Saturday, June 11, 2011

USAH DIPERSOALKAN


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Agak lama ain tidak mencatit apa-apa disini.Sekadar berkongsi bahan bacaan daripada yang lain.Diharapkan ianya banyak membantu.

Dalam fikiran ini ingin bercerita tentang USAH DIPERSOALKAN.Emm..kenapa ain pilih tajuk ini dan berkenaan apa ye?Apapun ain coretkan disini hanyalah pandangan peribadi ain sebagai seorang Chinese Muslim.

Selama ain mengenali Islam, sejak ain mengucap 2Kalimah Syahadah, bermacam soalan dan persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak.Soalan yang biasa ain terima dan ain pasti mereka yang tidak dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi menerima hidayah setelah dewasa juga mendapat persoalan yang sama.

"U dah kahwin? Suami/isteri melayu ke? kahwin baru masuk Islam ye? apasal u masuk melayu? Dah berapa tahun masuk Islam..oh..kahwin melayu patutlah..."

Jika anda dalam keadaan kami, dipersoalkan sedemikian, apakah yang anda rasa? Marah? Sedih? Terhina? Atau semakin jauh hati? Rendah diri?

Ini bukanlah caranya kita sebagai orang Islam menunjukkan adab/peribadi seorang muslim yang baik.Ia ibarat anda ego atau bangga dilahirkan Islam, namun anda mungkin tidak sedar atau tanpa sedar, anda tidak amalkan Islam dalam kehidupan seharian.Maaf jika cara ain tuliskan ini agak kasar.

Baru-baru ini ain terlibat dengan topik perbincangan mengenai seseorang non muslim yang berhasrat memeluk Islam, tetapi menunggu jodoh/pasangan yang beragama Islam, barulah beliau ingin memilih Islam.Memang pendapat mereka ada benarnya bahawa niatnya itu salah, namun janganlah diperkatakan sedemikian rupa(tidak perlu ain nyatakan disini).

Sekarang letakkan diri kita berada disamping seseorang itu yang telah secara terangan berterus terang untuk memeluk Islam, tetapi kita merasakan niatnya itu salah.Maka, apa yang harus kita buat?Bercakap di belakang tabir?Membiarkannya dengan dunianya, dan mengatakan biarlah Allah beri hidayah, kita hanya mampu berdoa..begitu?

Sungguh sedih dan kecewa ain rasakan bagi mereka yang berpendapat sedemikian.Memang benar, doa itu senjata mustajab bagi orang Islam yang beriman kepadaNYA.Namun, soal diri sendiri apa yang boleh saya/anda/kita lakukan bagi individu yang menyatakan hasrat, namun berkemungkinan niatnya itu salah atau disalah ertikan.

Secara peribadi ini pendapat ain.Mereka yang berhasrat atau berkeinginan mengenali Islam ini sebenarnya jiwanya masih kosong dan amat-amat memerlukan bimbingan dan perhatian.Sudah menjadi trend masa kini masuk Islam kerana nak kahwin.Amat sakit untuk ain coretkan ayat itu, tapi ada perkara ain harapkan anda dan ain sendiri berikan perhatian.

Kumpulan pertama, seseorang itu telah memeluk Islam bukan kerana ingin berkahwin.Kumpulan ini memilih Islam kerana yakin dan percaya bahawa Islam agama yang terbaik dari yang lain.Kumpulan kedua, seperti ain coretkan di awal tadi.Seseorang itu memeluk Islam kerana ingin berkahwin.

Tak perlulah nak membandingkan mana-mana kumpulan.Di sini ain ingin nyatakan bahawa, kita, yang meyakini Islam dengan seikhlas hati, kita, yang percaya & yakin kewujudan Allah SWT ini, kita, yang diberikan hidayah oleh Allah SWT inilah yang harus BANGKIT membantu kedua-dua golongan sebegini.

Apa yang nak dibantu? Benar, hidayah itu pemberian daripada Yang Maha Kuasa.Namun, kita yang berada disekeliling kumpulan ini harus bantu.Dekatkan diri kita dengan mereka.Berikan teladan yang baik misalnya dari segi percakapan, tingkah laku, cara kita berpakaian, dirikanlah solat seperti yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam.Tidakkah anda nampak dengan menunjukkan perilaku yang baik ini, kita sebenarnya mendidik diri sendiri.Mereka sebenarnya banyak memerhati daripada bertanya.Jika adab yang tidak elok ditunjukkan, bagaimana mereka ingin fahami dengan baik agama kita ini?

Jika kita berada dekat dengan individu yang kita ketahui ingin memeluk Islam, bantulah mereka dengan mengajaknya ke majlis-majlis ilmu, bawa berjumpa dengan mereka yang lebih tahu lagi ilmu agama, hadiahkan buku-buku agama sebagai perangsang sekiranya mampu.Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan mereka berasa dekat dengan agama kita dan tidak malu untuk bertanya.Usahakan selagi mampu membantu mereka memahami Islam dan mengenal Allah.Selain dari itu , kita serahkan pada Allah SWT untuk memberikan hidayah buat insan sebegini.

Janganlah kita menilai seseorang itu dari luaran, kerana luaran tidak sama dengan dalaman, siapa kita untuk mempersoalkan apa sebab & kenapa seseorang itu melakukan sesuatu perkara.Sebelum dok sibuk pasal orang kita sibuk la cari kelemahan sendiri.Kita tidak layak untuk menilai diri seseorang, hanya ALLAH sahaja yang layak, kerana ALLAH lebih mengetahui setiap isi hati hamba2nya.(kata-kata daripada seorang sahabat, Nor Azita Idris)

3 comments:

  1. saya setuju 100% apa yg disampaikan ain.

    ReplyDelete
  2. As..salam. ain. banyak juga ya dugaan yg ain tempuhi sepanjnag mengenali Islam ini. Kalu dtg 2 atau 3 soalan xmengapa lagi tp mcmana nk jawab ya kalu setiap kali jumpa org di tembak soalan yg sama.
    Kadanag2 kita manusia ni perlu berfikir sebelum sesuatu soalan itu di tujukan pd seseorg. sbb melalui ptanyaan juga boleh mmbuatkan hati org terguris. kita(tmasuk sya) ni tak sesempurna mana utk menilai baik buruk manusia yg lain.
    Apa yg boleh sya kata..hanya SABAR yg paling mudah diucapkan.
    pst: byk org melayu skrg berasa diri mereka perfect sbb dilahirkan ISLAM sedari kecil. Walhal nilai2 Islam sendiri x berapa kuat dlm diri mereka itu. Pedulikan org2 spti itu ain :-)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Mekar.terima kasih yea..:D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR