Wednesday, April 27, 2011

BERNIQAB


Gambar ehsan dari Google


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi kehidupan ini.

Hari ini genap 3 minggu ain mengenakan niqab atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai purdah.

Alhamdulillah, semenjak memakai niqab ain berasa lebih tenang dengan kehidupan ini.Ain tidak perlu memikirkan apa pandangan sekeliling terhadap diri ini.Biarlah Allah SWT sahaja yang menilainya.

Baru 3 minggu dan ain sedar banyak lagi perkara ain perlu perbaiki, pelajari dan fahami.Bukan bererti apabila berniqab ain sudah sempurna.Tidak sama sekali!

Seperkara yang perlu ain hadapi suatu hari nanti adalah keluarga kandung ain sendiri, ibu bapa ain.Hingga saat ini ain masih mendiamkan diri dan belum lagi berterus terang dengan mereka.Ain tertanya-tanya pada diri ain sendiri bagaimana penerimaan mereka nanti.

Ain mempunyai seorang sahaja adik kandung dan hanya dia sahaja ain beritahu dan berterus-terang.Namun seperti yang dijangkakan, respon yang negatif ain terima daripada adik perempuan ain.Ain tidak berasa kecil hati kerana ain sedar kefahaman adik ain mengenai niqab masih kurang jelas.

Alhamdulillah, kekuatan mulai datang beberapa hari ini walaupun jauh disudut hati masih ada perasaan bimbang dengan reaksi ibu bapa ain.Mahu atau tidak, ain perlu tempuh dengan berani.Lagipun, ain bertuah kerana masih memiliki ibu bapa dan seharusnya ain gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berbuat baik pada mereka.

Ain akui semenjak ain tidak bekerja, bantuan seperti wang ringgit amatlah sukar.Hanya doa sahaja ain hadiahkan buat kedua-dua ibu bapa ain agar mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan moga-moga suatu hari nanti mereka terbuka hati untuk mengucap 2 kalimah syahadah.

Berbalik tentang niqab, ada yang beranggapan apabila berniqab seseorang muslimah itu tidak boleh keluar dari rumah.Ada beranggapan, muslimah berniqab dilarang untuk bekerja.Ini adalah salah sama sekali.

Seseorang muslimah itu tidak kira berniqab atau tidak, masih boleh keluar dari rumah jika mempunyai tujuan dan matlamat.Maksud ain disini, jika muslimah itu keluar rumah untuk mencari ilmu atau mencari rezeki dengan keizinan suami (bagi isteri) atau ibu bapa (bagi belum berkahwin) tiada salahnya.Janganlah pula muslimah itu mengambil kesempatan pergi ke tempat-tempat yang tidak pasti arah tujunya dan hanya untuk berpeleseran.Selain itu, adalah lebih elok muslimah sekalian apabila keluar rumah ditemani muhrim atau rakan perempuan yang boleh dipercayai jika perlu ke suatu tempat yang amat janggal buat kita.

Anggapan ini terjadi disekeliling ain mungkin disebabkan dahulunya ain bekerja dan perlu berjumpa dengan ramai orang.Mungkin ada berpendapat ain berhenti kerja dan tidak mahu bersosial kerana ain berniqab.

Siapa kata ain tidak bekerja langsung? Setiap saat ain bekerja, dan ain bekerja hanya kepada Allah SWT.Ain bekerja sebagai hamba Nya.Ain bukan anti-sosial, tapi ain sedar dalam Islam, sosial juga mempunyai adab dan caranya sendiri.Maka, ain tetapkan matlamat apabila ingin keluar dari rumah.Ain akan fikirkan sama ada tempat ain tuju itu akan memberikan faedah atau tidak.Ain akan nilai sama ada tempat tujuan ain itu disukai Allah atau tidak.

Bagi ain berniqab atau tidak, sebagai seorang muslimah haruslah kita memperbaiki diri kita secara berterusan.Jika tidak berniqab, maka jagalah aurat dengan cara yang betul, bukan sekadar sehelai selendang dikepala. Bagi yang berniqab pula, perbaikilah diri selalu dan sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.Jangan ada sikap riak atau bangga dengan penampilan diri yang berlainan daripada yang lain.

Secara peribadi, ain berpurdah sebagai tanda syukur ain kepada Allah kerana terpilih menjadi hamba Nya.Ain bersyukur kerana sebelum ini ain tidak dilahirkan dalam keluarga Islam.Namun dengan kebesaran Allah, ain terpilih.Subhanallah! Hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui.

Ain sedar kaum wanita mempunyai nilai dan kedudukannya sendiri di mata Allah dan ain sedari tujuan berniqab itu sendiri adalah untuk melindungi kaum wanita daripada fitnah, iaitu fitnah kepada orang lain mahupun fitnah kepada diri sendiri.

Jika ditanyakan soal hukum, siapalah ain untuk menyampaikannya.Adalah lebih elok jika hal ini ditanyakan kepada mereka yang lebih tahu.Lagipun hal berniqab inipun ada banyak khilafnya.Namun, hanya satu perkara yang pasti.TIADA hukum yang menidakkan atau mengharamkan pemakaian niqab kepada kaum hawa.

Bagi anda yang berpendapat berniqab atau berpurdah ini hanya fesyen bagi masyarakat Arab semata-mata, terpulanglah.Itu pendapat anda.Bagi ain pula, adalah lebih baik ain meniru cara berpakaian Puteri-Puteri dan Isteri-Isteri Rasulullah SAW daripada ain meniru cara masyarakat barat berpakaian yang sentiasa tidak cukup kain itu.

Ingatlah, manusia semuanya sama sahaja dan yang membezakan adalah amalan masing-masing.Diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tuesday, April 26, 2011

'TALK SHOW'


GAMBAR DIDAPATI DARI GOOGLE

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua dalam keadaan sihat hendaknya, amin.

Pernah anda mendengar atau menonton rancangan 'OPRAH'? Rancangan yang amat diminati bukan hanya di negara barat, tetapi juga di Asia Tenggara.Rancangan ini dikendalikan seorang pengacara yang amat berpengaruh dan memiliki jutaan peminatnya sendiri.

OPRAH WINFREY merupakan pengacara tetap bagi siri 'OPRAH' ini.Ia merupakan suatu rancangan yang mengetengahkan perbincangan isu semasa, kekeluargaan, keagamaan, dan banyak lagi.

Oprah Winfrey mengendalikan rancangannya secara bersahaja serta penuh keyakinan.Malah mempengaruhi penonton bukan hanya di studio, tetapi juga di kaca televisyen.

Namun, apa hubung kaitnya di sini?

Di Malaysia misalnya, kita memiliki beberapa pengacara berkebolehan mengendalikan rancangan 'talk show' sendiri.Malah, ada diantaranya sebenarnya berkemampuan mempengaruhi penonton.

Contoh yang paling dekat dan mudah adalah, siapa yang tidak kenal dengan Pengacara Popular tanahair Haji Aznil bin Haji Nawawi.Beliau telah mengendalikan banyak rancangan dan kebanyakkan rancangan yang beliau acarakan mempunyai bilangan penonton yang begitu ramai.Rancangan beliau seperti Macam-Macam Aznil pernah terpilih sebagai rancangan 'Talk Show' yang paling diminati dan paling ramai penonton.

Tidak kurang juga rancangan realiti yang digilai masyarakat Malaysia, 'Akademi Fantasia' turut dipengaruhi pengacaranya ini.Apapun rancangan yang beliau acarakan, Haji Aznil Haji Nawawi sebenarnya mempunyai auranya yang tersendiri kerana beliau bijak berkomunikasi dan bijak memikat hati penonton di studio mahupun di rumah.Bukan hanya peminat dewasa, malah kanak-kanak kecil pun mengenali beliau.

Secara peribadi, ain berpendapat Haji Aznil atau lebih dikenali sebagai PakNil, boleh menggunakan kelebihan yang Allah SWT kurniakan itu ke arah menggalakkan penonton untuk menghadiri majlis ilmu.Bukan majlis ilmu yang biasa kita lihat, tetapi boleh juga dibuat seakan-akan 'Talk Show'.

Pengaruh yang ada dalam seseorang selebriti itu tidak kiralah sebagai penulis lirik sekalipun, mereka sebenarnya boleh menyumbang ke arah membentuk budaya dan kefahaman Islam dalam jiwa masyarakat bermula daripada anak-anak kecil lagi.

Namun, yang makin dapat kita lihat sekarang adalah semakin banyak rancangan berbentuk realiti dan hiburan yang sungguh melalaikan menyinggah kaca televisyen tempatan.Jika adapun rancangan berbentuk keagamaan, masih kurang berbanding yang berbentuk hiburan.

Ingin rasanya agar nurkilan ini dapat dibaca oleh Paknil dan seangkatan dengan beliau yang bergelar artis/selebriti.Ain berharap agar anak-anak kecil tidak menjadikan artis sebagai idola mereka, tetapi menjadikan tokoh-tokoh sejarah Islam sebagai idola mereka suatu hari nanti.Maka, pendedahan harus bermula sejak kecil lagi.

Sampai di sini sahaja coretan ain kali ini.InsyaAllah kita bertemu lagi...

Saturday, April 23, 2011

REZEKI


(Gambar didapati daripada Google)

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat semua.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana ain masih diberikan umur untuk membuat coretan di sini.Buat sahabat ain sekalian, terima kasih kerana tidak jemu melayari coretan ringkas ain yang mungkin adakalanya membosankan.Apapun, hanya kepada Nya ain memohon agar penulisan ain ini memberikan manfaat buat yang membaca, insyaAllah.

Bagi yang sentiasa mengikuti blog NUR sudah tentu tahu ain kini adalah seorang surirumah sepenuh masa.Maka, aktiviti harian ain lebih kepada hal rumahtangga sahaja.

Namun, masa yang ada ain gunakan untuk menghadiri kuliah agama yang diadakan di surau berdekatan dan kebiasaannya ain hanya ke surau bersama ibu mertua ain.Ain berasa lebih selesa dan selamat jika ditemani oleh ahli keluarga.

Selain membaca, aktiviti terbaru ain kini adalah bercucuk tanam.Oleh kerana ain tinggal di rumah teres, maka had bercucuk tanam terbatas di dalam pasu-pasu sahaja.Alhamdulillah, setakat ini sudah mula tumbuh pucuknya.Hasil? Kenalah tunggu dan lihat.

Sebelum ini ain pernah katakan kepada sahabat semua yang ain amat minat untuk berniaga.Ain akui ain masih bertatih lagi.Modal juga menjadi faktor penentu dalam sesuatu perniagaan.Apapun, hanya kesabaran sahaja yang menjadikan diri ini kuat menghadapi ujian daripada Nya.

Begitu juga dengan kesihatan diri.Semenjak beberapa hari ini, ain berasa teramatlah letih dan kebanyakkan masa hanya menghabiskan masa berbaring di atas katil.Adakala berasa seram sejuk sahaja badan ini.Alhamdulillah, hari ini ain berasa lebih baik dari hari-hari sebelum ini.Memang terasa teramat rugi masa yang dihabiskan hanya berbaring sahaja.

Apa kaitan ini semua dengan tajuk yang ain cuba sampaikan?Rezeki..meluas maksudnya.

Rezeki bukan hanya bermaksud wang ringgit semata-mata.Kesihatan yang baik, umur yang meningkat, harta benda yang dimiliki, keluarga penyayang, pekerjaan yang dilakukan dan banyak lagi, juga dinamakan rezeki.Rezeki ini semuanya datang daripada Allah SWT yang sebenarnya banyak kita perolehi dalam kehidupan harian.

Antara sedar atau tidak, rezeki kita nikmati di dunia ini terlalu banyak.Maka, sebagai hamba Nya yang sentiasa bersyukur, lakukanlah perintahNya dengan sebaik mungkin serta jauhilah larangan Nya.

Sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki setiap manusia, maka tidak perlu ada perasaan risau andai rezeki semakin berkurangan.Apa yang penting, kita perlu usaha bersungguh-sungguh, yakin & berdoa pada Allah.Selainnya, kita tawakal sahaja pada Nya.Hanya Allah yang menjamin kehidupan seseorang manusia.

Begitu juga bagi mereka yang pekerjaannya hanya menuntut ilmu Allah, misalannya anak-anak kecil yang dihantar ke sekolah-sekolah pondok.Ada segelintir masyarakat berpendapat jika mereka telah dewasa kelak, amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Namun harus diingat, rezeki datang daripada Allah.Maka Allah SWT juga telah menyediakan rezeki baginya.

Bagi sahabat yang mungkin tertinggal post ain sebelum ini, ikuti post ain yang berlabel 'TOKOH' di bawah tajuk "Azmil Mustapha".Di sini anda akan mengerti maksud ain berkenaan rezeki bagi penuntut ilmu Allah.

Sekiranya ada perasaan kecewa dengan kehidupan sendiri tidak seindah seperti orang lain, janganlah sesekali berburuk sangka pada Allah.Segeralah beristigfar dan memohon keampunan pada Nya.Ingatlah Setiap kekurangan itu ada kebaikkannya.

Setakat ini sahaja coretan ain kali ini.Moga ingatan ini juga buat diri ain yang serba kekurangan.

# Doa keluasan rezeki

"Dengan nama Allah atau diri, harta dan agamaku.Ya Allah ya Tuhanku, redailah aku dengan ketetapan Mu dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku tidak perlu terburu dengan apa yang Engkau tangguhkan, dan takkan tertunda sesuatu yang sudah sampai masanya."


Amin....


@ sila layari 2 lagi blog peribadi ain jika ada kelapangan ye!
(link ada di sebelah kanan ruang blog)

Wednesday, April 20, 2011

FACEBOOK


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain kasihi sekalian.

Berkaitan dengan post ain sebelum ini berkenaan PERKONGSIAN DI INTERNET, ingin ain kongsi sebuah lagi nurkilan daripada seorang pendakwah Islam yang bergerak aktif menyampaikan ilmunya kepada umat Islam dengan caranya sendiri.

Moga penjelasan beliau yang amat kita kenali iaitu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan rakan-rakan yang kurang berpuas hati atau mungkin juga kurang faham tentang adab sewaktu kita menggunakan internet atau alam maya.

Coretan kali ini ain copy 100% daripada blog Ustaz Zaharuddin dengan harapan agar kefahaman kita dalam menggunakan alam maya terjawab...


Daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman...

DOSA-DOSA & FACEBOOK

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

# moga perkongsian kali ini merungkai persoalan sahabat sekalian.

PERKONGSIAN DI INTERNET


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Suatu ketika dahulu, ain begitu aktif berkongsi gambar-gambar terkini di FB tanpa menyedari kesannya pada masa akan datang.Kini, gambar-gambar peribadi semuanya ain simpan untuk tatapan sendiri tanpa perlu didedahkan kepada mereka yang ain sendiri tidak pasti siapa yang akan melihat.

Ada juga gambar-gambar tersebut tersimpan rapi di FB rakan-rakan yang lain.Ain telah cuba meminta dengan cara baik agar gambar-gambar ain itu dihapuskan dan tidak sesekali ain memaksa.Namun, sudah pasti ada yang berasa tidak puas hati.

Di sini, ingin ain kongsi artikel ain dapati daripada seorang penulis blog kegemaran ain.Moga dengan perkongsian beliau, terjawablah persoalan rakan-rakan sekalian.

Nurkilan daripada http://hazazean.com atau lebih ain kenali dengan panggilan Kak Haza.


WHY AM I ON THE INTERNET?


“And stay quietly in your houses, and do not display yourselves like that of the times of ignorance...” ~ [Al-Ahzab:33]

From my meagre understanding, The Purification Verse above is exclusively meant for the The Prophet’s SAW wives. But I have decided that if there is a perfect example for a Muslim to follow, it must be them, as they were superior in piety and conduct. If they strictly followed the directives from The Quran, then I should learn to do the same, to the best of my ability.

Lately I have begun to see how awkward it is that, while I am very vigilant about covering myself so as not to be seen in person, I have no qualms about posting my photos on the Internet (even in my niqab). The same goes for publishing references to my private life as well. My inconsistency exhibits my ignorance. And what is tearing me apart is, if only I had seen all of this much, much, much earlier.

I have also noticed that my more respectable fellow bloggers, columnists and writers have never shown their pictures or those of their families online. I have no idea what they look like, even as I follow their insightful articles or interact with them over the Net. Some I don’t even have an inkling of an idea about their private lives.

I am beginning to see it as something spectacularly cool and intelligent. Be heard, be loud, be tacky in getting your message across, but be extra smart and not share photos and personal details on such a boundless global platform called the Internet. Be invisible. Be anonymous. On top of that, never let total strangers in on the details of your private life. It will only cause more harm than good. What is private should be kept private.

Allah has taught us not to make a dazzling display of ourselves in that particular Surah and as I am sure most of us have found out the hard way, what Allah forbids always turns out to harm and hurt us in the end. It is when we are too arrogant to listen and humbly obey that we run the unnecessary risks. I don’t even have to elaborate, I am sure you can think for yourself what happens when anyone with access to the Internet can surreptitiously enter our lives. It is not always pleasant.

I don’t know if this will make a difference, but we have overexposed ourselves, my beloved brothers and sisters. I don’t think it is too much to say that we have gone too far. The line is blurred, if not totally erased. It is high time we pulled the brake here. Stop.

In the old days, we only shared stuff with our family and friends. We took photos and kept them in albums (the kind that we could touch) at home. A stranger we passed downtown would never find out what we had for breakfast, where we were heading for the weekend, what we were up to over the weekend, whether we had an argument with our spouse, or what the interior of our home looked like, and a thousand other private matters that they had no business knowing.

But now we need to face the harrowing truth: in the era of the Internet, everything we used to keep within the four walls of our home is now public knowledge. We are so excited about sharing that we have forgotten there are borders that should never be crossed.

This begs the question: do we really have to?

Of what benefit it is to us, or to anybody, that we must let everyone with access to the Internet know every personal detail in our lives?

It might be for the best if we, my beloved brothers and sisters, can gradually remove ourselves from this oversharing madness. It has been proven that we can still share beneficial knowledge, spread The Deen, inspire others, participate in constructive intellectual discourses and drive home conclusive points of arguments without ever having to expose our photos or our personal lives.

And while we are at that, in my personal opinion that is how the Internet should be best utilized: seeking and sharing beneficial knowledge, spreading Islam and how to become better persons, and contributing in healthy, constructive discussions. Socializing should be observed within the boundaries of the Shariah.

If we are on Facebook, let’s now really consider: does it benefit us to have those strangers on our friend list, whether or not they really interact with us? Especially if they are of the opposite gender? Does it benefit us to post our pictures, or those of our innocent children? What is really our motive? If we are married, do we expect compliments from or to impress other than the one we are legally bound to? How does our spouse feel about it all? If we know our spouse is committing this crime against the teachings of Islam, has it become so “normal” in this day that we have become so brainwashed we no longer feel the tinge of jealousy?

And we need to be all the more careful when we author blogs, because unless we set our blogs as private, we have absolutely no control over who can read them. Does it benefit us to exhibit or even insinuate what is best kept private? It is undeniable that the more we expose ourselves, the more we leak our weaknesses. I don’t recall who said this, but it might be worth pondering: “It is better to be thought a fool and keep silent than to open one’s mouth and remove all doubt.” Share all you want, but don’t throw caution to the wind, remove yourself a bit from whatever you are sharing. Stop getting too personally involved.

If we have been deceiving ourselves with our vain indulgences over the Internet, it is never too late to reform. Let us islah ourselves. Make kaizen. Let us launch a new revolution: retreating from the oversharing madness, taking back the more integral, honorable part of our self from the global cyber society, leaving only what could be of benefit to us and others.

And I am reminding myself here. Aren’t we wasting precious hours in vain, discussing inane nonsense, culturalizing narcissism, gloating, condescending, gossiping and slandering? Hours where we could have benefited from reading The Quran or studying The Deen or perfecting our solah or paying extra attention to our children’s spiritual growth so they will become exemplary Mukmins?

Just look at the sorry state of the Muslim family today. Is it any wonder we can hardly relate ourselves to Allah who has created us, on Whose earth we are living, from Whose sustenance we are eating and drinking, or with His Messenger SAW? Sometimes we cannot even believe that advice and reminders about The Deen are actually meant for us! We convince ourselves they are only for others who are interested (the square, dull, no-fun type), not us! Will it be too much to blame this spiritual decay on us, the parents, for spending too much time on the Internet and matters that should not take precedence among our priorities, instead of focusing on our children?

We claim we are Muslims, but are we living Islam? Do we even know what it means that we are Muslims? Do we realize how we have the audacity to lie to Allah everyday?

“Guide us to the right path; the path of whom You have bestowed favors. Not of those upon whom wrath is brought down, nor of those gone-astray.” [Al-Fatihah: 5-7]

We ask Allah to guide us so we are always on the right path instead of the path of those who have incurred His displeasure. Now, let us ask ourselves honestly, aren’t we being a tad hypocritical here? Let us really, really frisk ourselves and our lifestyles. How are we different from them, really, when we are too arrogant to submit to His will?

So as we sit with our computers or smartphones now, raring to shout out our thoughts and feelings, flaunting our best poses that compliment our appearance, let’s double check our intentions: do we absolutely need to post this entry? Do we absolutely need to show off this picture? Are we secretly hoping to impress people? Will it make us feel good when people praise us for it? Will it feed our ego, a burden which Islam has taught us to deflate? Will it land us in the Hellfire, because even a mustard seed of arrogance will secure us a ticket there, unless we repent? Are we compromising our true obligations because of this?

Do we realize that Allah is watching? Is He pleased with what we are posting?

Do we know that the angels on our left and right are recording it?

Do we believe that some day we will have to stand before Allah and answer for all of this?

We have been blessed with the mental faculty to think and make the best decision that will see to our happiness and contentment, to our freedom from harm and hurt, in this world and the akhirah. So let us think wisely, filter our posts, trash the trashy non-beneficial material, delete the Imaan-compromising photos, delete our accounts if our involvement is drawing us away from Allah and stop this absurdity before we click these buttons:





# perkongsian ini adalah demi kebaikkan bersama...

Sunday, April 17, 2011

PERKONGSIAN NIQAB



Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.

Ain ingin berkongsi coretan dari website ain baca suatu ketika dahulu yang sehingga kini ain simpan sebagai ingatan peribadi.Moga nurkilan beliau menjadi iktibar dan panduan buat kita semua muslimah sekalian, terutamanya yang berniqab/dalam usaha untuk berniqab.

# Ingatan buat diri ini yang serba kekurangan.Segala yang dicoretkan oleh saudara Hilal Asraf adalah sekadar nasihat berguna buat kita semua sebagai muslimah. Sama ada kita berniqab atau tidak, kita harus tahu adab dan tatasusila kita sebagai seorang muslimah.Jangan jadikan nafsu menguasai diri yang akhirnya merosakkan nama Islam itu sendiri.

Nurkilan saudara Hilal Asyraf...

Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.

Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai. Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.

Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.

Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:

“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”

Rasa aneh 
Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).

Kenapa buat begitu?

Saya rasa aneh.


Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling. Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.

Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?

Kenapa pakai niqab?


Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.

Kenapa pakai niqab?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Kenapa pakai niqab?

Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.

Atas dasar apa kita memakai niqab?

Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?


Imej

Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?

Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.

Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”

“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”

“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”


Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.

Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk.

Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.

Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.

Pakai, pakai dengan serius

Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.

Jangan jadikan Niqab ini fesyen.

“Orang solehah dia pakai niqab”

“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”


Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.

Jangan.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?


Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.

Maka, pakailah dengan serius.

Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

Penutup: Sama-sama islah diri sebenarnya
Artikel ini, bukanlah nak kata perempuan yang tak pakai niqab tu tak payah jaga diri, boleh siar gambar macam-macam angle dan melakukan apa yang saya kata pada pemakai niqab tadi tak patut buat.Sama sahaja tuntutan yang tak pakai niqab dengan yang pakai niqab. Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.

Bagi yang tak pakai niqab, saya tak suruh anda pakai niqab kalau tak perlu.Tapi kalau anda nak pakai, itu terpulang kepada anda. Cuma kalau nak pakai, perhatikan niat, pakai dengan serius. Dan bukanlah kalau anda tidak memakai niqab, bermakna anda boleh buat sesuka hati sahaja.

Semua perempuan kena jaga diri, kena pelihara diri, kena sayang dengan kebersihan diri sendiri.

Saya, sebagai lelaki, memandang perempuan dengan pandangan yang tinggi, anda isteri saya, anda ibu saya, anda kakak saya, anda adik perempuan saya, anda anak perempuan saya, anda sepupu perempuan saya, anda nenek saya, anda makcik saya.

Siapa yang tidak suka akan keluarga yang bersih, terpelihara, serta mendapat redha Allah SWT?

Sama-samalah kita menjaga diri kita.

Anda dan saya. Perempuan dan lelaki.

Sama-sama kita perbaiki diri kita.



http://langitilahi.com/


# semua perempuan kena jaga diri, tidak kira yang berniqab atau tidak berniqab..




Coretan di atas adalah perkongsian buat sahabiah di luar sana yang musyhkil atau ingin lebih tahu tentang berniqab.Namun, dinasihatkan janganlah diambil bulat-bulat apa yang dikongsikan di sini.Ain harap sahabat dan sahabiah sekalian rujuklah dengan mereka yang arif dan lebih dalam lagi ilmu agamanya.

Friday, April 15, 2011

HAKIKAT SOLAT


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberikan kesempatan buat diri ini membuat coretan yang tidak seberapa ini.Bersyukur kepada Allah SWT kerana ain diberikan kesempatan menambahkan ilmu berkenaan solat tidak kiralah melalui bahan bacaan, malah dengan izinNya, minggu ini kuliah agama yang ain hadiri dan rancangan agama yang ain tontoni juga banyak menceritakan perihal solat.

Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam suatu hadis:
" Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat.Maka berkata Allah SWT kepada para malaikat-Nya, dan Ia Maha Mengetahui : ' Telitilah pada solat hamba-ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang.Sekiranya lengkap sempurna, tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah SWT: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.'"(Riwayat Abu Daud:hadis sahih)

Untuk mendirikan sebuah rumah atau masjid sekalipun, tiang amat diperlukan untuk memperkukuhkan sesebuah bangunan itu.Begitu jugalah dengan solat.Tanpa solat, tiada gunanya iman, dan tiada gunanya amalan kita selama ini.

Di dalam solat itu sendiri terdapat doa & surah tertentu yang perlu dibaca dan setiap ayat yang dibacakan itu merupakan kata-kata yang kita ucapkan kepada Allah SWT.Namun, apalah erti solat itu tanpa kefahaman terhadap surah-surah atau doa dalam solat itu sendiri.

Sebagai umat Islam, kita perlu istiqamah (konsisten) dalam menjalani ibadah solat dan bukannya dilakukan mengikut sesuka hati.Bila rajin, solat, bila malas,takpelah.TIDAK SAMA SEKALI!

Solat adalah rutin wajib, ibadah wajib dalam kehidupan seharian manusia.Solat adalah Rukun Islam ke-2 yang wajib kita patuhi.Solat itu perlu diperbaiki, diperhalusi setiap masa, tidak kira zahir mahupun batin.Malah, ia perlu dilakukan mengikut tertib.

Kenapa perlu solat???

~Solat mendekatkan kita kepada Allah SWT.Sewaktu kita melakukan ibadah solat, kita sebenarnya sedang menghadap Allah, maka segala yang dipertuturkan akan diperdengarkan kepadaNya.Segala gerak-geri kita akan diperlihatkan kepadaNya.Tidak kurang juga, solat kita itu akan diteliti sama ada khusyuk atau tidak.

Bagaimana dikatakan solat khusyuk???

~Solat yang khusyuk hanya akan berlaku apabila kita ikhlas dalam mengerjakan solat.Segala perkara berkaitan duniawi misalnya masalah kerja, rumah tangga dan sebagainya dilupakan seketika.Hati, fikiran, gerak-geri dan pertuturan semuanya ditumpukan dalam solat, semata-mata ingin mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.

~Bunyinya seperti sukar, namun tidak mustahil untuk kita melakukannya.Setiap perkara perlukan pembelajaran berterusan, begitu juga solat.Selagi kita diberikan umur, selagi itu kita perlu perbaiki solat kita.

~Maka solat disini melibatkan hati dan fikiran serta gerak tubuh.Apabila hati & fikiran bersatu, maka gerak-geri tubuh serta tutur kata dalam solat dapat dilakukan dengan tertib, sempurna dan dalam keadaan khusyuk.

Bagaimana untuk mencapai solat yang khusyuk???

~Cuba pelajari dan fahami setiap surah & doa yang dibacakan ketika solat, tidak kiralah doa Iftitah, tahyiat awal/akhir, mahupun surah al-fatihah sekalipun.Segala ayat dalam doa dan surah dibacakan tadi mempunyai maknanya tersendiri.Apabila dihayati dan difahami makna tersirat bagi setiap doa/surah yang dibaca, maka tidak mustahil solat kita akan menjadi lebih khusyuk.

~Solatlah seakan-akan solat yang dilakukan itu merupakan solat kita yang terakhir.Solatlah seakan-akan kita akan mati sebentar lagi.Dengan adanya perasaan seperti ini, insyaAllah kita tidak lalai dalam mengerjakan solat.

~Solatlah dengan pengharapan rahmat Allah moga-moga amalan dan ibadah kita diterima Allah SWT.

~Lahirkan rasa gerun kepada Allah SWT sebagai hambaNya yang sering melakukan kecuaian, dengan pengharapan kemaafan kita diterima.

~Sucikan diri setiap waktu, tidak kira dalaman atau luaran.Bersuci disini bukan hanya bersuci dari hadas kecil/besar.Antara lain yang perlu disucikan adalah dari segi pakaian, hati, sejadah, tempat solat dan tubuh badan.

~Pastikan rezeki yang kita dapati seharian adalah dari sumber yang halal.Rezeki yang diperoleh perlulah halal, kerana wang yang diperoleh untuk membeli makanan akan dimakan dan menjadi darah daging dalam tubuh badan kita.Jika ianya dari sumber yang was-was/haram, berkemungkinan solat kita akan menjadi tidak khusyuk dan sia-sia sahaja solat itu.

~Perlu yakin dalam solat, tidak boleh ada rasa was-was, berkemungkinan boleh membatalkan solat.Misalnya, kita berasa was-was dengan niat, pakaian dipakai, tempat solat dan tubuh badan sama ada sudah bersuci dari hadas kecil/besar.

~Jauhi diri daripada melakukan perbuatan keji & mungkar seperti berzina, mengumpat, mengadu domba, riak, berbohong dan sebagainya kerana perbuatan sebegini bukan hanya merosakkan akidah kita, malah membuatkan hati menjadi gelap dari cahaya Ilahi.

~Bertaubatlah tidak kira dari dosa kecil atau besar, kerana dengan bertaubat insyaAllah hati akan menjadi bersih dari noda-noda hitam yang kita calitkan sebelum ini.

Apa kelebihan solat yang khusyuk???

~Setelah memahami, menghayati doa & surah yang dibaca selalu, maka kita dapat terjemahkan dalam bentuk perbuatan atau tingkah laku dengan perkara yang baik-baik.Misalannya, jika dalam solat muslimah ditekankan dalam menutup aurat dengan cara yang betul, setelah selesai solat dikerjakan, cara kita berpakaian di luar solat perlu juga mengikut tuntutan yang diwajibkan.BUKAN HANYA DALAM SOLAT.

~Surah-surah atau ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca dalam solat dengan kefahaman dan apabila dijadikan bacaan harian dapat membantu sebagai perlindungan diri daripada niat buruk orang lain kepada kita, misalnya sihir.

~Solat yang khusyuk menjadikan diri kita lebih tenang, sabar dan berlapang dada kerana ibadah solat yang kita lakukan sudah tersemat didalam jiwa.

Banyak lagi perkara yang boleh dihuraikan disini berkenaan solat.Banyak lagi perkara berkenaan solat yang perlu kita pelajari dari sehari ke sehari.

Segala coretan ain disini adalah nota-nota yang ain catit sewaktu menghadiri usrah agama di surau berdekatan dan tidak kurang juga melalui program keagamaan yang disiarkan di stesyen televisyen negara kita.Bahan bacaan juga turut membantu menambahkan lagi ilmu ain berkenaan solat.

Makin ain fahami tentang solat, makin ain sedari bahawa masih banyak kekurangan diri ini berkenaan agama.Moga-moga diri ini diberikan kesempatan oleh Allah SWT mempelajari ilmu Allah sebelum melelapkan mata...amin.

Terima kasih juga kepada ustaz/ustazah yang menyampaikan ilmu Allah ini kepada umat Islam dengan caranya tersendiri:

# Ustaz Shamsir (Surau Bukit Punggur Alai Melaka)-13/4/11

# Ustazah DR. Amnah Bahari (Pensyarah Jab Usuluddin&Perbandingan Agama UIA)-Tanyalah Ustazah-15/4/11

# Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (buku Formula Solat Sempurna)-terbitan 2008

Wednesday, April 13, 2011

VIDEO KEGEMARAN

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian...tiada coretan kali ini..sekadar ingin berkongsi video kegemaran ain....












video ke-3 ini didapati dari http://hazazean.com






# selamat menonton!!!

Tuesday, April 12, 2011

NIQAB AND ME


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Syukur alhamdulillah diri ini masih diberikan kesempatan membuat coretan yang tidak seberapa ini.

Berniqab?

Bagi mereka yang merupakan kenalan rapat ain dan terlebih dahulu mengenali diri ain sebelum ini, pasti tahu ain gemar memakai tudung labuh & berjubah tapi tidak pula berniqab.Keinginan untuk berniqab mula hadir semenjak awal tahun ini, dan hasrat itu ain pendam selama ini.

Sebelum itu, ain sudah mengenali dan mempunyai seorang kenalan yang berniqab.Waktu tu dalam hati ini berkata-kata, "manisnya kakak ni berpurdah".Tapi waktu tu tak terdetik langsung untuk berniqab.

Pandangan suami?

Apabila ain menyatakan hasrat kepada suami untuk berpurdah, suami ain terus memberikan sokongan dan galakkan.Cuma suami ain sedikit risau dengan pandangan keluarga ain nanti.Maklumlah, ain dari keturunan nyonya hokkien, dan hanya ain seorang yang beragama Islam.Jika cara ain berpakaian dan bertudung dahulu pun sudah menimbulkan rasa tidak selesa dikalangan keluarga ain, inikan pula berpurdah.

Pandangan keluarga mertua?

Ain masih ingat lagi ada suatu ketika ain nyatakan hasrat untuk berpurdah kepada ibu mertua ain, inilah ain dengar, "purdah biasanya kat arab je, kalau kat sini nanti orang kata kita masuk Arqam(pertubuhan Islam suatu ketika dahulu)". Ain cuma tersenyum mendengar kata-katanya.Ain cuba menerangkan kepada ibu mertua ain sekadar ain mampu.Mungkin ibu mertua ain kurang faham, namun dia tidak pula melarang setelah ain terangkan hal berpurdah ini.

Pandangan keluarga ain sendiri

Sewaktu ain baru saja memeluk Islam, pernah ibu ain memberitahu bahawa dia tidak keberatan sekiranya ain ingin bertudung, tapi janganlah berpurdah.Ain faham keluarga ain pada waktu itu kurang faham kenapa ada sesetengah muslimah yang bertudung dan ada juga tidak.Alhamdulillah, semakin masa berlalu, semakin mereka faham kenapa ain bertudung dan untuk apa tudung itu sendiri.

Maksud ain adalah, sebelum ni ain tidak menutup aurat, setelah memeluk Islam, secara perlahan-lahan ain berubah cara berpakaian agar memenuhi tuntutan Islam, tuntutan daripada Allah. Malah, keluarga ain faham wanita Islam diwajibkan menutup aurat dengan betul, bukan sekadar tutup kepala, tetapi seharusnya berpakaian labuh dan longgar, serta bertudung labuh. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keluarga ain lebih faham walaupun mereka belum memilih Islam sebagai agamanya.

Ain juga harapkan perkara yang sama, moga keluarga ain memahami tujuan ain berniqab suatu hari nanti, insyaAllah.

Alasan Peribadi

Di ketika ain masih bekerja, seringkali kaum Adam cuba untuk merapatkan diri mereka semata-mata ingin berkenalan dengan diri ini, walaupun mereka tahu ain sudah bersuami dan bergelar isteri orang.Sering kali ain mengelak dan sebagai umatNya yang dambakan keredhaanNya, ain tidak terlepas dari ujian yang amat perit apabila dikenangkan kembali.

Kuasa Allah, akibat dugaan diberikan itulah yang membuatkan diri ain lebih peka siapa diri ain sebenarnya..untuk apa ain dilahirkan ke dunia ini.Dan ain tersedar bahawa tiada manusia yang sempurna dan tiada hambaNya yang terlepas dari ujian.

Ain berpegang pada kata-kata ini, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya jika seorang mukmin melakukan dosa, maka tertorehlah noda hitam dihatinya.Apabila ia bertaubat dan berhenti dari dosa itu dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya menjadi bersih dari noda tersebut...."

Allah S.W.T. berfirman:

"Sesungguhnya taubat disisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya;dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..".

Ust Hj Zaharuddin

"...Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah..."

Ain tidak bermaksud ain seorang yang cantik rupawan, namun kata-kata ustaz ini ada betulnya memandangkan keadaan masa kini.

Mimpi

Ain pernah didatangi mimpi yang tak mungkin akan ain lupakan hingga ke saat ini.Biarlah antara ain, suami, keluarga terdekat dan Allah sahaja tahu mimpi ain itu.Cuma hidayah dari mimpi itu agak jauh dari diri ini dan hanya ain temui semula maksudnya baru-baru ini.Alhamdulillah...=)

Sahabat Muslimah berniqab

Ain akui ain mempunyai beberapa kenalan yang berniqab, dan sebelum ain mula nekad untuk berpurdah, ain dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka.Banyak ain pelajari dan ain fahami, bukan mudah untuk berniqab kerana keadaan sekeliling akan memandang berlainan lebih dari dulu.Dan pastinya tekanan akan ada juga nanti.

Kenapa berniqab???

Ust Hj Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya:

Banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral...

~Ia juga salah satu cara ingatan buat diri ain yang sering diuji..


SECARA PERIBADI

Apapun pandangan dan sindiran diterima bagi muslimah yang baru berniqab atau baru saja berjinak-jinak berniqab seperti ain serta muslimah lain yang telah lama berniqab, sabarlah dengan segala dugaan atau ujian mahupun kata-kata yang akan didengar.Ingatlah, Allah menguji hambaNya sekadar yang hambaNya mampu.

Banyak lagi perkara harus ain perbaiki kerana berniqab tidak bermakna ain sudah sempurna.Tiada manusia yang sempurna.Hanya Allah SWT sahaja yang paling sempurna.

Berniqab atau tidak, apa yang penting setiap muslimah harus terus memperbaiki setiap tingkah laku, amal, perbuatan kita agar mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Kita semua makhluk yang diciptakan Allah SWT, dan yang membezakan kita adalah amalan masing-masing.Tiada yang lebih baik selain Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Antara adab memakai purdah (peringatan buat diri ain sendiri)

1. Ikhlas kerana Allah, bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau berasa diri lebih hebat daripada orang lain.

2. Niatkan untuk mencontohi sunnah (pakaian isteri-isteri Nabi)

3. Istiqamah apabila memakainya.Jangan dipakai mengikut sesuka hati.


# bertemu lagi di coretan akan datang...

Saturday, April 9, 2011

AKHLAK DALAM MAYA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semuanya dalam keadaan sihat selalu, amin.

Semalam ain menonton siaran Al-Kuliyah di TV3 yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 5 petang hingga 6 petang.Kali ini tajuk yang dibincangkan berkenaan 'Akhlak Dalam Maya' dan topik itu dikupas oleh seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus, yang pernah menjadi mentor dalam Imam Muda 2010 yang lalu.

Ain akan cuba rumuskan perkongsian beliau disini dengan harapan ilmu yang beliau cuba sampaikan dapat kita gunakan demi kebaikkan bersama.

Menurut Ustaz Syed Norhisyam, Islam amat menggalakkan pencarian ilmu dan tidak dinafikan zaman cyber kini semakin mendapat tempat dihati para pemuda-pemudi untuk mendapatkan ilmu.Menurut beliau, tiada salahnya menggunakan teknologi cyber dalam pencarian ilmu dan sebagainya asalkan ianya bermanfaat dan berguna buat pengguna itu sendiri.

Namun, harus diingat, adanya adab-adab yang harus diikuti sekiranya menggunakan internet sebagai medium mencari ilmu, bersosial, mahupun untuk tujuan perniagaan.Di sini ain akan kategorikan bagi memudahkan sahabat semua dan ain sendiri untuk membacanya sebagai ingatan dan panduan bersama.

PENCARIAN ILMU

Zaman internet semakin tersebar luas dengan kemunculan blog-blog Islamic dan laman-laman ilmiah berkaitan keagamaan yang banyak memberikan manfaat kepada pengguna.Tidak ketinggalan laman YouTube turut menyajikan tokoh-tokoh agama yang menyampaikan ceramah agama melalui media elektronik.

Misalnya, kita boleh dapati ceramah agama yang disampaikan melalui YouTube yang amat mudah untuk kita layari dimana sahaja.Bagi mereka yang sering memberikan alasan sibuk bekerja, maka sibukkanlah diri anda melayari video-video sebegini agar dapat menambahkan ilmu di dada.

Contoh ustaz yang menggunakan alam cyber sebagai medium berdakwah adalah seperti Ustaz Azhar Idrus dan seorang lagi ain ingin tambah disini adalah Ustaz Kazim Elias.Cara penyampaian kedua-dua ustaz ini amat berbeza, namun mempunyai daya tarikkannya tersendiri bagi memikat hati para pendengar.

Menurut Ustaz Syed Norhisyam, kita sebagai pengguna cyber harus berhati-hati apabila mendapatkan ilmu melalui internet terutamanya yang melibatkan hal ehwal agama.Pastikan ilmu agama yang kita dapati itu melalui sumber yang sahih dan diiktiraf penceramah terbabit dalam ilmu keagamaan.

Dilaman sosial Facebook misalnya, tidak kurang hebat perkongsian ilmu Islam dikalangan pengguna.Dapat kita lihat disini dalil-dalil atau hadis-hadis dikongsikan sesama rakan dengan niat untuk kebaikkan.Ustaz Syed mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan perkongsian sebegini dengan sentiasa memastikan kebenaran dalil-dalil itu agar tiada tokok tambah yang boleh merosakkan akidah umat Islam amnya.Pastikan dari mana sumber agama itu diperolehi kerana ada maklumat itu kelihatan seakan-akan benar, namun perlu diteliti terlebih dahulu.

PENULISAN DI BLOG / LAMAN SOSIAL

Laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Skype dan sebagainya adalah antara laman sosial yang semakin popular bukan sahaja kepada kaum remaja, malah kini orang dewasa juga semakin mencintai laman sosial sebegini.

Ustaz Syed menyatakan dalam sesebuah keluarga kini bukan hanya ibu bapa sahaja mempunyai laman sosialnya sendiri, malah perkara ini menjadi ikutan buat anak-anak.Apabila semua kaum keluarga menyibukkan diri di laman sosial masing-masing, maka timbullah jurang diantara ibu bapa dengan anak-anak dan tidak kurang juga wujudnya jurang yang besar diantara suami dan isteri.

Apabila perkara ini terjadi, berlakulah luahan perasaan di laman sosial dan tidak kurang juga mencari tempat untuk mengisi kekosongan dengan mencari pasangan atau teman sejiwa.Maka timbullah isu 'main kayu tiga', penceraian dan hubungan sulit terutamanya yang sudah bergelar suami atau isteri.

Ustaz Syed Norhisyam mengingatkan, setiap perbuatan kita itu akan dilihat oleh Allah dan malaikat akan mencatit amalan seharian kita yang akan disoal oleh Allah suatu hari nanti.Tidak kiralah dilaman sosial atau laman blog peribadi sekalipun, setiap apa yang kita luahkan, setiap apa yang kita catitkan, dan setiap apa yang kita kongsikan akan diperhatikan oleh Allah SWT.

Ustaz Syed juga menekankan sekali lagi bahawa kita semua perlulah menjaga adab dalam penulisan di alam maya, tidak kira di laman sosial ataupun blog peribadi, kerana setiap tulisan kita itu akan dicatit oleh malaikat dan akan diperhatikan oleh Allah SWT setiap perbuatan kita.

PERKONGSIAN GAMBAR

Tidak dinafikan, ain juga terjebak dalam hal ini, iaitu berkongsi gambar-gambar peribadi di laman sosial tanpa mengambil peduli kepada siapa ain pertontonkan gambar-gambar tersebut suatu ketika dahulu. Kini, ain lebih berhati-hati apabila ingin berkongsi gambar ke laman sosial kerana bimbang akan fitnah yang mungkin timbul.

Apapun, ain bersetuju dengan nasihat dan pandangan yang Ustaz Syed utarakan, iaitu kita sebagai umat Islam perlu menjaga adab dalam perkongsian gambar kepada rakan-rakan.Buat muslimah terutamanya, perlu lebih peka dalam hal ini.Adakala gambar yang diambil terlalu fokus pada bahagian tertentu yang adakala boleh menimbulkan keresahan buat kaum lelaki.

Beliau turut mengingatkan, bagi muslimah yang telah berubah kepada menutup aurat sekalipun, seelok-eloknya menghapuskan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat kerana dengan menonjolkan penampilan dahulu berbanding sekarang juga masih lagi berdosa.Adalah lebih baik gambar-gambar itu disimpan sebagai koleksi peribadi.

Ingatlah, Allah melihat apa yang kita lakukan.

PROMOSI BISNES

Ramai dikalangan kita termasuk ain sendiri, menjadikan internet sebagai salah satu cara promosi perniagaan tanpa memerlukan kos yang tinggi.Beliau mengingatkan agar para peniaga yang menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan mendapatkan pelanggan baru, agar menjaga adab dalam perniagaan mengikut Islam.

Pastikan barangan yang ingin dijual adalah berkualiti dan apabila sampai kepada pembeli adalah sama seperti yang dijanjikan.Peniaga perlu jujur dengan barangan yang ingin diniagakan agar memuaskan hati pembeli.

Bagi pembeli pula, haruslah memastikan kewujudan perniagaan tersebut agar tidak tertipu dan tidak mudah membeli mengikut nafsu semata-mata.Periksalah dahulu sebelum mebuat bayaran.

Buat peniaga yang tidak jujur, ingatlah pembalasan daripada Allah!


Kesimpulannya di sini, alam maya harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan berdakwah, bisnes dan mencari ilmu yang bermanfaat.

Jagalah adab seperti yang telah disebutkan tadi dan sentiasalah ingat Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri, tingkah laku dan perbuatan kita.

# moga perkongsian ini bermanfaat untuk diri ain sendiri dan rakan-rakan yang lain, insyaAllah...amin..

Thursday, April 7, 2011

PURDAH SARA BOKKER


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Rasanya begitu lama ain tidak membuat coretan di sini.Maafkan ain andai ada diantara sahabat setia blog NUR menantikan tulisan ain di sini.

Ingin rasanya ain kongsikan di sini sebuah artikel yang pernah ain baca suatu ketika dahulu disalah satu blog kegemaran ain iaitu,

http://hazazean.com/2011/01/28/terapi-pagi-jumaat-purdah-sara-bokker/ atau http://hazazean.com

PENTAS peragaan pakaian, gemerlapan dunia lakonan, jurulatih kesihatan serta aktivis hak asasi merupakan senario kerjaya wanita bernama Sara Bokker. Apatah lagi dia pernah tinggal di Florida dan di pantai Selatan Miami, antara lokasi paling popular untuk mencari kehidupan glamor. Pastinyalah, kehidupan alam remaja yang dilalui Sara dahulu banyak berfokus kepada kehidupan tanpa bantasan akhlak dan agama. Lebih-lebih lagi dalam aspek penampilan seksi dan rupa paras yang cantik menjamin kelangsungan hidup di mata masyarakat dan pemantapan kerjaya masa depan.

Malah Sara adalah antara ratusan mahupun ribuan pengunjung setia pantai peranginan itu yang ‘gemar mempamerkan tubuh’ serta kononnya berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Setelah bertahun-tahun bergelumang dalam dunia yang serba-serbinya mementingkan penampilan luaran, menyebabkan Sara rasa terkongkong dalam dunia yang dipujanya selama ini.

Hakikatnya, rutin kehidupan sedemikian tidak membawa kepuasan sejati kepada Sara, terutamanya yang menyentuh aspek kerohanian.

Lantaran itu, Sara mulai mengalihkan kegiatannya dari pesta ke pesta dan alkohol kepada bermeditasi, mengikuti aktiviti sosial dan mempelajari pelbagai agama lain sebagai satu escapism.

Sehinggalah apabila dunia dikejutkan dengan serangan 11 September 2001, Islam tiba-tiba muncul terutamanya di kalangan Barat yang bukan beragama Islam.

“Itulah detik pertama saya mengenali agama Islam. Sebelum ini, gambaran saya tentang Islam ialah wanita berkelubung, agama yang menafikan serta menganiayai hak wanita, berpoligami serta Islam adalah agama yang terkenal sebagai pengganas serta cenderung kepada keganasan. Ditambah pada ketika itu saya dikira seorang aktivis hak asasi manusia.

“Perasaan ingin tahu di sebalik Islam inilah yang membawa saya kepada kitab al-Quran. Melihat pada kulit depannya sahaja saya sudah tertarik.

“Apabila membacanya pula, hati saya menjadi tersentuh kerana isinya membawa kita rapat kepada Pencipta, lebih memahami persoalan tentang kejadian alam sekitar ini dan segala aspek dalam kehidupan,” kata Sara yang terkesan dengan agama yang tidak memerlukan perantara, tidak seperti agamanya sebelum ini.

Ketenangan yang diperoleh menerusi al-Quran memberikan keyakinan kepada Sara untuk menjadikan Islam agama kepercayaannya. Setahun kemudian, Sara bukan sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka Muslim pilihan hati tetapi paling ketara bagi diri Sara ialah penampilan dirinya yang dikira berubah 360 darjah.

“Kalau sebelum ini saya lebih suka dan serasi dengan berseluar pendek, berbikini dan bergaya dengan pakaian Barat yang berkelas. Kini tidak lagi. Saya lebih tenang dan selesa bila mengenakan jubah dan tudung kepala sebagaimana wanita-wanita Muslim berbusana Muslimah.;

“Orang yang saya temui tetap sama tetapi untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya benar-benar menjadi seorang wanita Muslimah. Malahan saya tidak lagi terkongkong dengan minda masyarakat moden ketika itu. Inilah kebebasan yang saya cari-cari selama ini,” cerita Sara akan pengalaman pertamanya berjilbab di khalayak ramai.

Beberapa lama mengenakan jilbab, hati Sara teringin untuk mengenakan niqab (pakaian Muslimah lengkap dengan purdahnya). Pernah juga dia mengajukan keinginannya itu kepada suami. Namun balas suaminya, menutup aurat itu satu kemestian kepada wanita Islam tetapi sebaliknya bagi berpurdah.

Pun demikian, hampir setahun setengah kemudiannya, Sara akhirnya mengenakan niqab dengan alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan terbaik hanya untuk Allah SWT.

Sayangnya, penampilan barunya itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia di media massa.

Mereka mengatakan bahawa niqab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita, halangan bagi integrasi sosial dan paling memedihkan, berniqab dikatakan sebagai petanda kemunduran dan terkebelakang.

“Saya melihat kenyataan-kenyataan di atas ini sebagai kata-kata orang munafik.

“Natijahnya sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Maghribi dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Eropah.

“Sehingga kini, saya tetap seorang aktivis wanita tetapi seorang aktivis wanita Muslimah, yang menyeru kepada para Muslimah untuk tetap menunaikan tanggung jawabnya dan memberikan sokongan penuh pada suami-suami mereka agar menjadi seorang Muslim yang baik. Membesar dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang berkualiti sehingga mereka boleh menjadi insan berguna bagi seluruh umat manusia.

“Di samping itu, saya menyeru kaum wanita untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran serta menyebarkan kebaikan dan menentang kebatilan.

“Yang pastinya, saya tidak berhenti setakat diri ini menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam,” tegas Sara.

Tambah beliau, sebagai seorang bekas bukan Islam, dia bertekad menjelaskan kepada wanita lain akan hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi ke atas dirinya sendiri.

Sumber: AKI

# selamat membaca dan semoga artikel ini dapat memberikan banyak pengertian dan pengajaran buat kita semua...berjumpa lagi di coretan akan datang...:)

Saturday, April 2, 2011

RATAPAN

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semua dalam keadaan sihat selalu.

Kali ini ingin rasanya ain kongsikan tulisan buku ain baca dan pernah ain kongsikan satu ketika dulu.Buku ini nampak ringan, tapi menjadi semakin berat apabila membacanya, lebih-lebih lagi ain masih kurang tahu ilmu tentang kematian.Namun buku ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan panduan buat ain yang juga akan mengalami alam kematian, alam kubur.

Bagi sahabat yang ingin membaca blog ain yang lepas berkenaan buku ini, rujuk Label Mati.

Semoga apa ain kongsikan ini dapat memberikan pengajaran buat kita bersama.



Dikisahkan oleh al-Haitami dalam kitab al-Zawajir.Soleh al-Mazani berkata,

"Aku tidur di kubur pada malam Jumaat.Lalu, aku bermimpi, orang yang mati keluar dari kubur masing-masing, membentuk sebuah bulatan dan mangkuk tertutup turun di atas mereka.Di tengah-tengah mereka ada pemuda yang sedang diseksa.Aku menghampirinya dan bertanya pada pemuda itu, 'Mengapa kamu disiksa?' Dia menjawab, 'Aku memiliki ibu yang selalu meratapiku dan aku diseksa kerana perkara itu sedangkan Allah tidak memberikan balasan ratapan itu dengan keampunan.' Dia menangis dan meminta tolong padaku supaya memberitahu ibunya akan perihal itu agar ibunya menghentikan ratapannya.

"Ketika aku menemui ibunya, kelihatan pada wajahnya noda hitam kesan tamparan dan tangisan.Setelah aku menceritakan kejadian itu, maka dia segera bertaubat dan menghentikan ratapannya, lantas memberikan kepadaku beberapa dirham untuk disedekahkan untuknya.Setelah wang itu aku sedekahkan, aku pun kembali tidur ke kubur dan tidur sebagaimana biasanya.Dan dalam tidur, aku bermimpi semula tentang pemuda itu.Dia berkata, 'Allah telah menjawabmu dengan kebaikkan untukku.Allah menghilangkan siksa atasku dan sedekah itu telah sampai kepadaku.Maka, berikanlah khabar ini kepada ibuku.' Ketika aku bangun, aku menuju ke tempat ibunya, namun aku dapati dia telah meninggal dunia- semoga dia dalam keadaan husnul khatimah serta mendapat keampunan dari Allah.Ketika sedang disolatkan, aku turut mensolatkannya dan dia dikebumikan berhampiran dengan kubur anaknya."

Tiada salahnya menangisi orang yang kita sayangi, namun perlulah berpada-pada.Kita yang masih hidup ini teruskan beramal dan selalulah berdoa buat roh si mati agar terlepas atau diringankan dari siksa kubur.Setiap sedekah atau doa yang kita berikan buat roh si mati akan didengar dan insyaAllah, akan memberikan ketenangan buatnya di alam kubur, sementara menunggu hari dibangkitkan semula.

# tajuk buku = SAKRATUL MAUT
# TULISAN = DENI SUTAN BAHTIAR
# HARGA = RM 14 SAHAJA

selamat membaca!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR