Thursday, June 30, 2011

KISAH TUJUH PEREMPUAN...


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Apa khabar sahabat semua?Ain harapkan hari-hari sahabat sentiasa ceria dan tenang selalu hendaknya.

Di sini ain ingin berkongsi kisah tulisan seorang muslimah yang menggunakan nama penanya Mak Teh CT.

Selamat Membaca!!!

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.....

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:


“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Buat Mak Teh CT, terima kasih di atas kisah ini...

Wednesday, June 22, 2011

HIKMAH MENUTUP AURAT


(gambar ehsan dari Google)

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga sahabat semua sentiasa dipermudahkan dalam urusan harian dan dirahmati Allah SWT selalu, amin.

Aurat dalam istilah bahasa, "keji" , "Keaiban".
Aurat dalam istilah Arab, "kurang", "jelek", "buruk" atau , "malu".


Menutup aurat maksudnya menutupi bahagian tertentu anggota tubuh daripada pandangan manusia, jin dan malaikat.Menutup aurat juga bermaksud melindungi bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia daripada diperlihatkan kepada orang ajnabi kerana perbuatan mendedahkannya adalah suatu yang mengaibkan disisi agama Islam.Menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim tidak kira lelaki atau wanita.

Sebagai umat Islam, kita wajib patuh dan taat atas perintah agama yang telah tertulis di dalam Al Quran itu sendiri dengan penuh rasa tanggungjawab serta amanah.

Memang benar Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.Memang benar Islam bukan agama paksaan.Allah SWT memberikan kebebasan kepada manusia di muka bumi ini untuk membuat perkara yang diingini.Namun, harus diingat kita juga dipertanggungjawabkan di atas kebebasan yang diberikan.Jangan disalah gunakan kebebasan yang telah Allah berikan pada kita dengan sesuka hati dan mengikut nafsu sendiri.

Apa hikmah diperoleh jika seseorang itu menutup aurat dengan sempurna semata-mata kerana Allah SWT?

# jiwa semakin tenang dan tidak risau akan hal duniawi.

# cahaya (nur) keimanan akan mudah meresap dalam hati seorang mukmin.

# seseorang yang menjaga auratnya dengan sesempurna mungkin, akan terlindung daripada fitnah manusia.

# secara automatik diri seseorang itu akan berusaha mendekatkan diri mendalami ilmu Allah sekiranya niatnya ikhlas kerana Allah SWT.

# seseorang itu akan berusaha sedaya mungkin menghindarkan perkara terlarang dan dimurkai.

# cintanya kepada Allah membuatkannya bersabar dengan dugaan diberi kerana mengharapkan kasih sayang daripada NYA semata-mata.

# dirinya akan dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan sering saling ingat-mengingati diantara satu sama lain.

# menjaga aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam, dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu."

# menutup aurat dengan sempurna merupakan salah satu cara berdakwah secara langsung dengan masyarakat tanpa kita sedari, dengan niat berjihad kerana Allah SWT.

# memberikan pandangan yang elok bagi yang bukan Islam agar tertarik untuk mengenal agama Allah ini, insyaAllah.

# diri akan lebih berwaspada dengan setiap tutur kata yang ingin diucapkan, perbuatan dan tingkah laku dalam masyarakat, insyaAllah.

Coretan ain ini amatlah ringkas dan ain pasti ada banyak lagi hikmah tersembunyi yang kita sedar atau tidak kita sedari.Sebarang kekurangan harap dimaafkan.Ain juga alu-alukan pandangan dan nasihat daripada sahabat semua.Terima kasih!

Thursday, June 16, 2011

RAHSIA MATA LELAKI


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Marilah kita renungkan bersama.

Bismillahirahmannirrahim...

Rahsia Mata Lelaki..

Malam pasangannya siang.. Jaga pasangannya tidur..Rajin pasangannya malas.. Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.. Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman... Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya..

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu..

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.. Seperti firman Allah,

”Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluan mu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga… Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^

Wallahu'alam


Nurkilan daripada seorang sahabat Ibu Nora.Terima kasih.

Monday, June 13, 2011

ILMU HARUS DISAMPAIKAN


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Di sini ain ingin kongsikan ilmu ain terima daripada seorang sahabat...

Bismillahirahmannirrahim...

Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak boleh berdakwah kepada orang lain kerana pengetahuan aku sangat cetek tentang Islam.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu? Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW,

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.”[HR Tirmidzi dan Ibnu Umar]


Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapatkan ilmu dari khutbah Jumaat, sampaikanlah pula kepada orang lain. Jika menghadiri pengajian majlis taklim, datangilah sanak saudara lalu ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut.. Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata,

“Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.”

biasanya orang muda mungkin mengajukan alasan yang lain, “Aku belum lama pakai tudung/belajar agama dan masih banyak dosa yang menghalang aku untuk berdakwah kepada teman-temanku.”.. Sekali lagi jangan jadikan dosa kita sebagai penghalang untuk berdakwah.

Allah SWT berfirman,..“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri (kewajibanmu sendiri). "
[Al Baqarah : 44]


Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Akan tetapi bilakah waktunya berdakwah menjadi haram? iaitu ketika kita menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya. Sebagai contoh, seseorang belum boleh ghaddul bashar (menundukkan pandangannya) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Apakah harus melarangnya atau tidak? Tentu sahaja harus melarangnya. Katakan kepada orang itu, “Hai Fulan, tundukkan pandanganmu”, dan katakan kepada diri anda sendiri, “Ya Allah, saksikanlah, mulai saat ini aku akan menjaga pandanganku.”

Berdakwah sesungguhnya membantu kita dalam memperbaiki diri kita sendiri. kita yang lebih dahulu mengambil manfaat darinya. Oleh kerana, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali baru.. Imam Ibnu Taimiyah berkata,

“jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu dihadapkan kepada dua pilihan. Boleh jadi suatu hari nanti ia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahawa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya ia telah atau ia akan menemui ajalnya sementara imannya belum juga sempurna.”

Berdakwahlah dengan keimanan kita dengan seadanya.. Menyebarkan Islam adalah tanggungjawab kita semua.

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri” [Ar Ra’d: 11]


Islam tidak akan tampil memimpin dengan pedang, senjata dan perang. Islam hanya akan berjaya dengan apa yang telah Rasulullah SAW rintiskan. Rasulluallah dahulunya seorang diri di muka bumi kemudian mencari pendamping baginda. Mulailah Rasulullah SAW melaksanakan dakwah kepada Abu Bakar ra. Mereka berdua telah muncul dan teguh di tengah-tengah msayarakat kafir ketika itu..
Permasalahannya mudah dan sederhana. Ajaklah dengan penuh berhikmah orang disamping kita dengan keimanan yang kita seadanya!

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh (diantara kamu) bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.” [An Nur : 55]


.. Wallahu'alam ...

Terima kasih kepada Ibu Nora seorang sahabat ain kenali di alam maya ini, yang mempunyai perjuangannya sendiri dalam Islam.Artikel yang beliau kongsikan ini amat bermakna buat diri ain kerana ain juga berpendapat tanggungjawab menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab semua orang Islam.Jika ingin tunggu bergelar ustaz/ustazah atau jika perlu dapatkan segulung ijazah baru ingin berdakwah, maka tiada siapa peduli jika ada yang melakukan kemungkaran di depan mata.

Apapun dalam menyampaikan ilmu juga perlu berhati-hati kerana kita akan dipersoalkan kelak jika ilmu agama yang disampaikan itu bertentangan dengan apa yang disampaikan dalam Al Quran dan juga boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar dan membawa padah...

Saturday, June 11, 2011

USAH DIPERSOALKAN


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Agak lama ain tidak mencatit apa-apa disini.Sekadar berkongsi bahan bacaan daripada yang lain.Diharapkan ianya banyak membantu.

Dalam fikiran ini ingin bercerita tentang USAH DIPERSOALKAN.Emm..kenapa ain pilih tajuk ini dan berkenaan apa ye?Apapun ain coretkan disini hanyalah pandangan peribadi ain sebagai seorang Chinese Muslim.

Selama ain mengenali Islam, sejak ain mengucap 2Kalimah Syahadah, bermacam soalan dan persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak.Soalan yang biasa ain terima dan ain pasti mereka yang tidak dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi menerima hidayah setelah dewasa juga mendapat persoalan yang sama.

"U dah kahwin? Suami/isteri melayu ke? kahwin baru masuk Islam ye? apasal u masuk melayu? Dah berapa tahun masuk Islam..oh..kahwin melayu patutlah..."

Jika anda dalam keadaan kami, dipersoalkan sedemikian, apakah yang anda rasa? Marah? Sedih? Terhina? Atau semakin jauh hati? Rendah diri?

Ini bukanlah caranya kita sebagai orang Islam menunjukkan adab/peribadi seorang muslim yang baik.Ia ibarat anda ego atau bangga dilahirkan Islam, namun anda mungkin tidak sedar atau tanpa sedar, anda tidak amalkan Islam dalam kehidupan seharian.Maaf jika cara ain tuliskan ini agak kasar.

Baru-baru ini ain terlibat dengan topik perbincangan mengenai seseorang non muslim yang berhasrat memeluk Islam, tetapi menunggu jodoh/pasangan yang beragama Islam, barulah beliau ingin memilih Islam.Memang pendapat mereka ada benarnya bahawa niatnya itu salah, namun janganlah diperkatakan sedemikian rupa(tidak perlu ain nyatakan disini).

Sekarang letakkan diri kita berada disamping seseorang itu yang telah secara terangan berterus terang untuk memeluk Islam, tetapi kita merasakan niatnya itu salah.Maka, apa yang harus kita buat?Bercakap di belakang tabir?Membiarkannya dengan dunianya, dan mengatakan biarlah Allah beri hidayah, kita hanya mampu berdoa..begitu?

Sungguh sedih dan kecewa ain rasakan bagi mereka yang berpendapat sedemikian.Memang benar, doa itu senjata mustajab bagi orang Islam yang beriman kepadaNYA.Namun, soal diri sendiri apa yang boleh saya/anda/kita lakukan bagi individu yang menyatakan hasrat, namun berkemungkinan niatnya itu salah atau disalah ertikan.

Secara peribadi ini pendapat ain.Mereka yang berhasrat atau berkeinginan mengenali Islam ini sebenarnya jiwanya masih kosong dan amat-amat memerlukan bimbingan dan perhatian.Sudah menjadi trend masa kini masuk Islam kerana nak kahwin.Amat sakit untuk ain coretkan ayat itu, tapi ada perkara ain harapkan anda dan ain sendiri berikan perhatian.

Kumpulan pertama, seseorang itu telah memeluk Islam bukan kerana ingin berkahwin.Kumpulan ini memilih Islam kerana yakin dan percaya bahawa Islam agama yang terbaik dari yang lain.Kumpulan kedua, seperti ain coretkan di awal tadi.Seseorang itu memeluk Islam kerana ingin berkahwin.

Tak perlulah nak membandingkan mana-mana kumpulan.Di sini ain ingin nyatakan bahawa, kita, yang meyakini Islam dengan seikhlas hati, kita, yang percaya & yakin kewujudan Allah SWT ini, kita, yang diberikan hidayah oleh Allah SWT inilah yang harus BANGKIT membantu kedua-dua golongan sebegini.

Apa yang nak dibantu? Benar, hidayah itu pemberian daripada Yang Maha Kuasa.Namun, kita yang berada disekeliling kumpulan ini harus bantu.Dekatkan diri kita dengan mereka.Berikan teladan yang baik misalnya dari segi percakapan, tingkah laku, cara kita berpakaian, dirikanlah solat seperti yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam.Tidakkah anda nampak dengan menunjukkan perilaku yang baik ini, kita sebenarnya mendidik diri sendiri.Mereka sebenarnya banyak memerhati daripada bertanya.Jika adab yang tidak elok ditunjukkan, bagaimana mereka ingin fahami dengan baik agama kita ini?

Jika kita berada dekat dengan individu yang kita ketahui ingin memeluk Islam, bantulah mereka dengan mengajaknya ke majlis-majlis ilmu, bawa berjumpa dengan mereka yang lebih tahu lagi ilmu agama, hadiahkan buku-buku agama sebagai perangsang sekiranya mampu.Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan mereka berasa dekat dengan agama kita dan tidak malu untuk bertanya.Usahakan selagi mampu membantu mereka memahami Islam dan mengenal Allah.Selain dari itu , kita serahkan pada Allah SWT untuk memberikan hidayah buat insan sebegini.

Janganlah kita menilai seseorang itu dari luaran, kerana luaran tidak sama dengan dalaman, siapa kita untuk mempersoalkan apa sebab & kenapa seseorang itu melakukan sesuatu perkara.Sebelum dok sibuk pasal orang kita sibuk la cari kelemahan sendiri.Kita tidak layak untuk menilai diri seseorang, hanya ALLAH sahaja yang layak, kerana ALLAH lebih mengetahui setiap isi hati hamba2nya.(kata-kata daripada seorang sahabat, Nor Azita Idris)

Wednesday, June 8, 2011

KHUSYUK DALAM SOLAT


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Moga semuanya dalam keadaan sihat selalu, amin.

Semalam ain terbaca artikel tulisan Ustaz Ramli Joned berkenaan Khusyuk Dalam Solat.Maka, ingin rasanya ain kongsikan apa ain baca ini bersama sahabat semua.

Selamat membaca.

KHUSYUK dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238]


Ketahuilah, solat adalah ibadah yang pertama yang akan dihisab di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”... Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“.


Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya bersih, dan datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya. Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi, menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) terhadap Allah s.w.t., dan rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah di mesjid atau di surau..

12. Mengambil wuduk dengan sempurna, yg wajib wudhu' dan sunat wudhu'...

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan anggota2 lain... Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayyidina Ali r.a. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayyidina Umar Al Khattab r.a. pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Tuesday, June 7, 2011

PERINGATAN...


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.Di sini ain ingin kongsikan petikan yang ain perolehi daripada seorang sahabat yang memetik petikan ini di Radio IKIM.

perINGATAN BUAT YANG TIDAK TAHU DAN MASIH RAGU...MENAMBAH KEKUATAN DAN HUJAH UNTUK YANG SUDAH YAKIN

Jangan cabar Allah dengan kata-kata sebegini:

"Saya akan memakai tudung apabila saya berkahwin dan suami meminta saya memakai tudung."

Bukankah menutup aurat itu adalah wajib tanpa bersyarat?
mengapa manusia pulak yang menentukan syarat untuk dirinya memakai tudung.

Ingatlah Allah tak rugi sedikitpun jika manusia tak menurut peraturan atau perentahNya. Kalau ikut pun Allah tak akan dapat faedahnya. Yang akan rugi atau mendapat faedah ialah manusia itu sendiri.

Allah boleh bertindak balas atas cabaran manusia, jika Dia mahu. Itu adalah pilihanNya. Yang tak ada pilihan ialah manusia kerana manusia adalah hambaNya. Kalau manusia memilih mengikut arahan Allah dialah yang akan beruntung. Sebaliknya jika manusia menentang arahan kehendak Allah dapatlah padahnya nanti, yakinlah.

Janganlah manusia menguji Allah. Biarlah Allah yang menguji kita!

Semuga selamatlah kita semua dari unsur2 yang bebentuk mencabar Allah..Nauzubillah!!

Monday, June 6, 2011

MENINGGALKAN YANG HARAM MAKA KELUARLAH AROMA MINYAK KESTURI DARI BADANNYA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain semua.

Kali ini ain ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh seorang rakan ain.Agak panjang tapi tidak rugi membacanya.

Selamat Membaca!


Ada seorang pemuda yang perkerjaannya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain-kain dagangannya dan berkeliling dari rumah ke rumah. Kain dagangan pemuda ini dikenal dengan nama "Faraqna" oleh orang-orang. Walaupun pekerjaannya sebagai pedagang, tetapi pemuda ini sa-ngat tampan dan bertubuh tegap, setiap orang yang melihat pasti menyenanginya.

Pada suatu hari, saat dia berkeliling melewati jalan-jalan besar, gang-gang kecil dan rumah-rumah penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya: "faraqna-faraqna", tiba-tiba ada seorang wanita yang melihatnya. Si wanita itu memanggil dan dia pun menghampirinya. Dia dipersila-kan masuk ke dalam rumah. Di sini si wanita terpesona melihat ketampanannya dan tumbuhlah rasa cinta yang begitu besar dalam hatinya. Lalu si wanita ini berkata: "Aku memanggilmu tidak

untuk membeli daganganmu., tetapi aku memanggilmu karena kecintaanku kepadamu. Dan di rumah ini sekarang sedang kosong." Selanjutnya, si wanita ini membujuk dan merayunya agar mau berbuat 'sesuatu' dengan dirinya. Pemuda itu menolak, bahkan dia mengingatkan si wanita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menakut-nakutinya dengan azab yang pedih di sisiNya. Tetapi sayang, nasihat itu tidak membuahkan hasil apa-apa, bahkan sebaliknya, si wanita menjadi tambah ber-hasrat. Dan memang biasa, orang itu senang dan penasaran dengan hal-hal yang dilarang... Akhirnya, karena si pemu-da ini tidak mau melakukan yang haram, si wanita malah mengancam, katanya: "Bila engkau tidak mau menuruti perintahku, aku akan berteriak kepada semua orang dan aku akan katakan kepada mereka, bahwa engkau telah masuk ke dalam rumahku dan ingin merenggut kesucianku. Dan mereka akan mempercayaiku karena engkau telah berada dalam rumahku, dan sama sekali mereka tidak akan mencurigaiku." Setelah si pemuda itu melihat betapa si wanita itu terlalu memaksanya untuk mengikuti keinginan-nya berbuat dosa, akhirnya dia berkata: "Baiklah, tapi apakah engkau mengizinkan aku untuk ke kamar mandi agar bisa membersihkan diri dulu?" Betapa gembiranya si wanita mendengar jawaban ini, dia mengira bahwa ke-inginannya sebentar lagi akan terpenuhi. Dengan penuh semangat dia menjawab: "Bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hatiku, ini adalah sebuah ide yang bagus.

Kemudian masuklah si pemuda ke kamar mandi, semen-tara tubuhnya gemetar karena takut dirinya terjerumus dalam kubangan maksiat. Sebab, wanita itu adalah perang-kap syaitan dan tidak ada seorang laki-laki yang menyendiri bersama seorang wanita kecuali syaitan akan menjadi pihak ketiga. "Ya Alah, apa yang harus aku perbuat. Berilah aku petunjukMu, wahai Dzat yang dapat memberi petunjuk bagi orang-orang yang kebingungan." Tiba-tiba, timbullah ide dalam benaknya. "Aku tahu benar, bahwa termasuk salah satu kelompok yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tidak ada naungan saat itu kecuali naunganNya adalah seorang laki-laki yang diajak berbuat mesum oleh wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata: 'Aku takut kepada Allah.' Dan aku yakin bahwa orang yang meninggalkan sesuatu karena takut kepadaNya, pasti akan mendapat ganti yang lebih baik... dan seringkali satu keinginan syahwat itu akan melahirkan penyesalan seumur hidup... Apa yang akan aku dapatkan dari perbuatan maksiat ini selain Allah akan mengangkat cahaya dan nikmatnya iman dari hatiku... Tidak... tidak ... Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram... Tetapi, apa yang harus aku kerjakan. Apakah aku harus melemparkan diri dari jendela ini? Tidak bisa, jendela itu tertutup rapat dan sulit dibuka. Kalau begitu, aku akan mengolesi tubuhku dengan kotoran-kotoran yang ada di WC ini, dengan harapan, bila nanti dia melihatku dalam keadaan begini, dia akan jijik dan akan membiarkanku pergi." Ternyata memang benar, ide yang terakhir ini yang dia jalankan. Dia mulai mengolesi tubuhnya dengan kotoran-kotoran yang ada di situ. Memang menjijikkan. Setelah itu dia menangis dan berkata: "Ya Rabbi, hai Tuhanku, perasaan takutku kepadaMu itulah yang mendorongku melakukan hal ini. Oleh karena itu, karuniakan untukku 'kebaikan' sebagai gantinya." Kemudian dia keluar dari kamar mandi, tatkala melihatnya dalam keadaan demikian, si wanita itu berteriak: "Keluar kau, hai orang gila!" Dia pun cepat-cepat keluar dengan perasaan takut diketahui orang-orang, jika mereka tahu, pasti akan berkomentar macam-macam tentang dirinya. Dia mengambil barang-barang dagangannya kemudian pergi berlalu, sementara orang-orang yang di jalan tertawa melihatnya. Akhirnya dia tiba di rumahnya, di situ dia bernafas lega. Lalu menanggalkan pakaiannya, masuk kamar mandi dan mandi membersihkan tubuhnya dengan sebersih-bersihnya.


Kemudian apa yang terjadi? Adakah Allah akan mem-biarkan hamba dan waliNya begitu saja? Tidak... Ternyata, ketika dia keluar dari kamar mandi, Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan untuknya sebuah karunia yang besar, yang tetap melekat di tubuhnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai setelah dia meninggal. Allah telah memberikan untuknya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium aroma tersebut dari jarak beberapa meter. Sampai akhirnya dia mendapat julukan "al-miski" (yang harum seperti kasturi). Subhanallah, memang benar, Allah telah memberikan untuknya sebagai ganti dari bau kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangi yang dapat tercium sepanjang masa. Ketika pemuda ini meninggal dan diku-burkan, mereka tulis di atas kuburannya "Ini kuburan Al-Misky", dan banyak orang yang menziarahinya.

Demikianlah, Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membiarkan hambaNya yang shalih begitu saja, tapi Allah Subhanahu wa Ta'ala akan selalu membelanya, Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa membela orang-orang yang beriman, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam hadits QudsiNya:
"Bila dia (hamba) memohon kepadaKu, pasti akan Aku beri. Mana orang-orang yang ingin memohon?!"

Pembaca yang budiman!
"Setiap sesuatu yang engkau tinggalkan, pasti ada ganti-nya. Begitu pula larangan yang datang dari Allah, bila engkau tinggalkan, akan ada ganjaran sebagai pengganti-nya."
Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan ganti yang besar untuk sebuah pengorbanan yang kecil. Allahu Akbar.
Manakah orang-orang yang mau meninggalkan maksiat dan taat kepada Allah sehingga mereka berhak mendapat-kan ganti yang besar untuk pengorbanan kecil yang mereka berikan??
Tidakkah mereka mau menyambut seruan Allah, seruan Rasulullah dan seruan fitrah yang suci?!


TERIMA KASIH kepada kak Siti Eishah Abu Zarim yang sudi berkongsi kisah ini.

Friday, June 3, 2011

JANGANLAH LEKA


Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain semua.

Di ketika ain membuat coretan ini, ain sedang menahan kesakitan.Diharapkan kesakitan ini akan hilang sewaktu ain sibukkan diri di hadapan laptop ini.

Tidak banyak aktiviti dapat ain buat hari ini, sekadar berbaring, menonton televisyen, sibukkan diri di laptop kembali melayan jawapan daripada pelanggan online.

Ain masih ingat kuliah ain dengari satu ketika dahulu bahawa sakit itu penghapus bagi dosa-dosa kecil.Maka, tidak perlulah ain mengeluh.Moga semakin masa berlalu, sakit ini berkurangan.InsyaAllah.

Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu ain masih bertugas sebagai seorang jururawat.Setiap hari dan setiap detik, pelbagai ragam pesakit dengan penyakit yang berlainan harus ain hadapi.

Adakala hati menjadi sedih melihat kesakitan yang para pesakit perlu tanggung, lebih-lebih lagi ain bekerja di hospital swasta.Maka, sering ain lihat kewangan menjadi beban bagi sesetengah pesakit.Kebanyakkannya terpaksa menghentikan rawatan apabila bil rawatan meningkat setiap hari.

Apapun itu bukanlah topik ain ingin bincangkan disini.Cuma berapa ramai diantara kita bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita selama ini? Adakah kita menghargai nikmat kesihatan ini dengan melakukan perkara berfaedah dan memanfaatkannya sebaik mungkin sebelum datangnya sakit?

Bersyukurlah bagi kita yang masih diberikan umur dan kesihatan yang baik ini menggunakannya dengan sebaik mungkin dengan perkara-perkara bermanfaat.Janganlah apabila kita sudah terlantar sakit barulah ingin sesali perbuatan atau tindakkan yang lalu.

# Jika kita masih leka menunaikan solat, MULAKANLAH SEKARANG! Jangan tunggu lagi.Lakukanlah solat dengan penuh rasa bertanggunjawab dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

# Jika masih cuai dalam berpakaian teruatamanya wanita muslimah, TUTUPLAH AURATMU sebelum kain kapan putih menyelimuti tubuhmu itu.Ubahlah cara berpakaian wahai muslimah sekalian agar tidak menyerupai orang kafir!

# Jika bersikap biadap pada mereka yang lebih berusia, MINTALAH AMPUN MAAF dan berjanji pada diri sendiri, juga pada Allah kita takkan ulanginya lagi.

# Jika kita bersikap tidak bertanggungjawab dalam amanah yang diberikan, ingatlah kata-kata ini, "KERJA ITU IBADAT" dan "ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT".

# Jika kita gemar berada di tempat-tempat hiburan seperti karaoke misalnya yang kini ain ketahui wujudnya 'famili karaoke'. HENTIKANLAH berada di tempat sedemikian.Bawalah keluarga ke majlis ilmu, dekatkanlah keluarga dengan aktiviti-aktiviti masjid/surau berdekatan.

# Jika gemar menonton / membaca bahan lucah, HAPUSKAN semua! Hadirkan diri ke majlis ilmu dan bacalah buku-buku Islamiah agar ilmu di dada tidak pernah kering.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan di sini.Janganlah leka dengan kehidupan di dunia ini.Sesungguhnya nikmat dunia yang Allah SWT kurniakan ini harus digunakan untuk mendapatkan nikmat di akhirat kelak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR