Sunday, August 21, 2011

BERAMAL DENGAN PENUH PENGHAYATAN

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua dalam keadaan sihat-sihat selalu yea.

Ramadhan bakal berakhir kira-kira 10 hari saja lagi.Bagaimana penghayatan kita sepanjang 20 hari yang lalu?Adakah kita sudah melakukan yang terbaik pada Ramadhan kali ini? Adakah kita sudah melakukan sedaya mungkin menggembirakan Maha Pencipta, Allah SWT??? Adakah segala amalan kita di bulan ini akan kita teruskan pada bulan-bulan seterusnya??? Adakah cukup sekadar menahan lapar dahaga, bersolat terawih, membaca Al-Quran, bersedekah semata-mata??? Cukupkah sekadar melakukan tanpa perlu sebarang penghayatan???

Sungguh Ramadhan ini di kala ianya berakhir pasti menimbulkan rasa sebak di jiwa sanubari para hamba NYA yang amat dambakan kasih sayang Allah SWT.Pemergian Ramadhan pasti akan dirindui dan akan diingati selalu.Mungkin tiada lagi Ramadhan selepas ini...mungkin tiada lagi umur kita di masa depan..Tiada siapa yang tahu, hanya Allah Maha Mengetahui.

Amat sayang sekiranya segala amal kebaikkan yang kita buat selama sebulan Ramadhan ini berakhir begitu saja tanpa sebarang penghayatan dan akhirnya tamat begitu sahaja dengan berakhirnya Ramadhan.Tidakkah merugikan setelah penat berpuasa sebulan Ramadhan disusuli dengan amal-amal kebaikkan yang lain terhapus begitu sahaja kerana kembali kepada tabiat lama???

Tak perlu lihat selepas Ramadhan.Lihat saja kini di bazaar-bazaar Ramadhan, pusat membeli belah dan di mana saja tempat tumpuan manusia berjual-beli.Bukan itu saja, lihat saja masjid atau surau-surau berdekatan.Ain bukan ingin tekankan bab pembaziran di sini.Apa ain ingin sampaikan adalah, lihat saja dari segi wanita-wanita Islam zaman sekarang berpakaian.

Cubalah fahami maksud aurat itu sendiri dalam Islam.Jangan sekadar mengenakan tudung, berbaju lengan panjang dan seluar panjang sahaja.Jangan sangka berbaju kurung, berjubah sudah cukup dikatakan menutup aurat.Tidak sama sekali!




Sebagai seorang wanita muslim, adalah wajib bagi setiap wanita menutup auratnya dengan sempurna dan setiap inci tubuh badan wanita itu wajib dilindungi kecuali muka dan kedua-dua tapak angan.Ain tidak ingin menekankan bab berniqab di sini.Cukup sekadar yang biasa dilihat sahaja.Lagipun berniqab ini ada banyak khilafiah.

Menutup aurat maksudnya menutupi bahagian tertentu anggota tubuh daripada pandangan manusia, jin dan malaikat.Menutup aurat juga bermaksud melindungi bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia daripada diperlihatkan kepada orang ajnabi kerana perbuatan mendedahkannya adalah suatu yang mengaibkan disisi agama Islam.Menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim tidak kira lelaki atau wanita.




AURAT

'Apabila seorang wanita itu keluar dengan memperlihatkan kepalanya (tanpa tudung kepala), memperlihatkan tengkuk, dada, serta mendedahkan betisnya adalah dia termasuk dalam kemungkaran besar yang menyimpang dari ketentuan syarak'... petikan dari buku BIMBINGAN UNTUK WANITA: AURAT&HIJAB....

Firman Allah SWT:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:"Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Ahzab:59)


jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.



(click pada gambar untuk lihat lebih jelas)

Allah SWT berfirman ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A 'raaf:26)


(click gambar unuk lihat lebih jelas)


Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ada 2 jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah kulihat kedua-duanya: Pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti ekor lembu, dan mereka memukul manusia dengannya, Kedua, Wanita yang berpakaian tapi telanjang, melenggang-lenggok, kepala mereka seperti ponok unta yang condong.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya.Sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian-sekian."

(Sahih Muslim, Jilid VI,hal:168)


Di blog post yang terdahulu sudah ain coretkan dan ain akan tekankan semula sebagai ingatan bersama..

# pilih tudung dari jenis kain yang tidak melekap atau bergetah yang boleh melekap di badan

# pilih tudung dari jenis kain yang tidak jarang/nipis

# pilih motif tudung bercorak sederhana

# pilih warna tudung yang sederhana dan tidak menarik perhatian

# pastikan tudung dipilih adalah cukup labuh melepasi paras bawah dada

# pastikan tudung dipakai tidak mengikut bentuk kepala atau leher anda

# apabila mengenakan tudung, labuhkanlah kain tudung hingga paras bawah dada.Ramai yang gemar menggunakan pin dan menaikkan tudung hingga menampakkan dada walaupun tudung itu sebenarnya sudah cukup labuh dan sempurna.


Dari segi pakaian pula, tidak kiralah berjubah, berbaju kurung, berseluar panjang atau mengenakan kain labuh sekalipun perlulah berhati-hati dan lebih peka dengan pakaian yang dipakai.

Apabila kita berpakaian labuh, kita sebenarnya telah mendapat ganjaran disisi Allah.Namun, harus diingat cara menutup aurat yang betul juga harus diambil kira dan bukan hanya labuh semata-mata.Ini ain cuba maksudkan:

Pakaian labuh tanpa memakai tudung : tidak sempurna

Pakaian labuh mengikut bentuk badan serta jarang : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung singkat : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung labuh tetapi melekap didada : tidak sempurna

Pakaian labuh + tudung labuh tanpa menutup kaki : tidak sempurna

(#pakaian labuh disini ain maksudkan adalah berbaju kurung atau berjubah)




Tshirt labuh berlengan panjang + tudung + jeans ketat : tidak sempurna

T-shirt labuh lengan paras siku + tudung singkat/labuh : tidak sempurna

T-shirt labuh+tudung labuh tanpa melindungi kaki : tidak sempurna




(contoh bertudung tetapi masih tidak menutup aurat dengan betul)

Bagi yang gemar berjubah atau berbaju kurung, PAKAILAH SELUAR / KAIN DALAM bagi mengelak jubah/baju kurung kita itu kelihatan jarang sekiranya terdedah kepada cahaya/sinaran.Ramai muslimah kini gemar berjubah/berbaju kurung/berpakaian labuh serta bertudung labuh.Namun, kecundang dengan pakaian sedemikian kerana kainnya jarang dan nipis.Maka, pandanglah cermin berulang kali sebelum keluar rumah yea.

Buat muslimah sekalian yang amat ain kasihi, jagalah cara kita berpakaian kerana pakaian kita adalah identiti kita sebagai wanita Islam.Ingatlah, setiap saat kita diperhatikan dan setiap saat amalan kita dicatat, walau berpakaian sekalipun.


(click gambar untuk lihat dgn jelas)

Baca pada gambar rajah, erti tabarruj.Berpada-padalah apabila ingin bergaya atau bersolek.Cukuplah secara sederhana sahaja.

Beramallah dengan penuh penghayatan.

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR