Thursday, July 21, 2011

JANGAN PERMAINKAN HIJAB / NIQAB


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Sudah 3 bulan lebih diri ini berniqab.Alhamdulillah ain rasa gembira dan tenang selalu.Namun, berniqab ini bukanlah imej semata-mata.Bukanlah untuk menunjukkan diri ini hebat atau berilmu agama tinggi.Bukanlah kerana suami seorang yang cemburu.Bukan kerana suami seorang pendakwah.Bukan juga kerana terlibat dengan mana-mana kumpulan agama.Tidak sama sekali!

Amat terkilan kini pemakaian purdah dipermainkan dengan sesuka hati.Purdah itu sendiri bertujuan mengelak TABARUJJ, bukannya mempamerkan kecantikkan si pemakai purdah.Pakaian muslimah kini diexploitasi dengan trend atau fesyen yang kononnya muslimah moden, sedangkan ianya masih merosakkan akidah seorang wanita Islam.Kini purdah juga terkena tempias yang sama!!!

Sedarlah wahai sahabatku semua.Dalam Islam, berhijab itu wajib, menutup aurat itu wajib.Perkara ini bukan perkara mainan dan boleh diubah sesuka hati.Begitu juga berpurdah/berniqab.Jangan dek mengejar keuntungan semata-mata, maka wanita Islam berpurdah dikomersialkan.

Berhijab dan berniqab kedua-duanya dalam Islam tujuannya adalah sama.Berhijab dan berniqab bertujuan membezakan wanita Islam dan wanita bukan Islam.Berhijab dan berniqab bertujuan melindungi kecantikkan diri seseorang wanita muslim dan bukannya mempamerkan kecantikkan diri.Berhijab dan berniqab bertujuan melindungi wanita Islam daripada difitnah oleh orang lain atau fitnah daripada dirinya sendiri kepada yang lain.Berhijab dan berniqab bertujuan melindungi wanita daripada gangguan lelaki bernafsu serakah.

Bagi yang berhijab dan tidak berniqab, terus istiqamah menjaga dirimu sebagai seorang muslim.Bagi yang berniqab, banyakkan bersabar dengan godaan dunia yang kini mengganggap ianya perkara yang boleh diexploitasi sesuka hati di kaca TV.Jangan terpengaruh dengan perkara negatif yang dipamerkan.Itu semua hanyalah bertujuan mencari keuntungan semata-mata.Jangan berasa bangga wanita berniqab dipaparkan dalam lakonan artis.

Insan seni memperjuangkan karyanya agar dikenali dan mengharapkan agar karyanya nanti dapat memberikan pengajaran buat segenap lapisan masyarakat.Itulah jawapan ain selalu dengar tidak kira penggiat seni filem, drama mahupun muzik.Apapun, tiada salahnya berkarya sambil menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat.Tiada salahnya penggiat seni ingin berdakwah melalui karya dihasilkan.

Namun, adalah lebih elok para penggiat seni yang cenderung kepada mesej yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Islam agar mereka duduk sama belajar dan mencari ilmu sambil berbincang dengan ilmuwan Islam sebelum sesebuah karya itu dipaparkan kepada masyarakat.Masyarakat kini kebanyakkan menonton membuta tuli, maka penggiat seni menggalas tanggungjawab berat memastikan karya Islam dihasilkan benar-benar mengikut hukum Islam.

Ingatlah tujuan kita berniqab adalah semata-mata untuk Allah sahaja.Biarlah Yang Maha Kuasa sahaja yang berhak menilai dan melihat isi hati kita pada NYA.Usah berasa seronok dengan cara penonjolan wanita berniqab di kaca TV itu.Ia lebih bersifat membanggakan diri semata.

Jagalah peribadi diri kita sebagai seorang muslim.Jagalah nama Islam.Jagalah nama Allah dengan sepenuh hati kita.

9 comments:

  1. Assalamualaikum kak ain.. tahniah kak ain .. da 3 bln berniqab.. semoga saya dan kak ain istiqamah dalam menjalani kehidupan amalan sunnah isteri2 rasulullah saw ni..Mengenai isu wanita berniqab di komersial kan saya tak berapa suka la kak ain.. saya rasa mcm wanita berniqab di di jadikan bahan mengaut keuntungan.. Bukankah berniqab dan tatacara pakaian ini adalah untuk mengelakkan fitnah .. tapi malang apa yang berlaku sebaliknya.. Semoga Allah memberi kan 'mereka' hidayah atas apa yang mereka lakukan dlm usaha mereka yg mengatakan memartabatkan kaum wanita itu.. Sesungguhnya HIDAYAH ALLAH itu Maha Luas.. DIA boleh memberikan kepada siapa yang di kehendaki dengan sekelip mata.. Mudahan2 'mereka' mendpat manfaat dari apa yang mereka kerjakan...Amin.. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. salam kak ain...mimi sokong sgt entri kak ain nih....sedikit sbyk hati mimi lebih tenang...kita punya rasa yg sama..n mimi rasa ramai lagi yg bkongsi rasa yg sama mcm kita..moga Allah mnguatkan hati n mjauhkan kita semua dari pmainan dunia ciptaan iblis..moga Allah istiqamahkan hati kita semua..amin..

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam Nor.Terima kasih kerana sudi meluangkn masa membaca entry akak yg tidak seberapa ni.Memang benar kata Nor.Semoga mereka diberikn hidayah oleh Allah dan semoga mereka kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya...aamiin...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam mimi...terima kasih juga kerana sudi membaca nurkilan akak ini.
    Nurkilan mimi juga akak amat kagum kerana lahir drp rasa hati ikhlas mimi sendiri.
    Amat kecewa dan sedih apabila melihat keadaan semasa yang semakin parah kini kerana pakaian muslimah mudah sahaja diexploitasi..kini muslimah berniqab pula menjadi sasaran.Apa motifnya menunjukkan itu semua di kaca TV jika sekadar sebagai hiburan dan tarikkn semata-mata.Cukup-cukuplah dengan bahan hiburan yg merosakkn akidah kita sebagai orang Islam, janganlah dihina lagi.
    Moga kita terus istiqamah dan tidak tertipu dengan godaan sebegini..Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Salam Ain.Thniah atas imej sekarang ini.

    mm..pasal isu ni, saya pun ada baca kat ruangan berita akhbar. Ada satu drama di tv (sya tak pernah tonton lg cuma lihat promo). Nmpak menarik sbb dibintangi artis popular. Sya harap tujuan mereka itu bukan semata2 komersil malah utk tujuan mdidik masyarakt kita ttng tujuan berniqab itu.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumussalam Mekar.
    tentang drama di tv tu, ain berpendapat penerbit mahupun sesiapa yg terlibat dlm penerbitan drama/filem berunsur keislaman merujuk dan dapatkan pakar ilmuwan Islam sebelum terbitnya sesuatu drama/filem itu..jika ingin sampaikn message berguna, maka perlu berhati-hati dalam segala paparan yg cuba dsampaikn...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak ain..
    sya ni bru bdk skolah menengah.insyaallah akan menduduki pmr tahu ni.mohon doakan yang terbaek untuk diri ini.
    kak ain,sya sebenarnya dah lame ad niat nak pkai purdah paling tak pun tudung yang betul2 mengikut syariat islam.sebelum ni,mungkin tudung yang disarungkn belum cukup sempurna.pernah sya suarakn niat ini kpade ibu sya,tapi ibu kate nak berubh ni biar lh berkekalan jgn separuh2 je.sya berniat raya tahun ni nak mulakan dengan sesuatu yg baru,.tapi,ad sesuatu pula ynag merisaukn sya,ialah tntg ibu sya,beiau juga seorg yg memakai ttudung tpi tidak lh begitu mengikut syariat islam..sya takut org laen akan mengata anak lebih dari ibu nya.macam mne ekh kak ain?

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam adik Anonymous..
    SubhanAllah, Alhamdulillah atas kesungguhan adik untuk menurut perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin.
    Berkenaan niat adik untuk bertudung labuh dan menutup aurat dengan sebaiknya, nasihat akak teruskanlah niat murni adik ini.Tiada sebab atau alasan takut orang mengata atau membandingkan antara adik atau ibu.

    Nasihat akak juga, buat masa ni tak perlulah adik berhujah atau berbahas dengan ibu akan hal ini kerana boleh jadi akan melukakan hatinya tanpa kita sedari.

    Sebaiknya cuba jaga hubungan dan akhlak kita.InsyaAllah dengan izin Allah, hati ibu pasti tercuit dengan tindakkan adik, percayalah.Hal ini telah terjadi pada sahabat baik akak juga.

    Berkenaan berniqab/berpurdah tu, insyaAllah apabila sampai masa yang sesuai pasti Allah izinkan.Cukuplah dengan menutup aurat dengan sempurna.Yang penting percaya akan janji-janji Allah pada hamba NYA..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak ain,andai kita berniqab.tetapi di tempat kerja tidak membenarkan kita berniqab macm mna?inginkan pendapat kak ain.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR