Sunday, October 9, 2011

INI KISAHKU...PENUTUP BICARA

Masa kian berlalu, tahun berganti tahun dan persekitaran banyak mempengaruhi diri ini.Pergaulan dengan rakan-rakan, suasana pekerjaan, tekanan ekonomi membuatkan ain mula alpa dengan diri ini.Ain rasakan ada saja yang tidak kena, mencari sesuatu yang tak pasti.

Akibat terlalu alpa dengan hal duniawi, hal agama ain bersikap sambil lewa sahaja.Ain sibukkan diri mencari rezeki sedangkan ain lupa siapa yang memberikan rezeki pada ain selama ini.Ain lupa tanggungjawab ain sebagai seorang muslim.Ain lupa bahawa ain ada tanggungjawab yang lebih besar dari segalanya.Ain lupa setelah Allah berikan ain segalanya.

Kira-kira 2 tahun yang terakhir ain bekerja, ain mula muhasabah diri sendiri.Ain sedar hal dunia bukan milik ain selamanya kerana akhirnya nanti ain perlu mengadap pada yang menciptakan segala-galanya.Apalah guna ain mengejar wang ringgit, harta dunia sekiranya ilmu agama ain sekadar di hujung jari.Sering ain merasakan diri ini ketinggalan jauh, jauh dari Yang Maha Esa.Ain rasa takut, takut andai ain gagal menjadi hamba Allah yang disayangi.

Atas belas kasihan Allah SWT jua, Allah berikan ain suatu ujian yang begitu hebat dan amat berat untuk ain luahkan disini.Cukuplah ain katakan ujian yang Allah berikan itu benar-benar menguji tahap keimanan ain dan menyedarkan ain dari mimpi selama ini.Baru kini ain faham, "Seseorang itu takkan dikatakan beriman selagi mana ia tidak diuji..."

Dugaan yang ain terima itu, benar-benar menginsafkan diri ini.Ain sedar rupanya selama ini ain terlalu alpa dan seronok dengan hiburan di dunia hingga membelakangkan agama.Selama ini ain dibuai mimpi yang lena hingga tidak sedar bahawa adakala mimpi itu boleh saja merosakkan diri sendiri.

Ain muhasabah diri sendiri, memohon pada Allah SWT petunjuk dan hidayah NYA agar diri ini tidak terus-terusan sesat dengan godaan semata-mata.Cukuplah dengan apa ain terima setakat ni.Secara jujurnya, ain rela tinggalkan segala kesenangan, kemewahan dan keseronokkan dunia asalkan Allah ada bersama ain di kala senang mahupun sukar.Ain tak mahu menjadi hamba NYA yang hina lagi alpa.Ain tidak mahu menjadi hamba Allah yang derhaka pada agamanya sendiri.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba NYA, maka dengan itu hamba NYA perlu diuji.Ain juga tidak terkecuali menerima ujian getir dari NYA.Namun, akhirnya ain redha dan pasrah dengan ujian diberi dan menyerahkan segalanya pada Allah bagaimana ianya berakhir.Walaupun di ketika musibah menimpa itu membuatkan diri ini terkapai-kapai seketika, ain tidak sesekali menyalahkan takdir atas segalanya.Lagipun sesuatu perkara yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu sudah pasti datang daripada diri ain sendiri.Ain amat yakin segala yang berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya sendiri.

Ain sedar ramai yang terluka dengan kesilapan yang dibuat akibat sikap alpa diri ini, namun ain sedar ain telah melukakan hati Allah SWT.Ya Allah! Betapa kejamnya hambamu ini.Masihkah ada ruang dan waktu untuk ain perbaiki segalanya? Masihkah ada detik untuk diri ini bertaubat atas segalanya?Semua itu tiada jawapan pasti yang mampu ain beri.Ain berserah diri pada NYA.Baik buruk pengakhiran dan jalan yang bakal ditempuh, ain redha, ain pasrah.

Alhamdulillah, Allah Maha Adil dan Maha Penyayang.Dengan izinNYA ain diberikan hidayah yang tidak terduga serta membuka hati ini untuk terus berhijrah di jalan NYA.Inilah rupanya yang selama ini ain cari dan ain dambakan.Amat sukar digambarkan dengan kata-kata.SubhanAllah, Maha Suci Allah atas segalanya.Segala kepahitan, dugaan, ujian yang ain terima selama ini berbalas dengan hikmah tak terperi.Benarlah kata-kata ini, "Sentiasalah bersangka baik pada Allah, sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"..

Buat sahabat setia NUR pasti faham apa ain maksudkan dengan HIJRAH.Bagi sahabat yang ingin tahu dan faham lagi, bolehlah singgah pada post-post ain terdahulu LABEL "NIQAB", "HIJRAH", "AURAT"

Sampai di sini saja coretan ain dalam tajuk "INILAH KISAHKU" .Terima kasih banyak ain ucapkan buat sahabat pembaca sekalian yang tidak putus-putus melayari coretan-coretan ain yang tidak seberapa ini.Sesungguhnya ain amat-amat hargai.

Segala yang ain coretkan dalam "INILAH KISAHKU" hanyalah untuk berkongsi pengalaman diri.Alhamdulillah ain amat bersyukur kepada Allah SWT kerana ain masih dikira beruntung kerana perjalanan ain dalam menuju agama Allah ini tidaklah sesukar seperti saudara-saudara baru yang lain.

Ramai diantara saudara-saudara baru kita yang bersendirian di luar sana, menempuh dugaan tanpa kehadiran keluarga tersayang mahupun sahabat yang boleh dipercayai.Mereka ini adakalanya terpaksa menyembunyikan identiti diri bertahun-tahun disebabkan tiada sokongan daripada sesiapa.Malah, ada diantara kami yang bergelar mualaf atau saudara baru dipandang serong terutamanya apabila kami berusaha menjadi hamba Allah sebaik yang boleh.

Bagi yang kuat dan tabah, pasti dapat tempuhinya dengan baik.Manakala yang lemah pasti berdepan dengan pelbagai kesukaran dan mungkin saja hilang arah tujuan dalam kehidupan ini.Kita yang berada dalam masyarakatlah yang harus dekatkan diri dengan golongan sebegini.Jangan biarkan kami terpinggir.Bagi sahabat NUR yang berkelapangan, silalah layari post ain yang terdahulu dalam LABEL "HIJRAH" bertajuk "USAH DEPERSOALKAN".Anda akan lebih memahami apa yang ain cuba sampaikan di sini.

Alhamdulillah, kini ain bergelar suri rumah sepenuh masa sambil menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan.Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana dengan izin NYA juga keputusan ain untuk berniqab dipermudahkan.Ain lebih gembira dengan kehidupan ain sekarang.Maka, masa yang ada akan ain gunakan sebaik mungkin menambah ilmu di dada yang serba kekurangan ini.Moga Allah SWT permudahkan ain mencari ilmu dunia mahupun akhirat agar dapatlah ain gunakan ilmu yang ada nanti untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang lain, InsyaAllah.

Moga dengan adanya coretan blog ain di alam maya ini dapatlah ain gunakan semaksimum mungkin berkongsi ilmu dan pengalaman, InsyaAllah.Itulah niat ain sejak hari pertama ain mula aktif di dalam penulisan blog.

Alhamdulillah.Terima kasih Allah atas segalanya...

Moga kita bertemu lagi di coretan akan datang, InsyaAllah.

Salam sayang buat sahabat semua kerana Allah...

5 comments:

  1. Assalamualaikum kak Ain...
    moga kak Ain dalam keadaan sihat dan ceria ya...sangat suka dengan perkongsian cerita kak Ain..memberi motivasi kepada diri ini...sebagai seorang saudara baru, pasti bermacam-macam perkara yang harus diharungi..manis, pahit, suka duka dalam perjuangan...pasti pada awalnya terasa berat bahu memikul, terasa berat kaki melangkah, nafas menjadi lelah, tetapi semua itu adalah didikan dari DIA kan...untuk menjadikan kita lebih kuat, tabah...dan sudah pasti mendung tidak akan selamanya...pasti sang pelangi akan menjelma...sinar suria kan muncul jua...dan di saat itulah, kita kan tersenyum dan berkata..."Maha Penyayangnya DIA"...

    sedikit perkongsian ya...buat sahabat2 muslimah semua...ISLAM itu sangat indah, sangat cantik...hidayah sudah pasti datang daripada Allah...tetapi kita perlu berusaha untuk 'mencari' hidayah itu juga...usaha ke arahNYA itu perlu...jika anda dilahirkan sebagai seorang Islam, seorang muslimah, maka pakailah jilbab, tutuplah aurat...anda sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang Islam...betapa ramai saudara2 baru diluar sana khususnya wanita yang harus berjuang untuk mempertahankan jilbabnya...harus berjuang mempertahankan keislamannya...

    maaf jika ada terkasar bahasa...cuma ingin berkongsi dengan rakan2 seislam...betapa beruntungnya kita kan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w......

    ReplyDelete
  2. Wa'laikumussalam Nur.Terima kasih sudi membaca coretan akak yea.

    Yea, tidak mudah bagi kita yang bergelar mualaf/saudara baru.Tidak kiralah baru atau sudah bertahun-tahun memeluk Islam.Setiap tindak tanduk kita akan dperhatikan.

    PEngalaman akak sendiri pula yang lebih terarah mempertahankan adab berpakaian wanita Islam yang sesempurna mungkin sering dipandang remeh atau tidak diendahkan sama sekali.Ramai bersikap alpa dan beranggapan itu semua tidak penting.

    Majoriti Orang Islam kini lebih mengikut arus semata tanpa mendalami ilmu agama terlebih dahulu, pendek kata "terjah' semata-mata.Mana yg mudah diikut, mana yg bagi mereka kelihatan perit tidak di ambil peduli.

    Nauzubillah! moga diri kita dijauhi sikap sebegini..

    ReplyDelete
  3. Saya dah baca semua episod. Perit juga cabaran yg dihadapi. Apa2 pun Tahniah krn anda berjaya mharunginya dgn tabah. Sya pasti, kekuatan anda adalah suami anda :-)

    ReplyDelete
  4. subahanAllah tabah sungguh ain harungi liku hidup ain .sangat kagum dengan ain .semoga kehidupan ain sentiasa di lindungi oleh -NYA .amin ya rabbi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...selamat abis baca...menyelami payahnyer orang lain nak dapat Islam,nak mencari tuhan yg satu..Allahu rabbi...jazakillah khayran jaza Puan...

    p/s:Ms Molly..friend of mine,her name's Molin but called Molly.nurse in Saudi right now..dont know if she was the same person in yours.
    Semoga Allah beri taufiq pada kami semua.

    Aznan,Melaka.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR