Saturday, August 27, 2011

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


Selamat Tinggal Ramadhan


Dikala rindu ku belum usai
Disaat hayat dalam doa ku belum sempurna
Kau beranjak dari duduk mu
Membiarkan ku dalam harapan yang masih tersisa

Rasa ingin ku memeluk mu erat-erat
Dalam rahmat dan keberkahan mu
Yang sentiasa Kau sebarkan tanpa henti
Kan ku basuh dalam renungan ku
Saat Kau pancarkan cahaya dalam bulan nan mulia
Mengharapkan ampunan dalam sujud ku yang panjang

Ingin ku hapus semua noda dan dosa ku
Ingin ku buang segala kotoran dalam rongga dada ku
Meluruhkan jiwa yang sarat dengan kata maaf
Tenggelam dalam tangisan penuh sesal

Tak bisa ku mungkiri
Kau pasti kan pergi
Meninggalkan ku sendiri
Hanya satu pintaku, Cepatlah kembali !

Tiada kata yang paling indah untuk melepaskan mu
Selain rasa terima kasih ku atas nikmat mu
Yang begitu agung atas diri ku, keluarga ku dan sahabat-sahabiah ku

Selamat tinggal Ramadhan....
Selamat datang Lebaran
Semoga jiwa ini, raga ini, hati ini, dan rasa ini
kembali menjadi fitri....
Salam Aidilfitri dari ain buat sahabat dan sahabiah semua
Minal Aidil wal fa idzin, Mohon Maaf Zahir Batin.

# coretan ini dikongsi bersama dengan sahabat Nor Azita Idris

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ain. Sedih hati kita mahu berpisah dengan Ramadhan. Kalau boleh nak Allah panjangkan lagi bulan kesukaan ramai ni. Apatah lagi pahala amalan digandakan di bulan ni. Kita manusia lemah ni memang suka sangat kalau setiap amalan kita yang secumit itu mendapat ganjaran berganda. Lagi pun di bulan inilah kita begitu banyak mengingati Allah berbanding di bulan yang lain. Berkatnya banyak hinggakan kita sedih mahu menyambut Syawal. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun depan.

    ReplyDelete
  2. Salam Eidul Fitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan. semoga ceria dimusim perayaan dan jaga diri ain :-)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam kakchik.Ain juga rasakan begitu, sedih kerana cepat benar masa berlalu dan Ramadhan pergi meninggalkan kita.Moga amalan kita di bulan Ramadhan akan kita teruskan walau Ramadhan telah berkahir,insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Mazaya.Maaf yea kerana lambat membalas pesanan saudari.Salam aidilfitri juga ain ucapkan.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam Mekar.Syukran yea mekar atas doa mekar itu.Mekar pun jaga diri juga tau...=)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR