Wednesday, August 10, 2011

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Hari ini genap 10 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan dan insyaAllah hari ke sebelas untuk kita bersolat terawih.Moga ibadah puasa dan amalan kita yang lain di bulan mulia ini diterima Allah SWT, aamiin.

Di sini ain ingin berkongsi suatu tulisan daripada Ustaz Ramli Joned yang boleh saja membuka minda wanita-wanita Islam di luar sana yang masih berdegil untuk menutup aurat dengan sempurna.Mari kita baca dan fahami sama-sama:

Ustaz Ramli Joned:


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


# Bertindaklah sekarang.Jangan beralasan lagi untuk menidakkan hukum Allah!




24 comments:

  1. Assalamualaikum ain..saya sedih bile bace entri ni,mmg alasan2 tu biase sy dengari lebih2 lg keluarga t'dekat..sy ade ramai adik2 pompuan tetapi mereka tidak mahu menutup aurat dgn sempurna..ade2 mase jer mereka akn b'tudung, kjp pakai kjp taklah:( dh byk kali ckp tp mcm2 alasan mereka bg..mak ayah sy pun dh tegur tetapi ttp b'degil..kdg2 sy malu dgn org2 yg asal bkn b'agama ISlam pun tetapi m'dpt taufiq dan hidayah dr Allah dan menjadi muslimah sejati spt ain..sy bangga dgn ain..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam saudara/saudari.

    alhamdulillah,sekurang-kurangnya saudara/saudari telah cuba menasihatkn sebaik mungkin.Teruskn memberi nasihat dan teguran secara berhemah.

    Memang benar kata saudara/saudari tu, kbiasaannya orang tdekat dgn kita yg paling payah untuk mendengar kata,berbanding orang luar.Namun,tugas kita untuk terus sampaikn selagi tmampu.

    Apapun perlu bermula dgn diri kita sendiri.Tunjukkn keperibadian/penampilan kita sebagai teladan.InsyaAllah,moga-moga hati mereka terbuka untuk berubah.

    Jika berkemampuan,hadiahknlah buku atau tudung labuh buat mereka.Suka atau tidak,itu terpulang.Lagipun,siapa yang tak suka hadiahkn?

    Moga Allah bantu usaha saudara/saudari menyedarkn mereka...aamiin..:D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ain sayang... maaf kak ain .. baru harini sempat nak bg komen :) .. syikin suka apa yg kak ain tulis.. dan syikin kagum sgt dengan usaha2 kak ain :) .. jujur .. syikin malu ngan usaha kak ain.. dan mereka2 yg lain ... syikin ni serba kekurangan.. tidak mampu usaha sekuat kak ain :(

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam Zaujah.
    Tidak perrlu minta maaf dengan akak.Adik dah berkunjung ke sini pun akak rasa bertuah sangat.Alhamdulillah,kita bertemu dan bersahabat di alam maya dengan izin Allah SWT.
    Tiada apa yang perlu dimalukan,kita sama saja hamba Allah.Yang membezakan kita hanyalah amalan masing-masing.
    Usaha akak melalui penulisan di blog ini kecil sahaja jika dibandingkan usaha zaman Rasullullah SAW menyebarkan agama Islam.
    Apapun, moga apa yang dikongsikan di sini dapat memberikn manfaat buat kita bersama.Moga Allah redha usaha akak yang kecil ini, aamiin.
    Terima kasih Zaujah.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Selalu dgr org cakap tak sampai seru. alhamdulilh keluarga sya telah dididik menutup aurat sedari kecil. walaupun bukan 100% sempurna ttpi basic itu telah ada. bila umur makin meningkat baru kesedaran menutup aurat lebih sempurna di lakukan

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih kepada penulis di atas penulisan yang berinformasi ini....mohon untuk dikongsikan di halaman fb saya..TQ

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumussalam Mekar.
    Banyak cara untuk kita sampaikan kebaikkan tentang ISlam, dan salah satunya adalah cara kita berpakaian.
    Alhamdulillah, Teruskan yea Mekar!

    ReplyDelete
  8. Silakan Anonymous.Jika ianya bermanfaat, boleh dikongsikan bersama.Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikumussalam..silakan Intisar...:D

    ReplyDelete
  10. baekk lahh ayat dyee

    ReplyDelete
  11. as salam nurain ,

    perkongisan yg sgt menarik ... syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam Hanie.
    Syukran kerana sudi membaca yea..=)

    ReplyDelete
  13. Assalam Kak Ain.
    Ya Allah,kalau beginilah jawapannya,lebih baik Eyla gunakan jawapan tersebut sebagai jawapan kepada hamba-hamba Allah yang tak berpakaian sebagai muslimah sejati.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, Nur...
    Tertarik dgn artikel ni. Minta izin nak cedok sikit artikel ni,untuk tarok kat blog kita boleh tak....?

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumussalam ukhti Khaisyah.maaf yea kerana lambat membalas.InsyaAllah silakan berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak ain..

    entry yg sgt bgus..penyampaian yg baik serta tidak terlalu menguris perasaan..sy rasa ,kalau orang yg baru nk mendekati islam pun akan terbuka hati jika membaca entry ni..

    teruskan berdakwah demi islam..saye juga masih mendalami islam.. terima kasih..

    sesungguhnye yg tertutup itu indah.. ^_^

    ReplyDelete
  17. wa'alaikumussalam Fatihah.
    Alhamdulillah, moga ianya dapat beri manfaat pada kita semua, insyaAllah.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum puan,

    Saya ingin menambah satu lagi alasan. Ini terjadi pada saya bila saya menegur aurat rakan :

    'Suami saya tak cakap apa-apa pun'

    Terdiam dan terkedu tak tau nak kata apa. Ada pandangan tentang jawapan yang sesuai?

    ReplyDelete
  19. salam..nk mtk share lam fb.bgus sgt info ni :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah aurat itu penting tapi masih ramai lagi yang tak mampu untuk
    melaksanakan..undang2 islam perlu di guna pakai bagi yang tidak mahu menutup aurat...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR