Thursday, November 24, 2011

YA ALLAH....

Assalamualaikum sahabat ain sekalian.Moga sahabat semuanya dalam lindungan Allah SWT dan senantiasa dipermudahkan dalam segala urusan.

Sekadar ingin berkongsi lagu-lagu yang menyentuh perasaan ini.Moga ianya memberikan keinsafan buat kita bersama, insyaAllah.








...dalam hitam kelam malam...dalam sepi rinduku padamu Ya Allah...(Opick)...





seandainya Engkau tak sayang padaku...tak ku kenal siapa diriku...seandainya Engkau tak kasih padaku...tak ku tahu arah hidupku...(Iwan Syahman)...





...penuhi jiwa ini dengan satu rindu..rindu untuk mendapatkan RahmatMu...cukup bagiku Allah..(Opick)




...SubhanaAllah itu Allah yang punya...tiada yang engkau punya..semuanya Allah punya...(Iwan Syahman)...






SubhanaAllah..Maha Suci Allah...begitu banyak nikmat yang Allah SWT berikan pada kita hingga saat ini.Bersyukurlah atas segala nikmatnya dengan melakukan segala perintah Allah SWT dengan penuh ketaatan dan keikhlasan.

Sayangilah Allah...cintailah Allah SWT lebih dari cinta kita pada manusia....

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dalam mukadimah tafsir AlQurthubi m/s 12 (Tabiah Darulsyuib AlMasriyyah) Rasulullah saw bersabda `Sesungguhnya pada lagu nada menaik (AtTarji`) dan suara menurun (AtTatrib) bukanlah dari lagu2 Arab dan suara2nya. Awasilah kamu akan lagu2 ahli fasiq dan ahli dua kitab itu (Yahudi dan Nasaro). Akan lahir selepas ku nanti, satu kaum dimana mereka mentarji` dgn AlQuran menaikkan suara dan teriakan. Tidak mereka melepasi kerongkong, memfitnahkan (lalai dan kufur) jantung2 mrk dan menakjubkan jantung2 org yg mendengarkannya.
    Orang2 Yahudi dan Nasaro berdakwah dgn menyesatkan kaumnya dan manusia adalah dengan cara berlagu dgn irama naik turun. Walaupun ada ulama yang mengharuskannya tetapi perlu diketahui dimanakah kaedah Istinbat Hukm yang diambil dari Usul AlFiqh kerana manusia semakin longgar dlm membenarkan SISTEM SKRG dlm masalah penghidupan. Dalam keadaan kita telah jauh dari sunnah/minhaj Rasulullah saw harus difokuskan kepada jalan ketaqwaan. Kadangkala manusia ingin kearah kebaikan tetapi tidak menepati kehendak Allah SWT dan RasulNya. Surah Yunus:32 فَذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
    Suara atau lagu org2 Arab adalah senada asalnya, adapun yg berirama naik dan turun suara itu bukanlah suara Arab. Tetapi apabila telah berlalu jangkamasa yg panjang, perkara2 itu telah diserap masuk dlm kebudayaan Arab sehingga golongan artis ini akan mengembara dari satu tempat ke tempat yg lain mengkufurkan jantung2 manusia! Kalaulah lagu Arab sebegitu rupa pun dilarang apatah lagi suara2 lagu yang lain. Surah Al Syuaraa:21-25هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَـٰطِينُ (٢٢١) تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ۬ (٢٢٢) يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَڪۡثَرُهُمۡ كَـٰذِبُونَ (٢٢٣) وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُ ۥنَ (٢٢٤) أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِى ڪُلِّ وَادٍ۬ يَهِيمُونَ (٢٢٥) وَأَنَّہُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? (221) Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, (222) Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. (223) Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. (224) Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? (225) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam saudara/saudari Tajnur...syukran atas perkongsian...=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nur, saya berminat membaca blog Nur. Terasa keikhlasan penulisan Nur. Saya juga insan Allah yang mencari redhaNya tapi selalu terasa keseorangan dalam usaha ini, terutama bila suami tidak mendapat pemahaman sepertimana yang Allah telah kurniakan kepada saya. Saya harap dapat berkawan dgn Nur...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam saudari Padi Hijau..Alhamdulillah kerana sudi berkunjung ke blog Nur.
    Sudi kiranya saudari menghantar email peribadi pada saya pada bila-bila masa.InsyaAllah saya sudi membantu.
    Email: nurainvivian@gmail.com

    ReplyDelete
  5. menarik.. :) salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Ain,

    Tak tahu pula penyanyi Iwan dah ada lagu berkonsep ketuhanan seperti ini. Alhamdulilah. Dulu dia popular dgn dangdut..dut..

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR