Tuesday, January 24, 2012

TAHUN BARU CINA .. ANG POW..

Assalamualaikum, salam sejahtera peminat blog NUR.Alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya ini.

24 Januari 2012, bersamaan hari kedua perayaan Tahun Baru Cina.Semenjak ain berkahwin hingga kini, ain tidak lagi menyambut perayaan berkenaan secara rasmi.





Perayaan Tahun Baru Cina setakat mana yang ain faham adalah, ia merupakan perayaan terbesar kaum Cina selain Wesak di mana ia diraikan bersempena kemenangan mengalahkan kuasa jahat.Ia merupakan perayaan yang lebih kepada kepercayaan/mitos.Namun, tiada kaitan dengan unsur keagamaan kerana ia juga turut diraikan sesetengah penganut Kristian yang berbangsa Cina.Majoriti yang meraikan adalah penganut agama Buddha.

Makan besar adalah satu aktiviti wajib yang sering dilakukan pada malam sambutan tahun baru, iaitu kaum keluarga akan mengadakan makan malam terbesar yang disertai anak-anak kecil sehinggalah yang berusia warga emas.Makanan yang dihidangkan juga pelbagai jenis, semakin banyak hidangan semakin bertambah rezeki mereka pada tahun itu.Selain itu, pada malam tahun baru digalakkan mengenakan pakaian baru.Begitu juga pada hari pertama perayaan.

Mercun atau bunga api sudah sinonim dengan perayaan masyarakat Cina.Mercun amat penting kerana menurut kepercayaan ianya bertujuan menghalau kuasa jahat.Ang Pow atau poket merah yang berisi wang juga amat penting sebagai simbolik dan tuah buat seseorang.Itulah secara ringkas yang dapat ain nyatakan disini.

Secara peribadi, ain tidak merayakannya lagi kerana perayaan ini diraikan berkaitan dengan kepercayaan mitos nenek moyang terdahulu.Tidak kurang juga ada muslim revert yang meraikan dan ianya bergantung pada niat masing-masing.

Sebagai seorang muslim ain bertanggungjawab menziarahi kedua-dua ibu bapa serta adik beradik ain bagi mengeratkan silaturahim.Tidak meraikan tidak bererti tidak boleh menziarahi kaum keluarga.Cukuplah sekadar ziarah bagi mengubat rindu buat kedua-dua ibu bapa tersayang dan satu-satunya adik perempuan ain yang tunggal.

Namun, agak berbeza dari tahun-tahun sudah.Tahun ini adalah tahun pertama ain tidak makan besar bersama keluarga.Salah satu sebab, ain bimbang akan merosakkan 'mood' ibu bapa ain.Biarlah di malam tahun baru ain tiada buat seketika.Adakala sebagai anak, ain perlu beri ibu bapa ruang untuk bernafas.Memandangkan penampilan ain kini berbeza, berniqab, maka ain harus tidak terlalu memberi tekanan pada mereka.Ain yakin tindakkan ain ini dapat melembutkan hati ibu bapa, InsyaAllah.

Semalam [23 Januari 2012] adalah hari pertama sambutan Tahun Baru Cina.Ain dan suami bersiap-siap dengan pakaian yang bersesuaian beserta buah tangan sebelum bertolak ke rumah ibu bapa.Alhamdulillah, tiada perasaan bimbang atau cemas memandangkan ain tidak berniqab setibanya ain di perkarangan rumah ibu bapa.Itu janji ain pada mereka kerana ain masih hormatkan mereka.

Melangkah masuk ke rumah, seperti biasa ain akan bersalaman dengan ibu ain dan seterusnya ain bertemu dengan bapa.Melihat riak wajah bapa tersayang menimbulkan rasa gembira dalam diri ini.Salam dan kucupan di tangan dihulur dan dapat dirasakan kelegaan di wajah bapa tersayang, seakan-akan mengerti anaknya ini amat menyayanginya.

Rasa sayu dipendam habis-habisan, menahan diri dari mengalirkan air mata.Allahuakhbar.Betapa gembiranya hati ini setelah sekian lama, akhirnya bapa ain dapat menerima ain kembali.Allah...

Suasana riang seperti biasa dengan kehadiran anak-anak buah yang semakin membesar setiap hari dan semakin lasak dengan karenah masing-masing.Kami sekeluarga berborak seperti biasa seakan-akan tiada sebarang perkara yang berlaku sebelum ini.Alhamdulillah, kesabaran dan doa ain selama ini Allah SWT makbulkan.SubhanAllah.

Di awal tadi ain ada menyebut Ang Pow, pemberian tradisi masyarakat Cina buat kaum keluarga.Ain turut memberi Ang Pow buat kedua-dua ibu bapa ain, adik perempuan serta anak-anaknya.Ang Pow dihulur dengan niat sebagai hadiah buat mereka yang amat ain sayangi, tidak lebih dari itu.Seperkara ain ingin kongsikan, sewaktu ain memberikan poket merah atau Ang Pow pada bapa ain, ain rasakan suatu perasaan yang indah.Ang Pow dihulur dan kucupan mesra ain berikan pada kedua belah pipi bapa ain.

Ain berikan ciuman di pipi bapa tersayang, tanda kasih ain dan tanda ain masih menyayanginya seperti dahulu walaupun kini kami berlainan kefahaman dan agama.Allahuakhbar...rasa sedih tak dapat dibendung tatkala kucupan terakhir diberikan.Dan ain tahu bapa ain seorang yang amat penyayang dan mudah berair mata seperti anaknya ini.Kami saling menyembunyikan rasa pilu dalam diri sendiri.Tiada kata-kata diluahkan, hanya gerak geri sahaja memberitahu bahawa kami saling sayang menyayangi.

Ya Allah..jauh di sudut hati hamba MU ini bermohon agar KAU berikanlah hidayah buat bapaku..buat ibuku...bukakanlah hati mereka untuk kembali pada MU YA Allah..kasihanilah mereka sebagaimana KAU kasihani diriku ini..

Moga-moga ibu bapa ain dan adik perempuan ain dibukakan hati menerima hidayah Allah SWT..aamiin.

Setakat ini sahaja secara ringkas yang dapat ain kongsikan bersama sahabat pembaca semua.InsyaAllah, moga bertemu lagi di coretan akan datang..aamiin.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Ain, Firstly nak ucap happy new year juga kat Ain walaupun Ain tak meraikannya..takpekan..
    Sedih hati dyg baca part cium pipi bapa Ain tu..Semoga Doa Ain utk mrk dimakbulkan oleh Allah SWT.Tahniah Ain telah memberi contoh yang baik pd mrk,walaupun berbeza agama, Ain tetap anak mereka dan masih mengunjungi mereka.

    ReplyDelete
  2. terharu pulak baca tulisan ain ni..

    semoga ain istiqamah / bersabar dlm perjuangan / hidup ..

    ReplyDelete
  3. Terharu dan terusik hati akk membaca coretan Ain ni...Semoga hidup Ain sentiasa dilindungi Allah SWT

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Ain...
    moga dipermudahkan segalanya ya...
    semua akan indah bila waktunya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salam sayang buat sahabiah sekalian.Maaf ye terlewat membalas komen.Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas segalanya.
    Terima kasih semua atas doa diberikan.Moga Allah SWT membimbing kita sentiasa agar berada di jalan yg lurus..aamiin..:D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ain.
    Rasa sayu sikit bila baca entri Ain yang ini. Tapi kakchik juga gembira kerana Ain pulang menemui mak ayah di Tahun Baru Cina. Moga-moga kasih-sayang antara Ain dan mereka juga keluarga tetap utuh w/pun berbeza akidah. Mungkin satu hari nanti ada yang mahu mengikut jejak langkah Ain. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya Maha Suci Allah telah memberi Hidayatnya kepada insan-insan yang terpilih. Semoga perjalanan cik Ain akan terus dirahmati dan dilindungi olehNYa..

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya Maha Suci Allah telah memilih Ain untuk diberi NURNYA....semoga Ain terus dilindungi olehNYa..kerahmatan Allah SWT terlalu luas...jika dibandingkan kita hanya menerima setitis rahmatNya berbanding rahmatNya seluas lautan...

    ReplyDelete

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR