Saturday, February 25, 2012

BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ???

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat NUR sekalian.Moga sahabat semua senantiasa dalam keadaan baik dan sejahtera selalu, aamiin.

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas izin NYA ain diberi kelapangan untuk singgah ke blog NUR setelah sekian lama berikutan ain perlu menumpukan perhatian kepada perniagaan di alam maya yang dijalankan sepenuh masa.

Bagi sahabat pembaca yang setia mengikuti blog ini, pasti sudah membaca nurkilan ain berkenaan AURAT, TABARUJJ, PAKAIAN dan sebagainya yang melibatkan kaum muslimat.Begitu juga berkenaan isu berpurdah atau berniqab.

Kali ini, ain memilih satu tajuk yang sudah lama ain ingin coretkan di blog NUR.Tajuk kali ini BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ.

Alhamdulillah, semakin ramai kaum muslimah yang mempunyai kesedaran dan keinginan untuk berniqab.Persoalan yang perlu ditanyakan pada mereka yang sudah berniat atau sudah pun berniqab tidak kira setahun, dua tahun, atau pun sudah bertahun-tahun lamanya.Tanyakan soalan ini pada diri kita sendiri wahai niqabis:

-Adakah kita benar-benar menghayati dan memahami kepentingan dan tujuan berniqab itu sendiri?

-Adakah kita berniqab tapi masih ingin kelihatan cantik?

-Adakah kita berniqab kerana menanti pujian semata-mata?

-Adakah dengan berniqab kita boleh berpakaian sesuka hati?


Persoalan ini bukan hanya ditujukan pada sahabat-sahabat niqabis blog NUR semata, tetapi juga pada diri ain sendiri.Adakah ain berniqab untuk kelihatan cantik? Adakah dengan berniqab ain akan lebih dihormati? Nauzubillah min zalik..Moga dijauhkan dari perasaan sebegini!




Kebanyakkan niqabis gemar mengenakan ikatan niqab dari luar, iaitu selepas mengenakan selendang atau tudung.Namun, HATI-HATI apabila memilih cara ikatan sebegini terutamanya apabila niqab yang anda gunakan itu adalah jenis satu lapis sahaja.Jika niqab satu lapis [seperti dalam gambar] yang anda gunakan, maka, tanpa kita sedar sanggul rambut kelihatan.Maka, aurat kita sebenarnya sudah dipamerkan dikhalayak ramai.Mata-mata yang melihat pasti akan cuba meneka apa yang ada di sebalik kain tudung yang anda kenakan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.


(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Jika sahabat niqabis gemar berniqab dengan mengikatnya dari luar, maka pilihlah niqab yang boleh melindungi ikatan anda di bahagian kepala itu.Pilih niqab jenis 2 atau 3 lapis.InsyaAllah, jika ada sahabat niqabis yang sukar mendapatkan niqab sedemikian boleh berhubung dengan ain.Ain kini dalam usaha menyediakan keperluan muslimah berniqab agar dapat mengenakan niqab dengan cara yang sebaik mungkin, InsyaAllah.




Perhatikan gambar di atas, berniqab namun masih bertabarujj.Lihat foto pertama dan kedua dari kanan yang tumpuan diberikan di bahagian mata niqabis.Berniqab namun masih bersolek/bertabarujj.Berniqab namun masih memperagakan kecantikkan diri.Berniqab namun masih tidak faham apa itu tabarujj.

Sekali lagi ain tegaskan, tidak kiralah kita ini berniqab atau hanya bertudung labuh sahaja BERTABARUJJ DITEGAH DALAM ISLAM!!! Carilah ilmu wahai muslimah sekalian.Untuk berniqab juga perlu ada ilmu.Tanpa ilmu, maka sia-sia sahaja amalan kita selama ini.

Perkara lain yang cuba disampaikan melalui gambar di atas adalah, AURAT WANITA ISLAM.Adakah kita benar-benar faham apa itu aurat? Bertudung, berpakaian labuh, berniqab tidak bererti kita sudah menutup aurat dengan sempurna jika kita tidak peka di mana letaknya aurat itu sendiri.Perhatikan dan anda akan temui jawapannya.InsyaAllah.




Salah satu tujuan berniqab adalah melindungi diri sendiri daripada dilihat oleh orang lain.Berniqab juga bertujuan mengurangkan pandangan sekeliling pada diri para niqabis, selain mendidik diri kita agar menjadi seorang muslimah yang mengerti perasaan malu.

Namun, apabila kain niqab/purdah yang dipilih terdiri daripada kain yang nipis dan jarang hingga menampakkan bayang-bayang wajah, maka sia-sia sahaja berniqab.Selain itu ain pernah terlihat niqabis yang mengenakan niqab yang terlalu ketat hingga melekap di muka hingga menampakkan bentuk hidung dan ukiran bibir.

Nauzubillah min zalik.Moga diri ini dijauhi dari perbuatan demikian.Wahai sahabat niqabis ain kasihi sekalian, telitilah apabila memilih kain yang ingin dijahit sebagai niqab.Pastikan:

-kain dipilih adalah tebal, tidak jarang atau nipis.
-kain bukan dari material yang melekap pada kulit.


Seperkara lagi harus ain ingatkan pada diri ain sendiri dan sahabat sekalian, ELAK MENJAHIT NIQAB DENGAN MENGENAKAN MANIK ATAU SULAMAN.Memadailah memakai niqab yang kosong semata.Pilih warna-warna yang lembut dan tidak garang atau terlalu menonjol.




Mungkin ada sahabat niqabis yang tidak selesa mengenakan full niqab hingga menutupi bahagian dahi.Terpulanglah pada niat masing-masing.Namun sebaik-baiknya, tutuplah bahagian dahi anda itu walau pun tidak mampu menutup bahagian kening.Jika anda mengenakan half niqab sahaja, pastikan mengenakan anak tudung sebelum mengenakan selendang atau tudung biasa.Ini bagi mengelak, anak-anak rambut jelas kelihatan seperti gambar di atas.




Seperti ain katakan tadi, jika tidak mampu mengenakan full niqab maka memadai mengenakan anak tudung agar tertutup bahagian ubun-ubun rambut.Bagi yang mengenakan half niqab juga, ain nasihatkan pada diri ain sendiri dan sahabat niqabis sekali lagi, elak bertabarujj di bahagian kening anda.Jika tidak mampu full niqab, maka janganlah bersolek di bahagian kening atau sekeliling mata.





berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..
berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..

apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..

berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...


ingatan buat diri ini..

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak ain sayang... 100% setuju dgn kak ain ...

    Alhamdulillah.. kadang2 syikin menegor .. kalau di luar.. tp lihat kepada org juga..


    Kecewa.. melihat orang memakai tudung sekdar menutup leher.. kemudian mengenakan niqob


    memakai pakaian ketat berniqob..


    memakai eye liner dan bulu mata palsu kadang2 eye shadow.. berniqob


    senang nya nak faham gini kot...


    menutup aurat mengikut syarak : wajib.

    bertabaruj berlebihan dan dilihat oleh mereka yg bukan mahram : Haram

    berniqob : sunnah.


    jangan cemarkan sunnah dengan akhlak dan nafsu anda wahai niqobi di luar sana :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam syikin...lamanya akak tak dengar khabar berita..mana menghilang..
    Coretan ni agak ringkas, banyak lagi yang nak dikupas.InsyaAllah..syukran syikin..

    ReplyDelete
  3. salam alayks kak ain...syukran atas perkongsian..ana sngat brsetuju dgn pandangan akak..yg mmbezakan antara 2 wanita yg memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka...Sedangkan sehelai kain itu bukanlah neraca penentu taqwa ataupun tidak...antara cntik dimata ALLAH n brgaya dimata manusia,2 benda yg berbeza.....btw prkongsian yg mnarik..moga thabat ya kak ain.. may ALLAH bless..^__^

    ReplyDelete
  4. subhanallah, kata kata kamu sangat cantik. tQ for sharing this info ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kita belajar2 mengikut sunnah dan amal...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..ain..ana suka kata-kata ain...mudah2an bertambah kaum hawa spt pmkrn ain..sebarkn kebhgian..la illahaillallah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..maaf ye lambat ain membalas message kalian.Syukran yea atas pandangan dan nasihat diberi.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. aslmkum kak ain srikandi..br tbc post ni dlm group srikandi. syukran ats tajuk yg jannah cari2 slama ni.slm ukhwah..slm ziarah =)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum k.ain...
    saya mimi... ingin skali berniqab...
    sya hnya insan biasa...
    ingin jdi lbih baik..
    sya plahan2 mula memakai hndsok n stokin sjak 2thun lpas
    dan kini melalui proses untuk melabuhkan pkaian sya..
    dan saya ingin pula berniqab..
    apa perkara yg saya hrus lakukan?
    dan dimana sya boleh dpatkan niqab ni??

    ReplyDelete

terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain..pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR