Sunday, July 3, 2011

IM NOT EXTREME


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga hari ini adalah hari yang indah buat para sahabat semua.

EXTREME..apa yang anda faham dengan maksud perkataan EXTREME??? Emm...adakah maksudnya adalah melampaui batas? Adakah maksudnya sesuatu yang dilakukan secara berlebih-lebihan? Adakah maksudnya sesuatu perkara di luar kebiasaan???...Maksudnya begitu meluas, terpulang kepada masing-masing untuk mentafsirnya mengikut kesesuaian.

Pernah ain dengar dan sering ain dengar muslimah yang menutup auratnya yang pada pandangan mereka lain dari kebiasaan adalah EXTREME.Apa ain cuba sampaikan ye?

Ok, begini.Ain terangkan dari segi pengalaman ain sendiri dan apa yang telah ain lalui.Hijrah ain dari segi berpakaian mungkin dicop atau dipandang sebagai EXTREME.Kini ain lebih gemar berabaya dan berniqab yang warnanya hitam/gelap sahaja.Ain berpakaian mengikut citarasa dan apa ain rasakan selesa serta ain yakin boleh menutup aurat dengan sempurna.Namun, ini tidak bermakna ain tidak suka pada warna-warna terang.

Di rumah misalnya, ain lebih selesa berbaju kurung dan hanya di rumah sahaja ain mengenakan pakaian berwarna-warni dan terang.Kenapa? Kerana ain hanya ingin kelihatan cantik di mata suami.Apabila ain perlu berurusan di luar rumah, ain lebih gemar mengenakan jubah/abaya yang berwarna gelap terutamanya hitam.Malah,tudung labuh dan niqab yang dikenakan juga adalah gelap/ hitam sahaja.Bukan kerana ain ada masalah alergi untuk berpakaian terang, tetapi ain lebih selesa mengenakan warna gelap apabila berada di luar rumah.




Mari lihat dan perhatikan betul-betul gambar di atas (ehsan daripada KakChik Niza)

Adakah pakaian seperti di dalam gambar di atas sempurna syaratnya iaitu menutup aurat dengan sempurna? Adakah dengan bertudung sahaja sudah dikatakan menutup aurat? Adakah dengan memakai seluar panjang dan mengenakan baju labuh dan berlengan panjang seperti dalam gambar di atas sudah dikatakan sempurna menjaga auratnya? Perhatikan dengan betul.Adakah dengan mengenakan solekan tebal di muka itu merupakan ciri-ciri muslimah sebenar?




Bagaimana dengan gambar ini? Bertudung tetapi menutup auratkah?

Ain akui kerana ain juga seorang wanita yang gemar berfesyen dan gemar kelihatan cantik.Namun, cantik di mata siapa? Manusia? Ingin kelihatan cantik dan 'up to date' semata-mata mengikut arus kemodenan dan mengharapkan pujian? Untuk apa kita berpakaian? Untuk siapa kita berpakaian? Adakah pakaian dipakai itu mendapat keredhaan daripada Allah SWT? Tidakkah berpakaian seperti dalam 2 gambar ain paparkan seperti di atas boleh dilabelkan sebagai EXTREME???



Tidakkah pakaian sebegini dikatakan EXTREME buat wanita Islam? Pelik, tapi itulah kebenarannya.Pakaian sebegini dianggap 'hot', 'up to date', 'trendy', 'modern' dan sebagainya.




Merujuk pada gambar di atas, ain akui di negara kita kebanyakkan beranggapan ia adalah pakaian yang janggal dan dilabel EXTREME bagi sesetengah pihak.Bertudung labuh, berpakaian labuh sudah menjadi kebiasaan di mana-mana tempat.Namun, wanita Islam yang berpurdah amat jarang dilihat(bergantung pada tempat/negeri).Malah, ain pernah membaca sebuah komen mengatakan bahawa apabila seseorang itu mengenakan purdah sebenarnya lebih menonjolkan diri serta menarik perhatian berbanding mereka yang bertudung labuh sahaja.

Maka, ini jawapan ain bagi individu yang memberi komen sedemikian.Memang benar wanita berpurdah kelihatan menonjol berbanding yang lain.Tapi harus diingat, mata-mata yang memandang itu insyaAllah akan terhindar dari pandangan zina/ dapat mengurangkan pandangan yang boleh menimbulkan nafsu berahi.Berbanding jika mereka melihat wanita bertudung singkat dan kurang sempurna menutup auratnya, mata mereka melihat sesuatu yang boleh menimbulkan zina atau nafsu berahi semata-mata setelah melihat tubuh badan si pemakai.

Nah! Adakah kami yang bertudung labuh dan berpakaian labuh ini dikatakan EXTREME??? Adakah kami yang mengenakan pakaian labuh serta berpurdah/berniqab ini dikatakan EXTREME melampau???

Anda boleh menilai dengan matang perkara yang baik dan buruk itu sendiri.



Bertudung labuh dan berpakaian labuh sahaja juga sudah memadai, asalkan syarat menutup aurat telah sempurna.Bertudung labuh, berpakaian labuh dan berpurdah juga tiada salahnya kerana ia masih menitik beratkan penjagaan aurat seorang wanita muslim.Pakaian berwarna juga tiada salahnya, asalkan warna digunakan tidak terlalu menonjol dan seelok-eloknya pilihlah warna yang sederhana sahaja.

Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri.Pilihan di tangan kita.Yang menentukan nasib kita di akhirat kelak adalah diri kita sendiri.Jika kita tidak berusaha memperbaiki diri setiap masa, tiada siapa yang dapat menolong.Mohonlah pada Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang betul dan mohonlah pada NYA agar diri terhindar dari perbuatan keji dan mungkar.

Moga bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah...

5 comments:

  1. assalamualaikum...

    suka!!!...

    adik sedih kak bila tgk mreka yg.........akak fhm mksd dik kan..bkn nk kta dri ini baik dn sempurna..tp kan indah jika tuntutan agama drealissikan..

    "Wahai Nabi,suruhlah istirimu,anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya,yang demikian sesuai untuk mereka dikenali,maka mereka tidak akan diganggu.dan Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

    (Surah Al-Ahzab :59)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ain. Syabas kerana ain berjaya menukilkan satu tulisan yang tentunya jujur dari hati. Biarkanlah mulut orang mahu mengatakan kita extreme kerana untuk agama kita sanggup 'extreme' daripada extreme untuk benda2 duniawi.

    ReplyDelete
  3. Saya suka tgk wanita berpurdah. Bila tpandang kelibat mereka, sya suka utk melihat sepasang mata mereka. Pakaian seperti itu sya rasa lebih selamat dari sebarang kemungkinan

    ReplyDelete
  4. nasihat seseorang terhadap saya...jangan terlalu extreme dalam beragama..terkasima sementara..apatah lagi mereka org yg dekat dalam hidup...sesungguh sy sgt memahami perasaan ain...proses berhijrah saja memerlukan pengorbanan perasaan yg sgt besar..apatah lagi utk trs istiqomah dan menjadi lebih baik...be strong..i'm with u...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum annanniey,

    Sudah menjadi lumrah kehidupan ..di akhir zaman...thanks dear..:D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR