Sunday, October 16, 2011

DI HARI PERTAMA...



Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Moga sahabat semua dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Syukur pada Allah SWT di atas izin NYA ain masih diberikan peluang untuk menikmati nikmat kehidupan ini yang pelbagai.Betapa beruntungnya ain kerana terpilih menjadi hamba NYA sejak 8 tahun yang lalu.Alhamdulillah.

Lihat gambar di atas.Kali ini ain ingin berkongsi pengalaman ain kali pertama makan di luar.Setelah sekian lama, hari ini ain memberanikan diri untuk makan di kedai kegemaran ain dan suami.Ain katakan pada suami, "Sayang, kita makan luar hari ni boleh? Tempat kita biasa pergi dulu..."...suami, "Awak ok ke?"..ain, "Kena belajar beranikan diri, lagipun saya dah biasa makan pakai niqab.Cuma sekarang kat kedai,tempat awam."

Setibanya ain di tempat dituju, ain menjadi menggelabah.Rasa seram semacam.Hehe, bila difikirkan rasa lucu pula.Suami ain beri sokongan dan katanya dia tidak berasa malu walaupun cara ain berpakaian tidak lagi seperti dahulu.Ain cuba memberanikan diri dan berlagak seperti biasa.

Tiba pula di meja makan, ain cuba cari posisi tempat duduk yang bersesuaian agar ain rasa selesa untuk makan tanpa rasa was-was atau malu.Lagipun rasa gemuruh masih ada lagi untuk makan di khalayak ramai.Alhamdulillah tempat makan kegemaran ain dan suami walaupun di tempat awam, namun tidak terlalu ramai pelanggan.Kiranya ain masih boleh belajar untuk biasakan diri.




Selesai makan tengah hari, sempat juga ain ambil foto untuk tatapan sahabat.Inilah suasana atau posisi tempat ain duduk.Nampak macam kelakar je kan..Takpelah, mengadap peti TNB..Hahaha...Apapun, ain dah rasa kembali yakin makan di khalayak ramai.Lagipun, tiada apa yang harus ditakutkan.

Sesudah selesai menjamu selera, kami berangkat pula ke pusat beli-belah membeli barangan dapur yang sudah hampir kehabisan.Ain dan suami tidak mengambil masa lama kerana sudah membuat senarai barangan yang diperlukan.Masa itu EMAS!

Sebelum pulang ke rumah, sempat juga suami bawa ain makan angin di pantai berdekatan.Sekadar berpusing-pusing di dalam kereta sambil melihat pemandangan di persisiran pantai.




Hari sudah beransur ke waktu Asar, maka tanpa berlengah lagi ain dan suami bertolak pulang ke rumah.Macam biasa, ain ambil gambar foto sebagai kenangan.Gambar biasa je menggunakan telefon kamera.

Setakat ini saja coretan ain kali ini.InsyaAllah kita bertemu lagi di coretan akan datang.Jaga diri yea sahabat semua!

5 comments:

  1. Assalamualaikum ain..bestnye dpt mkn luar lbh2 lg dgn suami tersayang kan..:) pnh skali sy g mkn luar dgn family nmpk org pakai niqab tgh mkn..adik bongsu sy tgk pelik jer,adik tny "kaklong,mcm mne acik tu nk mkn mulut die tertutup"..sy hny t'senyum n bgtau adik "nnt acik tu angkat ckit kain yg tutup mulut die tu blh la die mkn"..adik angguk mcm paham tp asyik tgk jer org tu mkn..huhu~

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing ukhti !

    may Allah continue to bless enti always!

    wslm

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam kaklong.
    hehe.biasalah.Jarang melihat niqabis makan d luar, lagipun tak banyak tempat mudah dlihat niqabis ni.huhu...

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum semua,

    Kelebihan berniqab...kita jadi tak berapa selesa nak keluar rumah tanpa urusan mustahak, lebih suka duduk di rumah. Sebab tu jarang nampak niqabi merayau2 di luar :)

    Apa2pun tahniah sebab dah berjaya makan di public, hehe. Akak punya "pencapaian" terkini ialah makan sup tanpa mengotorkan niqab.

    Keep writing, sis.

    Kak Haza

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam kak Haza...=)
    SubhanaAllah , gembira mendengar sapaan akak disini..
    hehe..wah,not bad akak dapat makan makanan bersup ye dgn berniqab..huhu..ain pun kena practise ni..
    syukran kak Haza..

    Miss U Always!!!

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR