Monday, October 3, 2011

INI KISAHKU...



SAMBUNGAN...

BAB 2

Setelah meningkat remaja, Vivian sentiasa mencari identiti diri.Siapa diri ini sebenarnya.Vivian beragama Buddha ketika itu namun Vivian tak pasti dengan ajaran tersebut.Kenapa perlu ada patung untuk disembah? Bagaimana manusia tahu rupa tuhan mereka? Kenapa ada banyak patung yang perlu disembah? Mana satu Tuhan sebenarnya? Mana satu paling bagus? Semua itu terus bermain difikiran tanpa ada jawapan yang pasti.

Vivian nekad untuk ambil tahu apa itu Buddha kerana sebagai manusia yang berada di muka bumi ini Vivian bertanggungjawab mengenal Tuhan.Mana-mana buku atau manuskrip lama yang Vivian dapati di rumah keluarga kandung, Vivian selongkar dan baca untuk kefahaman sendiri.Siapa itu Buddha, bagaimana dan sejak bila adanya Buddha.Kenapa Buddha? Apa yang bagus tentang Buddha?

Makin banyak dibaca, makin banyak persoalan dan kekeliruan.Semakin hilang kepercayaan wujudnya Buddha itu sendiri.Lama kelamaan Vivian pun cuma mengikut sahaja segala upacara yang dijalankan untuk agama dianuti ketika itu tanpa sebarang penjelasan kukuh atau keyakinan pada sesuatu upacara itu.Vivian akui Vivian paling rajin untuk membakar colok dan singgah ke kuil berdekatan untuk sembahyang.Wujud atau tidak patung-patung yang disembah, menjadi soal kedua.

Apabila diingat kembali, Vivian pernah mengikut keluarga ke gereja pada hari tertentu iaitu hari besar mereka yang beragama Kristian.Vivian cuma ingat penganutnya yang Vivian tak pasti mungkin bercampur, menyentuh kaki patung seakan-akan memohon restu.Vivian juga pernah ke kuil Hindu untuk tujuan upacara keagamaan.Ini semua berlaku sewaktu Vivian dibesarkan oleh mendiang nenek.

Setelah meningkat remaja semua peristiwa itu akan datang kembali di benak fikiran dan sering bermain-main mencari jawapan.Di bangku sekolah menengah, Vivian mempunyai ramai rakan-rakan berbangsa Cina tidak kira beragama Kristian atau Buddha.Mungkin sudah remaja, maka sudah bijak bergaul sesama sendiri.Berbanding sewaktu kecil Vivian takut bergaul dengan mereka yang bertutur dalam bahasa Cina semata.Di bangku sekolah menengah Vivian mendapat beberapa rakan karib dan kebanyakkannya Cina.

Vivian mulai berkawan rapat dengan pelajar Cina yang beragama Buddha dan Kristian.Salah seorang kawan karib Vivian beragama Kristian.Disebabkan keakraban kami, rakan Vivian tadi mempelawa Vivian ke sebuah rumah.Vivian hanya mengikut sahaja kerana percayakannya.Namun sebelum itu rakan telah bertanya sama ada Vivian minat nak tahu pasal Kristian.Perasaan ingin tahu membuatkan Vivian mengikut sahaja ketika itu.

Apabila tiba di rumah yang dikatakan, Vivian melihat upacara keagamaan yang dianjurkan.Vivian rasa takut, menggelabah dan risau teramat.Namun, Vivian hormati rakan karib dan mereka yang lain yang berada dalam upacara itu dengan tidak membuat bising.Hanya duduk, diam dan melihat perlakuan masing-masing.Sebagai tetamu, Vivian mesti hormat tuan rumah.Setelah semuanya selesai, Vivian dan rakan pulang seperti biasa.Tiada apa-apa yang menarik perhatian Vivian ketika itu.Vivian pun tidak bertanya banyak pada rakan tadi.Dan hari esok bermula seperti biasa.Kejadian sebelum itu, Vivian lupakan terus.Yang pasti Vivian hormati kepercayaan rakan karib tadi.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.Akhirnya Vivian tamat pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan yang sederhana sahaja.Vivian mempunyai minat dalam bidang penulisan, begitu juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru dalam subjek Bahasa Melayu.Namun, itu semua Vivian anggap hanyalah angan-angan kosong kerana Vivian merasakan Vivian tidaklah sehebat mana.Maka, Vivian nekad mengambil jurusan dalam bidang kejururawatan kerana bercita-cita membantu meringankan kesakitan orang lain.

Pada mulanya, kedua orang ibu bapa Vivian tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya yang bakal Vivian tempuhi nanti.Mereka memujuk sanggup menghantar Vivian ke kolej-kolej swasta walau perlu menyediakan kos pengajian yang tinggi.Vivian tidak sampai hati memandangkan Vivian bukanlah dari keluarga yang senang.Ibu bapa Vivian perlu bertungkus-lumus membesarkan kami adik-beradik siang dan malam.Bagi Vivian, cukuplah setakat ni.Lagipun kolej kejururawatan yang Vivian pilih ini menyediakan biasiswa bagi mereka yang layak.Vivian yakin dapat biasiswa tersebut.Jika ibu bapa Vivian perlu berhabis duit untuk kos pengajian anak-anaknya, biarlah adik Vivian sahaja diutamakan.Secara peribadi Vina seorang anak yang baik dan juga seorang pelajar yang amat cemerlang dari segi akademik.Maka, adik Vivian lebih elok diutamakan jika perlu berhabis duit memberikan yang terbaik dari segi pelajaran.

Faktor lain yang membuatkan bidang kejururawatan sebagai kerjaya utama adalah, Vivian ingin pastikan setelah Vivian tamat pengajian kolej Vivian sudah ada pekerjaan tetap dan terjamin.

Bersambung...

5 comments:

  1. menanti mmbaca sehingga akhirnya..

    p/s:nanti kita link blog ye.. yg ini aini punya link http://cahayacinta.com

    ReplyDelete
  2. ainni menantikannya sambungannya

    ReplyDelete
  3. terima kasih aini..insyaAllah nanti ain link blog aini di sini ye..yea..nantikn sambngannya...:D

    ReplyDelete
  4. Bagus tu ada cita2 jadi jururawat. itu pun pekerjaan yg mulia juga

    ReplyDelete
  5. saya suka membaca cerita sebegini...

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR