Thursday, January 19, 2012

NIQAB DARI PANDANGAN 4 MAZHAB

Assalamualaikum, salam sejahtera pengunjung setia blog NUR.

Kali ini ain ingin berkongsi coretan yang sudah lama ain ingin coretkan di sini.Alhamdulillah, dengan perkongsian daripada seorang sahabiah membuatkan ain terdetik untuk kongsikan kembali apa ain ingin coretkan suatu ketika dahulu.






Mazhab Hanafi:

- muka, tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak, tidak haram melihatnya.
- itupun jika tidak dibimbangi membangkit syahwat dan fitnah.
- anggota2 tersebut harus didedahkan kerana ia sgt diperlukan terutamanya ketika proses mengambil dan memberi sesuatu. Diperlukan dalam kerja2 yg bersangkutan dengan hidupnya (cth: ibu tunggal)


Mazhab Maliki:

- Dua pendapat;
1. Aurat bagi wanita di hadapan ajnabi adalah seluruh tubuh TERMASUK muka dan kedua2 tapak tangan.
2. Membezakan antara wanita cantik dan kurang cantik. Kalau cantik, wajib tutup semua. Jika kurang cantik, tak wajib tutup mukanya dan kedua2 tapak tangannya.


Mazhab Syafie:

- Aurat wanita bermula bila dah baligh.
- Seluruh tubuh harus ditutup termasuklah muka dan kedua2 tapak tangan samada dibimbangi fitnah atau tidak.
- ini pendapat Imam Syafie sendiri.
- Menurut jumhur ulama mazhab Syafie, tidak wajib menutup muka dan kedua2 tapak tangan. Tetapi perlu juga ditutup andainya terlibat fitnah.


Mazhab Hanbali:

- muka, kedua tapak tangan dan kaki bukanlah aurat secara mutlak. Tak haram memperlihatkannya.
- hal ini disebabkan kedua-duanya boleh terbuka ketika solat dan ihram. Jika ia adalah aurat, sudah tentulah disuruh menutupnya kerana menutup aurat adalah wajib.



(ruj: Aurat: Kod Pakaian Islam, Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin, hlm. 56, 57)
[rujukan tambahan: Aurat Dalam Islam,Othman H.I halaman 8 & 9]


Secara peribadi, ain berpendapat berniqab adalah suatu kenikmatan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata.Walaupun adakala diuji dengan pelbagai perkara dan suasana, namun itu tidak sama sekali mematahkan semangat dan niat ain untuk terus berniqab.Hanya ingin mendapat redha Allah SWT semata-mata.

Bagi yang tidak berniqab, hormatilah pendirian mereka dan usahlah berbahas bab hukum sedangkan kita sendiri sedia maklum tentang banyaknya khilaf dan pandangan mengenainya.Jika tidak berniqab sekalipun, tutuplah aurat dengan sempurna.

Bagi yang berniqab pula, muhasabah diri selalu, perbetulkan niat dan elak berlaku perasaan riak dalam diri dengan penampilan peribadi.Usah memandang rendah mereka yang masih tidak menutup aurat atau tidak berniqab, kerana boleh jadi mereka akan menjadi lebih baik daripada diri kita.Allah Maha Tahu.


Moga perkongsian ini bermanfaat..InsyaAllah...

3 comments:

  1. assalamualaikum kak ain ^_^

    haritu kan.. ada kat madrasah al hijrah...

    ustaz habaq... mengikut mazhab syafiee... kena tutup semua ^_^

    yg kedua baru seperti yg kita tahu..

    insyaAllah.. syikin cuba cari..nanti apa2 syikin bg tau kak ain okeh ^_^

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam syikin..:D
    Alhamdulillah, nanti maklumkn akak ye tambahan ilmu ni..syukran dik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Pernahkah anda membaca novel yang mempunyai nota kaki, hadis-hadisnya di sebutkan sumber ambilannya (takhrij).

    Insya-allah, novel ini cuba membawakan kelainan kepada kita semua. Itulah harapan saya. Agar mereka yang membaca dapat menambah ilmu mengenai Islam yang kita anuti.

    Dapatkan Novel Gadis Berniqab terbitan Pustaka Azhar di
    Pesta Buku Kuala Lumpur
    27 April-6 mei 2012
    MO1 dan MO2
    Bilik Mawar, Ground Floor, PWTC
    Harga: RM 20 (tidak termasuk kos pos)
    Mahu tahu apa isinya, sila ke sini http://lobaitampin.blogspot.com/2012/04/promosi-novel-gadis-berniqab.html

    Untuk pembelian terus daripada saya, prosedurnya ialah:
    Sila private messsage di FB saya; Nama, Alamat pos, no telefon, serta jumlah yang mahu dibeli.

    Jika di UIA, novel akan dihantar terus 'by hand', jika diluar, akan dihantar melalui pos laju.

    Insya-allah.

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR