulu bahawa sakit itu penghapus bagi dosa-dosa kecil.Maka, tidak perlulah ain mengeluh.Moga semakin masa berlalu, sakit ini berkurangan.InsyaAllah.

Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu ain masih bertugas sebagai seorang jururawat.Setiap hari dan setiap detik, pelbagai ragam pesakit dengan penyakit yang berlainan harus ain hadapi.

Adakala hati menjadi sedih melihat kesakitan yang para pesakit perlu tanggung, lebih-lebih lagi ain bekerja di hospital swasta.Maka, sering ain lihat kewangan menjadi beban bagi sesetengah pesakit.Kebanyakkannya terpaksa menghentikan rawatan apabila bil rawatan meningkat setiap hari.

Apapun itu bukanlah topik ain ingin bincangkan disini.Cuma berapa ramai diantara kita bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita selama ini? Adakah kita menghargai nikmat kesihatan ini dengan melakukan perkara berfaedah dan memanfaatkannya sebaik mungkin sebelum datangnya sakit?

Bersyukurlah bagi kita yang masih diberikan umur dan kesihatan yang baik ini menggunakannya dengan sebaik mungkin dengan perkara-perkara bermanfaat.Janganlah apabila kita sudah terlantar sakit barulah ingin sesali perbuatan atau tindakkan yang lalu.

# Jika kita masih leka menunaikan solat, MULAKANLAH SEKARANG! Jangan tunggu lagi.Lakukanlah solat dengan penuh rasa bertanggunjawab dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

# Jika masih cuai dalam berpakaian teruatamanya wanita muslimah, TUTUPLAH AURATMU sebelum kain kapan putih menyelimuti tubuhmu itu.Ubahlah cara berpakaian wahai muslimah sekalian agar tidak menyerupai orang kafir!

# Jika bersikap biadap pada mereka yang lebih berusia, MINTALAH AMPUN MAAF dan berjanji pada diri sendiri, juga pada Allah kita takkan ulanginya lagi.

# Jika kita bersikap tidak bertanggungjawab dalam amanah yang diberikan, ingatlah kata-kata ini, "KERJA ITU IBADAT" dan "ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT".

# Jika kita gemar berada di tempat-tempat hiburan seperti karaoke misalnya yang kini ain ketahui wujudnya 'famili karaoke'. HENTIKANLAH berada di tempat sedemikian.Bawalah keluarga ke majlis ilmu, dekatkanlah keluarga dengan aktiviti-aktiviti masjid/surau berdekatan.

# Jika gemar menonton / membaca bahan lucah, HAPUSKAN semua! Hadirkan diri ke majlis ilmu dan bacalah buku-buku Islamiah agar ilmu di dada tidak pernah kering.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan di sini.Janganlah leka dengan kehidupan di dunia ini.Sesungguhnya nikmat dunia yang Allah SWT kurniakan ini harus digunakan untuk mendapatkan nikmat di akhirat kelak.

1 comment:

  1. Benar. sakit itu penghapus dosa2 kecil. Sesekali diserang demam, batuk,selsema, period dll kena sabarlah hadapi ujian yg amat kecil itu.
    pst: tapi dlm tak sedar kita masih mengeluh.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR