Sunday, November 20, 2011

JOM IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

Assalamualaikum sahabat NUR sekalian.Moga semuanya senantiasa di dalam lindungan Allah SWT ..aamiin.

Kali ini ain ingin mengajak para sahabat sekalian untuk sama-sama mempelajari dan menghayati sunnah-sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW buat umatnya yang tersayang.

Jom ikut sunnah Rasulullah SAW!!!




Di dalam Al-Quran ada dinyatakan:

"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Katakanlah, "Taatilah Allah dan RasulNYA, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Surah Ali Imran ayat 31 & 32)



Maka, apa saja yang disukai oleh Rasulullah SAW, maka itu adalah kesukaan Allah SWT.Apa saja amalan Sunnah Rasulullah SAW, itulah amalan yang paling Allah SWT sukai.

Sebagaimana disebutkan Hadits dalam Kitab Al Muwatha’ lil Imam Malik r.a

عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Imam Malik r.a, datang kepada beliau tentang apa yang sampai kepada beliau bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan/wasiatkan sesuatu kepada kalian dua perkara dan untuk kamu semua memegang teguh keduanya yang mana kalian semua tidak akan tersesat yaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabinya" (hadits).













SELAMAT BERAMAL!!!

4 comments:

  1. salam...subhanallah...ilmu yg sgt brguna...trima ksih...Allahu yubarik fiki...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Apakah itu sunnah Rasululllah saw? Tidakkah Rasulullah saw mengikut AlQuran dan tidakkah itu juga dinamakan sunnah, tariqah dan minhaj? Sehinggakan pernah Rasulullah saw diancamkan oleh Allah SWT sekiranya tidak mempraktikkan w/pun satu ayat dari AlQuran bermakna baginda saw tidak menyampaikan keseluruhannya. Surah AlMaidah:67 يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚWahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;
    Apa yang perlu kita lakukan sebagaimana mengikut Sunnah Rasulullah saw ialah dengan mentadabbur AlQuran. Surah AnNisa:82 فَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
    Mengikut petikan dari tafsir Ibnu Katsir dlm Surah ini, bahawa Rasulullah saw bersabda bahawa umat2 terdahulu telah dibinasakan kerana (khilaf) menyalahi perintah nabi2 mrk dan melaga2kan kitab Allah sebahagian dgn sebahagian. Mrk ambil ayat2 Allah SWT utk kepentingan sesuatu dgn tidak mengikuti kehendak Allah SWT dan berlaku perselisihan demi perselisihan. Sesungguhnya AlQuran ini diturunkan supaya tidak mendustakan sebahagian dengan sebahagian bahkan membenarkan sebahagian ayat dengan sebahagian.Jika kita arif ayat2 alQuran, maka hendaklah kita amalkannya dan sebaliknya jika kita jahil dgn AlQuran maka hendaklah kita merujuk kpd org yang lebih mengetahuinya. (Dlm ertikata kena belajar)

    " مَهْلًا يَا قَوْم بِهَذَا أُهْلِكَتْ الْأُمَم مِنْ قَبْلكُمْ بِاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ وَضَرْبهمْ الْكُتُب بَعْضهَا بِبَعْضٍ إِنَّ الْقُرْآن لَمْ يَنْزِل لِيُكَذِّب بَعْضه بَعْضًا إِنَّمَا نَزَلَ يُصَدِّق بَعْضه بَعْضًا فَمَا عَرَفْتُمْ مِنْهُ فَاعْمَلُوا بِهِ وَمَا جَهِلْتُمْ مِنْهُ فَرُدُّوهُ إِلَى عَالِمه "

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam saudara/saudari tajnur..benar kata saudara/saudari...sunnah Nabi SAW itu semuanya datang dari Al-Quran , datang dari Allah SWT...syukran atas prkongsian...=)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR