Monday, July 18, 2011

KEGEMBIRAAN


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga hari sahabat semua sentiasa dirahmati Allah SWT selalu, aamiin.

Terlebih dahulu ain ingin memohon maaf kerana sudah agak lama tidak membuat coretan sendiri di sini.Sebenarnya ain kehilangan idea sejak sebulan yang lalu.Entah kenapa, mungkin diri ini terlalu memikirkan tentang masalah hubungan diantara ain dengan ibu bapa kandung yang seakan-akan tiada kesudahan.Buntu memikirkan, rasa sedih di hati memikirkan diri ini kerana gagal menjadi seorang anak yang dapat menggembirakan hati ibu bapanya.

Gara-gara ain nekad untuk berniqab, maka tercetusnya masalah hubungan antara kami.Setiap hari, setiap saat, setiap waktu ain berdoa dan tidak pernah putus memikirkan bagaimana untuk menambat hati mereka kembali.Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran selama ini akhirnya lembut juga hati seorang ibu kerana dapat menerima anaknya kembali...alhamdulillah.

Dalam 'post' ain yang lalu ain nyatakan ain ingin berkunjung ke rumah ibu bapa ain kerana amat merindui wajah ibu yang amat ain kasihi.Alhamdulillah, kunjungan ain ke rumah ibu disambut baik dan ain pastikan ain menanggalkan niqab lebih awal agar ibu ain berasa selesa melihat ain.Ain telah mendapatkan nasihat daripada seorang sahabat yang juga kakak angkat ain sendiri yang mengatakan tiada salahnya menanggalkan niqab sebentar sekiranya kita ingin menjernihkan keadaan, lebih-lebih lagi dengan ibu bapa ain sendiri.Malah, ain sudah berjanji dan berterus terang pada ibu ain bahawa ain hanya tanggalkan niqab hanya bila ain ingin jejakkan kaki ke rumah mereka tetapi tidak di tempat lain.Ibu ain amat memahami.

Walaupun ain datang ke rumah ibu di waktu bapa ain tiada di rumah, ain masih tetap rasa bersyukur yang teramat sangat.Dapat juga akhirnya ain bertemu dan melihat wajah ibu yang amat ain kasihi dan rindui selalu.SubhanAllah! Allahuakhbar!Rasa gembira yang tidak terkata.Setelah ain dipertemukan dengan Ustazah Norra yang sudah sekian lama terputus hubungan, ain dipermudahkan pula bertemu dengan ibu ain sendiri.Alhamdulillah, syukur pada MU YA Allah!

Buat sahabat ain di blog ini, terima kasih juga ain ucapkan kerana sudi berkunjung membaca nurkilan ain yang tidak seberapa ini.Sudah setahun berlalu blog NUR wujud, dan kini pengikut blog NUR mencecah lebih dari 100 orang! Alhamdulillah.Terima kasih tak terkata ain ucapkan atas kesudian sahabat semua berkunjung ke mari setiap detik tanda sokongan anda dalam penulisan blog ain di sini.InsyaAllah, selagi ada perkongsiaan bermanfaat akan ain coretkan di sini yea.

Bertemu kita lagi di coretan akan datang, insyaAllah.

# buat kakak Aminah, terima kasih di atas nasihat berguna buat diri ain yang serba kekurangan ini.Terima kasih...syukran...

2 comments:

  1. Tahniah ain. akhirnya dapat berjumpa dgn ibu tercinta. Kiranya ayah ain xboleh terima lagi lah ya.? mmm, beratnya dugaanmu itu. Tapi sya yakin suatu hari nanti bapa & keluarga ain dpt terima semua ini dgn hati tbuka. mungkin hati seorg bapa agak keras sikit. Mengambil masa utk dilembutkn hatinya. Ain selalulah ambil hati dia.bagi hadiah ke. tp ain jgn mgalah !

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih Mekar..memang teruja dan gembira sangat dapat bertemu dgn ibu tercinta..Pandangan Mekar ada batulnya...insyaAllah, ain ikut nasihat Mekar.Terima kasih yea.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR