Thursday, July 14, 2011

PERTEMUAN TERINDAH


Subhnallah..Subhanallah..Subhanallah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Allahukhbar..Allahuakhbar..Allahukhbar..

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT ain diberikan kesempatan membuat coretan dan bertemu dengan sahabat di sini.

Ingin ain khabarkan berita gembira untuk dikongsikan bersama sahabat semua.Bagi sahabat yang setia membaca setiap coretan ain, tentu masih ingat coretan ain di dalam satu post label 'KENANGAN' tentang perkenalan ain dengan seorang ustazah sewaktu ain mengucapkan 2 kalimah syahadah dan akhirnya menjadi seorang hamba Allah SWT.Semenjak pertemuan kami itu hingga kini, kami tidak lagi bertemu.

Namun, kuasa Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi dan mengaturkan kitaran hidup seseorang manusia itu, akhirnya ain bertemu kembali dengan ustazah yang telah membawa ain ke jalan diredhai Allah ini.Subhanallah!!! Gembira dan rasa syukur tak terkata dapat ain gambarkan ketika ini.Setelah 8 tahun kami berpisah, akhirnya kami dipertemukan kembali.Alhamdulillah.

Ustazah Norra masih lagi seperti ain kenal 8 tahun yang lalu.Seorang yang peramah, sederhana, lemah lembut, mudah diajak berbual dan yang pasti sangat penyayang.8 tahun dan kini akhirnya kami bertemu kembali, semuanya atas kehendak, Rahmat Allah SWT.

Ustazah Norra masih lagi bergelar pendidik di salah satu sekolah menengah di Melaka ini dan kini baru saja menjalankan pusat pengajian Al Quran bagi kanak-kanak, kira-kira 2 minggu sahaja.Beliau menjalankan pusat pengajian ini dengan sokongan suami dan keluarga, dengan niat amal jariah semata-mata.Subhanallah, betapa mulianya hati ustazah ini.

Sebelum kami dapat bertemu semalam (13 Julai 2011), malam sebelumnya ain telah membuat panggilan kepada ustazah setelah nekad mencuba menelefonnya dengan nombor telefon yang rupanya masih lagi dalam simpanan.Alhamdulillah, nombor yang sama itulah maka terhubungnya kami kembali atas izinNYA juga.Subhanallah...Allah mendengar doa hambaNYA ini.

Bila pertemuan ini terjadi, ain ingat dialog yang selalu ain sampaikan pada Allah tidak kira di waktu ain berdoa menadah tangan atau waktu kelapangan ain berkhayal akan diri sendiri.Selalu ain katakan, "Ya Allah, Kau permudahkanlah aku mencari ilmu Mu Ya Allah...Ya Allah, Kau tunjukkkanlah aku jalan MU Ya Allah...Kau tunjukkanlah aku tempat untuk aku belajar dan mencari ilmu..Ya Allah, Kau pertemukanlah aku dengan mereka yang dapat membantu diriku ini..sesungguhnya Ya Allah, aku amat dahagakan ilmu Mu itu...aamin.."


Rasa sebak, sedih bercampur gembira ain rasakan atas nikmat Allah kepada hamba NYA ini yang masih tidak sempurna.Berita gembira ini ain kongsikan bersama suami , keluarga mertua dan sudah pasti kepada sahabat semua.

Di kesempatan ini juga ain memberitahu hasrat hati dengan ustazah Norra, memintanya sekiranya tidak keberatan membantu ain dalam mendalami ilmu agama yang amat ain dahagakan selama ini.Ain perlukan seseorang untuk membantu membimbing ain bagaikan seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa.Alhamdulillah, Ustazah Norra tidak keberatan untuk membantu ain.Ain bersetuju mengikut apa yang dirasakan sesuai dan apa yang harus dimulakan mengikut perancangan ustazah Norra nanti.Masa dan waktu masih belum ditentukan lagi.Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...

Sampai di sini saja setakat ni yea sahabat.Ain perlu bersiap kerana hari ini ain ingin pulang ke rumah keluarga kandung dan bertemu dengan mak ain yang amat ain rindui selalu.

Moga kita bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah...=)

6 comments:

  1. Kak ain ... seronok nya ya dapat jumpa ustazah nora semula.. syikin tak terbayang perasaan akak :)... Alhamdulillah... kalau ramai lagi insan seperti ustazah nora pasti anak2 kita tak buta pada kalam Allah.. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. syukur segalanya pertemuan yg tidak terduga atas kebenaranNYA..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Syikin..
    perasaan teruja, pelik, gembira dan mcm2 bcampur-campur di saat akak btentang mata dgn ustazah Nora.
    Alhamdulillah, hajat hati bertemu juga dengan insan yang sudi membantu...Alhamdulillah...gembira sangat sangat..moga usaha ustazah Nora membantu anak-anak kecil ini , sentiasa diberkati Allah SWT, insyaAllah...aamiin..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cahaya...
    Alhamdulillah , syukur atas nikmat Allah diberi ini..Alhamdulillah....=)

    ReplyDelete
  5. Salam ain.
    Nampaknya ustazh Nora telah membuka byk cahaya dlm menerangi kehidupan ain. patut lah ain sgt teruja bertemu beliau. Apa2pun manfaatkan lah pertemuan ini dgn sebaiknya. good luck 2 u .

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam Mekar..maaf yea lambat pula ain balas komen Mekar.
    Alhamdulillah, ain baru saja beransur sihat..dapatlah menjengah ke mari.
    InsyaAllah Mekar, peluang baik dah Allah beri , patut ain gunakan sebaik mungkin...Terima kasih Mekar...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR