Wednesday, August 24, 2011

HATI..BERSABAR YEA...


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Apa khabar yea sahabat semua hari ini? Moga sentiasa dalam keadaan sihat selalu untuk beribadah pada Allah SWT.

Hari ini 24 Ramadhan dan tinggal 6 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke bulan Syawal dan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.

Alhamdulillah, semalam ain dapat semula menunaikan solat sunat Terawih setelah 8 hari ketinggalan.Terasa teramatlah rugi meninggalkan amalan sunat di bulan Ramadhan.Apapun, kuasa Allah adakala menguji hambaNYA dengan pelbagai cara, keadaan atau suasana.Sebagai hamba NYA, ain perlu redha dan terima dengan hati terbuka.Lagipun banyak lagi cara ain boleh lakukan untuk beribadah pada NYA.

Sakit diberi di bulan Ramadhan benar-benar menyedarkan ain bahawa mungkin suatu masa nanti ain tidak berupaya untuk beribadah kerana kita tidak akan tahu sampai bila kita akan sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga.Bila-bila saja kekuatan kita akan diambil, tidak kira di usia muda atau tua.Maka, di ketika itu tiada gunanya sesalan akibat kurangnya amalan di waktu sihat.

Terasa amat sedih dan pilu sewaktu menunaikan solat terawih secara berjemaah.Sambil mendengar imam membacakan surah-surah pendek, hati menjadi sayu dan terus berlinangan air mata.Sambil imam mengimamkan solat secara berjemaah, diri memikirkan dosa-dosa di masa lalu, di masa silam yang takkan mungkin dapat ain ubah kembali.Rasa amat malu diri ini di hadapan Allah SWT di saat itu, kini dan selamanya.

Semakin ain kuatkan hati, semakin bertambah rasa sedih dalam diri ini.Hinggakan ibu mertua di sebelah ain menegur, "selsema ke?"...hehe..ain senyum je...haha...napelah ain emo sangat...(dlm hati)

Apapun yang terjadi di masa lalu, haruslah ain jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar agar tidak mengulangi perkara yang sama di masa hadapan.Ain harus jadikan pengalaman lalu sebagai kekuatan untuk ain tempuh di masa hadapan.Hidup ini penuh dengan duri-duri berliku, maka ain harus sentiasa berhati-hati dalam memilih jalan agar tidak terluka dan membahayakan diri sendiri.

Oh yea, ain ingin kongsi kata-kata nasihat dan ingatan daripada sahabat:

"setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup. Adakalanya kita berada megah di atas dan ada kalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba ALLAH, dan bagaimana kita menghadapi ujian itu...???"


ALLAH berfirman bermaksud:

Dialah yang sudah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat.(Surah al-Mulk, ayat 2)

Ujian daripada ALLAH meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah, ujian bagi hamba-Nya yang taat lebih hebat berbanding dengan mereka yang ingkar.

Rasulullah SAW pernah ditanya:

Ya Rasulullah SAW, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan.(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

"oleh itu, segala ujian daripada ALLAH harus ditempuh dengan penuh kesabaran supaya ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya....Insya'ALLAH...(^_______________~) senyum satu penawar (ubat) yang mujarab apabila kita ditimpa ujian....ahai cek mek molek...disebalik sabar ada kemanisan yang akan kita perolehi....Insya'ALLAH....Percaya&Yakin pada ALLAH......itu yang sebaik2nya bagi hamba2 ALLAH yang beriman."
(Nor Azita Idris)


"dugaan dan cbaran.. adalah jalan menuju SYURGA.. andai berlapikkan sejadah iman dan taqwa... bersama bunga2 redha... =)insyaAllah.. apa yg di beri dan di uji ucapkan la.. alhamdulillah,. semuanya dari ALLAH. samada baik atau pun buruk.. .. Moga2 kita semua adapat menjadikan pedoman dan pengajaran dalam menempuh ujian.. Ya rabb... tabahkan hati..."
(Nor Abdullah)



Sampai di sini saja yea coretan ain kali ini.Moga kita bertemu lagi di coretan akan datang, insyaAllah.

5 comments:

  1. kak ain sayang :( .. sakit apa ... semoga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..

    akak..nak nangis...sedih baca nukilan akak kali ini..

    DIA penah uji adik..adik pnh 'sakit'..ALLAH..saat itu tatkala sahabat dan rakan taulan datang utk mnziarahi di hospital..adik nangis akak..sedih dan hiba sgt2.

    kata2 semangat dan sokongan dan yg penting KEKUATAN yang YANG MAHA KUAT pinjamkn buat adik..Alhamdulillah..adik bgkit wpun kdgkala adik "lemah' SEKETIKA dan sayu saat mgenang saat itu.

    Banyak pengajaran yg adik perolehi.Kasih sayang ALLAH cukup meluas pada HAMBANYA namun kdgkala kita lupa dan lalai dengan curahan kasih dan sayangNYA pada kita sbg hambaNYA.

    adik sayang akak:-)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak ain.. saya rasa sedih jugak .. last2 minit pas buka puasa semalam.. kena cuti dr berpuasa.. huhuh baru dapat solat tahajjud smlam kat masjid, bunga2 hati.. suami balik keja n call ajak ke masjid buat tahajud..now da kena bendera jepon... =( sedih betul.. tp Kena la redha.. sbb semua tu kan datang dr ALLAH... puas doa supaya bendera jepun tu tak dtg.. tp nak jugak dtg.. makanya redha jela...=)ada bnyk lagi amalan lain yg boleh saya buat kan kak ain...=) bersangka baik dlam setiap keadaan.fikiran tenang.. hati pun senang,=)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Apa yang akan berlaku pada akan datang semuanya dalam ilmu Allah. Begitu juga dengan sakit, kita tak tahu bila akan datangnya keuzuran itu. Sebab itu sebagai hamba kita hendaklah sentiasa bersedia, tidak perlu menunggu hari esok untuk beribadah/ beramal soleh supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

    P/S:Peringatan untuk diri akak juga :)

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam adik Nor Abdullah,adik syikin, adik azlen dan Ros.

    Terima kasih kerana mengambil berat tentang keadaan ain di sini.Alhamdulillah, kesihatan ain sudah bertambah baik."Bendera Jepun" sudah pun diturunkan..hehe...

    Perkara yang membimbangkan k ain kini adalah penyakit hati.Penyakit hati ni ada pelbagai macam.Amat merbahaya dan boleh merosakkn diri sendiri.

    Seperti akak coretkan , kisah silam kini datang kembali dan akak rasakan amat lemah ketika ini kerana perlu bertahan dengan permainan hati.Risau , takut-takut andai diri ini tergelincir kembali.

    Amat payah untuk dikongsikn bersama adik-adikku.Cukuplah akak ingatkn diri ini agar sentiasa kuat dan waspada agar tidak tersilap langkah atau perhitungan.

    Terima kasih atas semangat dan doa adik-adik berikan yea.Akak amat hargai.

    Moga akak dapat terus bertahan.Ya Allah, bantulah diri ini,..aamiin.

    Take care semua...:D

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR