Wednesday, August 17, 2011

JANGAN PERMAINKAN SOAL AGAMA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semuanya dalam keadaan sihat-sihat selalu di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terdetik rasa hati untuk menulis berkenaan niqab/purdah.Ain bukanlah ustazah atau dari golongan berlatar belakangkan sekolah agama.Namun seperkara yang membimbangkan kini mungkin terjadi.

Kita lihat apa yang berlaku masa kini.Lihat saja dimana-mana wanita Islam yang mengenakan tudung.Pelbagai gaya,pelbagai corak dan fesyen terkini tudung digayakan.Cukup sekadar melilitkan kain tudung di kepala tanpa memahami apa yang dimaksudkan menutup aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam.Ramai beranggapan dengan memakai kain tudung sudah dikira menutup aurat.

Bertudung, tetapi masih berpakaian ketat dan mendedahkan tubuh badan yang menggiurkan.Bertudung tetapi masih terlibat dalam pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.Bertudung tetapi masih tidak menjaga adab sopan sebagai seorang muslim,sebagai seorang wanita Islam.

Hal yang sama juga akan berlaku bagi yang berniat/berhasrat untuk berniqab.Sejak kebelakangan ini semakin ramai produser drama atau filem berani menampilkan watak muslimah berniqab.Ain tidak nyatakan ianya salah untuk memaparkan watak sedemikian, namun pihak penerbitan seharusnya lebih peka dan rujuk kepada yang arif dalam ilmu agama sebelum menerbitkan rancangan berbentuk keislaman.Yang paling hangat dan trend terkini adalah watak muslimah berniqab.

Ain akui ain masih baru lagi sebagai muslimah berniqab, dan ain masih cetek lagi ilmu agama.Namun, hati ini berasa amat bimbang dengan perkembangan terbaru ini.Ain juga akui ain juga menerima message peribadi dari sahabat muslimah yang menyatakan hasrat untuk berniqab.

Alhamdulillah, ramai diantaranya yang memasang niat ikhlas untuk berniqab.Namun tidak kurang juga yang mula berkeinginan untuk berniqab setelah menonton drama/filem yang memaparkan muslimah berniqab.Alasan diberi, suka melihat pelakon wanita yang memegang watak berniqab.Ya Allah! (istighfar dalam hati)...Perasaan risau, bimbang menghantui diri ini.Rasa takut juga ada kini.

Bagi sahabat muslimah yang berkeinginan dan berhasrat untuk berniqab, hanya satu nasihat dapat ain berikan.Carilah ilmu tentang berniqab, jangan terburu-buru untuk berniqab tanpa jelas niat untuk berbuat demikian.Jangan berbuat sesuatu perkara tanpa didasari ilmu yang jelas.

Carilah bahan bacaan bermanfaat berkenaan muslimah berniqab sebagai sumber rujukan.Di blog NUR juga ada ain sertakan coretan berkenaan niqab.Namun, jangan jadikan ia sebagai sumber rujukan utama.Buka Al-Quran dan fahami isi kandungan berkenaan aurat.Berjumpa dan carilah mereka yang sememangnya arif lagi dalam ilmu agama.Tiada salah menjadikan sumber penulisan di blog-blog niqabis, namun adalah lebih baik rujuk dengan guru agama.Sekurang-kurangnya kefahaman muslimah yang berhasrat untuk berniqab lebih baik.

Jangan salah faham bahawa setelah berniqab barulah dikatakan sudah menutup aurat dengan sempurna.Tidak sama sekali.Apa guna berniqab tetapi masih mengamalkan budaya "couple".Apa guna berniqab tetapi masih bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang tidak pasti hubungannya.Apa guna berniqab tetapi masih bercakap kosong.Apa guna berniqab tetapi masih tidak mengamalkan cara hidup Islam.Apa guna berniqab tetapi adab sopan sebagai seorang muslim diabaikan sama sekali.



Lihat dengan teliti gambar di atas.Inilah dikatakan menutup dan menjaga aurat dengan sempurna.Tidak semestinya bjubah, bbaju kurung pun dah memadai...sama ada jubah atau baju kurung, pastikn pakaian itu tebal dan kain tak nipis/jarang.Lagi-lagi butik muslimah sekarang banyak juga jual jubah modern tapi kain jarang dan mengikut bentuk badan.Pilih pakaian yg labuh dan longgar serta kain tidak jarang.Kena cerewet time membeli pakaian muslimah ni kerana sekarang terletak pada namanya sahaja tetapi tidak mengikut tuntutan Islam..

Berniqab atau tidak, sebagai seorang muslimah haruslah kita memperbaiki diri kita secara berterusan.Jika tidak berniqab, maka jagalah aurat dengan cara yang betul, bukan sekadar sehelai selendang dikepala. Bagi yang berniqab pula, perbaikilah diri selalu dan sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.Jangan ada sikap riak atau bangga dengan penampilan diri yang berlainan daripada yang lain...ingatan buat diri ain juga...

Harus dingat, bniqab BUKAN FESYEN..Sila rujuk mereka yg lebih arif ilmu agama untuk tahu lebih lanjut..Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Mana-mana coretan ain berkenaan niqab di sini hanyalah sekadar perkongsian bsama dan bukan sumber rujukan utama.Carilah ilmu, rujuk pada yg pakar.Cari ilmu dan fahami sbaik mungkin.Jangan menganggap berniqab ini TREND semata-mata.

Jika masih baru dan ingin bjinak-jinak memakai pakaian seperti dituntut dalam Islam, misalnya kini masih mengenakn seluar ketat sebagai pakaian harian, berubahlah dengan memilih seluar yang labuh dan tidak ketat.Kain seluar juga biarlah tebal dan bukan yang nipis hingga menampakkan kulit.Padankn seluar yg dpakai dgn baju labuh bawah paras punggung.Baju yang dipadankn juga perlulah longgar, tidak nipis dan tidak jarang.Kenakanlah tudung labuh agar terlindung bahagian yang tidak patut diperlihatkn...


(contoh gambar dari nurabayaboutique.blogspot.com)

Berpakaianlah dengan menutup aurat dengan sempurna untuk menggembirakan Allah SWT.Usah difikirkn trend seksi atau pandangan manusia lain.Cukuplh kita berpakaian untuk mendapatkn keredhaan Allah semata-mata.Ganjaran diterima kelak lebih bernilai dari permata dunia.

Jika berniat untuk bniqab, pakailah ia dengan istiqamah.Niatkan berniqab semata-mata kerana Allah.Semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT.Bukan ikut trend drama masa kini...atau ingin menarik phatian seseorang...(ingatan buat diri ini)

InsyaAllah bertemu lagi di coretan akan datang.

15 comments:

  1. setuju bangat... tambah sikit.. berniqab jgn bertabruj.. bertabaruj tu haram... berniqab tu sunnah... :) .. bertabaruj untuk suami tak apa la :).. ini mata saja pun tinggal.. eyeliner tebal lg .. eye shadow lg .. subhanAllah.. syikin tegur dengan lembut , yer la kot tak tau lg sbb budak sekolah.. tp melawan balik.. sedih nya :(

    ReplyDelete
  2. sabar ye syikin..manusia biasalah, tak suka dtegur..ego masih tinggi..apapun niat syikin menegur adalah demi kebaikkan.Maka tiada salahnya.Kita doakan moga-moga mereka lebih faham betapa bernilai kain purdah/niqab bagi yang benar-benar istiqamah dan ikhlas dalam berniqab.

    ReplyDelete
  3. Salam Ain.
    Kalu nak berniqab mesti berani dan tetapkan hati.tak peduli apa cakap2 org sekeliling.
    Baguslah kalu kita berubah (ke arah yg baik)disebabkan penonjolan yg meluas di tv/ majalah kan? kiranya masej tu dah sampai.Tp jgn buat separuh jalan. entah la, ini pendapat sya. sya tak tgk pun movie yg dimaksudkan

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Mekar.

    Benar kata Mekar, jika ingin berubah ke arah kebaikkn usah dipedulikan dgn kata-kata sekeliling.

    Tentang paparan di kaca TV tu, tiada salahnya Mekar.Cuma cara penyampaiannya perlu dperbaiki kerana bukan semua yang menonton itu benar-benar faham kerana ada babak-babak yg dlakonkn tidak patut sama sekali.

    Memang benar adakala penonjolan watak bniqab adakala membuka hati sesiapa yg melihat.Hidayah hanya Allah tahu siapa yg berhak.Mungkin saja dengan menonton TV hatinya terbuka untuk bniqab.

    Namun, yang lebih penting adalah setelah hati terbuka untuk berniqab, sbaik mungkin muslimah sebegini mencari ilmu dan fahami betul-betul sebelum mula memakai niqab.

    Itulah yang ain cuba sampaikn disini.Harap Mekar dan para pembaca yang lain faham.

    ReplyDelete
  5. ALLAH~~ ALLAH~~ Terima kasih kak ain ats nasihatnya..
    InsyaALLAH selalu kena tajdid niat lillahita'ala<3

    Semoga ALLAH merahmati kita semua :)

    ReplyDelete
  6. ..SubhanAllah..moga Allah merahmati kita semua..aamiin..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum w.b.t.
    Saya suke bace blog ain,entri kali ni sgt bagus utk sume umat Islam di luar sane..saya sedih kdg2 kwn2 kt opis pandang serong pd org yg b'niqab ni,ade yg ckp "dah b'tudung labuh jer cukupla,ni tutup2 muke tu nmpk mate jer,panas2 tu ntah ape2.." Astagfirullahala'zim (mengucap byk kali bile sy dgr)..yg ckp tu pun bertudung labuh tapi ntahla,nauzubillah!!saya pun tak b'niqab n tak b'tudung labuh tp sy suke tgk para muslimah kat luar sane mengenakan niqab/purdah..sy pun ade beberape kawan yg dh berubah mengenakan niqab,b'tudung labuh serta jubah..bg sy mereka semua beruntung dan sgt mulia kerana sempurna penutupan auratnye..disebabkan size badan saya yg kecil,saye hanya mengenakan tudung b'size 'M' yg agak labuh hingga paras bwh dada..saya b'kerja di bwh sektor awam,org makan gaji ni kene ikut perintah..ain faham kan,ape yg sy tau niqab/purdah dilarang kat sini..jubah pun x digalakkan,kot nak pakai pun hari jumaat jer..saya pernah menyuarakan hasrat pd kwn2 n boss sy utk b'jubah ke tempat kerja tapi semua mcm x setuju..ade yg ckp "ko jgn buat hal,nnt org ckp ko sokong pembangkang"..sampai mcm tu skali tanggapan diorg..sedih kdg2 tu,selagi sy mencari rezeki di sini sy kenelah patuhi peraturan TETAPI saya tetap m'jage aurat sy sbb itu perintah Allah..tidak mengenakan pakaian yg jarang,berstokin,memakai sarung tangan sbb baju kurung ni slalu t'angkat bhgian pergelangan tangan tu..

    sedikit perkongsian cerite saya..wallahualam,sekian..

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam kaklong.Terima kasih kerana sudi membaca coretan ain disini.

    Ain pernah bekerja dahulu tapi di sektor swasta.Tak sangka pula di sektor kerajaan juga ada masalah sebegini.

    Apapun usaha kaklong menjaga dan menutup aurat dengan sebaik mungkin sudah memadai.Seperti ain coretkan di blog,tidak semestinya perlu memakai jubah.Jika pakaian harian kaklong ketika bekerja adalah baju kurung, pastikn ianya adalah labuh dan tidak mengikut bentuk badan, serta mengenakn tudung labuh paras bawah dada sebaik-baiknya.

    Apa akak maklmumkn cara akak berpakaian tadi,pada pendapat ain sudah memadai.Seperkara ain ingin ingatkan ada baju kurung jenis kain jarang,maka perlu lah memakain kain dalam atau seluar ye, takut-takut terlihat bentuk kaki di bawah sinaran cahaya.Memang terjadi dan sering ain terlihat.

    Akak teruskn cara akak berpakaian mengikut cara Islam, usah dpedulikn kata-kata mereka yg sememangnya sama ada jahil atau kurang faham tentang aurat wanita Islam.Contoh berpakaian yang betul bukan hanya akan dperhatikn oleh rakan-rakan skerja akak, malah anak-anak yg mbesar di sekeliling kita juga akan mmerhatikn cara kita bpakaian.

    Mulakanlah dengan diri kita sendiri.InsyaAllah, lama-kelamaan ada yg tergerak hati untuk mengikut.Kita hanya mampu berusaha , namun hanya Allah Yang Maha Kuasa memberikn hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki.

    Tahniah kaklong!!!

    ReplyDelete
  9. Salam sahabat ain
    apa khbar hari ini sihat ker?

    isu yang paling hangat di tv tu kan mmg akan menajdi ikitan umum punya tapi niat nak berubah taka da semata2 nak ikut trend tu yang tak berkat bila nak berhijrah. huhu sabar sahajalah..

    moga2 pintu hati mereka akan terbuka kelak.

    wassalam.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam Pelangi.Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.
    Alhamdulillah, ain sihat di sini.
    Coretan ini adalah ingatan untuk diri ain juga yang juga manusia yang tidak terlepas dr melakukan kesilapan.Coretan ini juga ain tujukan buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lain agar sentiasa terus mencari ilmu agama agar tidak terpesong dengan permainan di dunia ini.
    Terima kasih Pelangi.Kita doakan moga -moga mereka yang ingin berhijrah itu, dberikan petunjuk oleh Allah SWT, aamiin..

    ReplyDelete
  11. salam.. sy tertarik pd blog nie.. rmi ppuan skunk yg hnya nama je islam tp cara xde pun gye islam.. kejap pakai tudung, kejap free hair.. ibarat islam nie xde makna.. padahal mereka rata2 ramai yg thu bahawa wajib menutup aurat.. ble tegur kt yg pki tudung tu bkn seme baik. cara pemikiran dah slh.. mcm mn gadis2 di luar sna menjdi mawar berduri?

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam Balqis.Syukran kerana berkunjung ke mari.Memang benar ramai beranggapan bertudung tidak semestinya perangainya elok.Namun, jika mereka insafi diri dan renungkan kembali, bukankah bertudung dan menutup aurat itu suatu kewajiban dan bukannya mengikut suka hati.Katakanlah solat itu wajib..maka menutup aurat juga adalah wajib bagi wanita Islam.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum nur.entry yg menarik :-). Maera baru lagi mengenakan niqab tp on off, sb kat tmpat kerja tak boleh.itu yg mjadi dilema.namun maera cuba juga.niat berniqab terlintas pabila satu hari, maera jln dgn suami, tiba2 lelaki yg lalu sblh memndg dan ckp 'org prmpuan zmn skrg lawa2'. Membuatkan hati sy x tenang, serba slh kerana rupa paras mjadi tontonan awam.malah masa mula bloging, byk kesilpn yg sy lakukn dek kerana tpgrh trend terkini.huhu.sy benar2 nk berubah.really need support from others.alhamdulillah setakat nie keluarga dan rakan2 myambut baik niat sy.moga akan terus istiqomah..cuma waktu kerja la xleh pakai.huhu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Khumaiera.
    Maaf yea kerana baru kini ainsinggah di sini.

    Alhamdulillah, SYABAS ain ucapkan pada miera atas ketabahan dan keberanian miera untuk berniqab lagi-lagi dalam keadaan bkerjaya yang menuntut miera untuk tidak berniqab.SubhanAllah.Perlukan kekuatan dan jihad yang tinggi.dan ain akui tidak mudah berbanding niqabis yang totally berniqab setiap masa.

    InsyaAllah , jaga niat jaga tingkah laku..moga Allah permudahkn urusan..aamiin.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..
    Sis, I wanna to ask something.. How about the certain people that wears niqab on/off? I mean, half time niqabis.. Berdosa tak sis?

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR