Saturday, August 20, 2011

JOM REBUT PELUANG LAILATUL QADAR...


Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Salam Ramadhan.... bertemu kita lagi dibulan yang mulia ini....Alhamdulillah kerana saya masih diberi peluang menikmati Ramdhan ini untuk bersama-sama sahabat dan sahabiah berkongsi satu coretan,semoga ianya memberi manfaat buat sahabat dan sahabiah sekalian (Insya'ALLAH). hari ini 20 Ramadhan,bersamaan 20 HB Ogas 2011.terasa cepat sungguh masa berlalu,tinggal 10 hari sahaja lagi kita umat islam akan berpuasa (Insya'ALLAH). dan kini kita di fasa yang terakhir iatu pembebasan daripada api neraka (Insya'ALLAH). saya pasti sahabat dan sahabiah tahu apa yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar.

Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam. malam yang sangat ditunggu-tunggu itu adalah (malam) lailatul qadar. pada (malam) lailatul qadar itu ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya.Pada (malam) lailatul qadar itu pahala amal ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan oleh ALLAH menyamai dengan pahala beribadah selama 1000 bulan. Ianya adalah satu anugerah dari ALLAH kepada hamba-hambaNya yang bertakwa. Firman ALLAH SWT dalam surah Al Qadr yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada (malam) Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala urusan(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk menghidupkan (malam) lailatul qadar dan mengerjakan amal ibadah pada malam itu kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. Peluang yang diberikan pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya bagi mendapat ganjaran pahala yang besar daripada ALLAH.

Bilakah Berlakunya (malam) Lailatul Qadar?

Sebagaimana yang kita tahu, (malam) lailatul qadar sudah pasti akan berlaku pada bulan Ramadhan. Dan waktu akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini adalah pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka kita hendaklah berusaha mencari (malam) lailatul qadar ini pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”- (Hadis riwayat Bukhari)

Jika kita dapat melihat betapa cantiknya ALLAH dalam mendidik hamba-hambaNya. Setelah 20 hari Ramadhan diri kita telah di didik untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. Jiwa kita telah bersih dan iman kita juga semakin bertambah. Pada 10 malam terakhir ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempertingkatkan lagi amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan berusaha untuk mendapatkan (malam) lailatul qadar.

Meningkatkan Lebih Banyak Amalan

Pada malam 10 terakhir Ramadhan kita berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadah yang biasa dilakukan pada malam-malam sebelumnya. Ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini pahala amalan akan dilipatkan gandakan oleh ALLAH. Kita bangun pada malam harinya untuk melakukan ibadah qiamullai dan kita melakukannya untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Segala ibadah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan diterima oleh ALLAH dan pahala akan dilipat gandakan...SubhanALLAH.

Berdoa Beroleh Kesejahteraan Dunia dan Akhirat

Pada (malam) lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada ALLAH. Semoga ALLAH memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada (malam) lailatul qadar ini. Kita boleh berdoa memohon kepada ALLAH apa sahaja yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara kita yang lain.

Memohon Keampunan Dosa-dosa

Kita hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada ALLAH di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Pada (malam) lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada ALLAH dan melakukan solat sunat taubat. Semoga ALLAH akan memberi keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada ALLAH.

Membersihkan Jiwa Dengan mengingati ALLAH

Pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH. Lailatul qadar adalah waktu yang paling baik untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah kita memperbanyakkan menyebut nama ALLAH dengan berzikir. Hati kita akan menjadi tenang apabila selalu menyebut nama ALLAH. ALLAH akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang beriman, yang banyak menyebut nama dan mengingatiNya pada (malam) lailatul qadar ini.

Lailatul qadar adalah satu anugerah ALLAH yang sangat besar kepada umat islam. Kita melakukan ibadah pada (malam) lailatul qadar kerana ingin mendapat ganjaran pahala yang besar dari ALLAH. Kita hendaklah meyakini sepenuhnya akan ketibaan (malam) lailatul qadar ini. Lailatul qadar akan dapat kita jumpa jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya...Insya'ALLAH.

Kita tidak mengetahui bila akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini. Tapi kita hendaklah melakukan persediaan yang secukupnya bagi bertemu dengan (malam) lailatul qadar ini pada satu malam diantara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Lailatul qadar ini adalah lebih baik daripada malam-malam yang lain dengan mendapat pahala seperti melakukan ibadah selama 1000 bulan...SubhanALLAH.

Rebutlah peluang keemasan ini wahai sahabat dan sahabiah.Lailatul Qadar adalah satu malam yang di offer oleh ALLAH SWT kepada kita hamba-hambaNya.jika kita mendengar pasaraya-pasaraya membuat offer,jualan murah, sale sana sini sudah semestinya kita akan pergi kesana.kita sanggup dapatkan offer yang ditawarkan. sekirannya jaya jusco,giant,tesco,carrfour buat barangan offer,pasti ramai orang berpusu-pusu untuk mendapatlkan barangan tersebut.tetapi mengapa Lailatul Qadar yang di offer ALLAH tidak ramai yang mahu mengerjarnya???sedangkan ganjaran Lailatul Qadar telah terbukti hebatnya didalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi.

Betapa sayangnya ALLAH kepada kita (hamba-hambaNya) memberi ganjaran yang teristimewa,tapi masih ramai lagi hamba-hambaNya yang lalai,yang sibuk mengejar 10 malam terakhir Ramadhan dengan membeli biskut-biskut raya,baju-baju raya,langsir,perhiasan rumah dan sebagainya yang dilelong dengan harga runtuh hingga larut pagi.apakah itu yang boleh membantu kita???yang boleh menjamin kita diakhirat kelak???pada remaja-remaja diluar sana,jom kita rebut peluang Lailatul Qadar,jangan sibuk dengan main mercun,enjoy sana sini,habiskanlah bulan Ramadhan ini dengan kebaikan,kesempurnaan dan kemenangan.itu yang harus kita harapkan dalam menghidupan Ramadhan yang mulia ini.tidak salah jika kita membuat persediaan untuk menyambut Lebaran,tetapi harus diingat,apa gunanya seandainya Ramadhan dipersia-siakan??? tanamkan dalam hati bahawa Lebaran satu tanda kemenagan kita menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan.

Saya sering berpesan pada diri saya sendiri,agar menghargai Ramadhan,jangan lepaskan peluang,kerana tidak mungkin kita akan menemuinya lagi pada tahu hadapan.pasti sahabat dan sahabiah ingat dengan kata-kata ini disetiap nota-nota saya yang terdahulu.sekurang-kurangannya apabila kita menghargai Ramadhan pada tahun ini,seandainya kita dijemput ILAHI,maka Insya'ALLAH pemergian kita tidaklah sia-sia.saya juga seorang hamba ALLAH yang lalai dengan keindahan dan keseronokan duniawi,namun setelah saya berfikir denagan akal yang diberi ALLAH,sampai bila harus saya lalai???sampai bila saya nak enjoy???sampai bila saya nak hidup didunia ini dengan keseronokan???? pertanyaan -pertanyaan ini sering saya fikirkan,bahawa hidup ini bukan hanya untuk seronok,harus diingat mati tidak kenal usia.seandainya kita mati biarlah dalam keadaan yang beriman,sebab itu peluang yang ada semasa kita masih bernafas ini gunakan sebaik-baiknya. (peringatan buat diri sendiri).

Sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH SWT dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada (malam) lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh ALLAH SWT...Aamiin Ya Robbal Alamiin.....Insya'ALLAH...Jom Rebut peluang!!!


# NURKILAN DIKONGSI DARIPADA SAHABAT NOR AZITA IDIRS

3 comments:

  1. Salam.
    Sama-samalah kita merebut peluang di 10 mlm terakhir ini

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH..:)
    Marilah kita menjadi hamba ALLAH yang sejati yang beribadah pada setiap masa dan setiap suasana dan bukan hanya menjadi hamba Al-Qadar :)

    Semoga kite dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan♥ selamat memburu Al-Qadr :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..jemput ziarah ke blog hamba di http://bicara-hamba.blogspot.com

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR