Monday, February 6, 2012

BERNIQAB BUKAN PENGHALANG




Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sahabiah NUR sekalian.Alhamdulillah, bertemu kembali kita di alam maya ini.

Sebelum ain meneruskan coretan, ain ingin berkongsi luahan seorang niqabis:

"Bila melihat video Waheeda bercakap di depan umum dengan berniqab... teringat persoalan sesetengah orang yang mengatakan pakai niqab tidak sesuai untuk berdakwah. Malah menganggapnya menjauhkan diri dari masyarakat. Saya pakai niqab di Melbourne biasa saja didekati non muslim dan disapa mesra oleh mereka... bahkan banyak kali mereka yang mula-mula menegur saya. Di Malaysia dahulu pun biasa di sapa non muslim berbangsa Tionghua baik lelaki atau perempuan, tua dan muda. Terasa malu pula sebab sunnah Nabi s.a.w ialah Baginda terlebih dahulu memulakan salam atau menyapa orang lain. Lebih terasa malu kerana tidak mampu menerangkan tentang keindahan Islam kepada mereka yang baik-baik itu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ"

Di sini, ain ingin berkongsi dengan semua video ain perolehi daripada niqabis yang berkongsi luahan, ukhti Nur [Ummu Abbas Abdullah]:





SubhanAllah, Alhamdulillah.Sudah lama ain nantikan video sebegini untuk dikongsikan bersama.Terima kasih kepada saudara/saudari yang merakam video ini dan dikongsikan di YouTube.

Pelbagai persoalan berbangkit berkenaan muslimah berniqab, antaranya:

-muslimah berniqab sukar bergaul dengan masyarakat
-muslimah berniqab sukar didekati
-muslimah berniqab tidak boleh berdakwah pada masyarakat
-imej muslimah berniqab akan menyebabkan non muslim takut dengan Islam
-muslimah berniqab dikatakan EXTREME
-muslimah berniqab hanya tahu menyembunyikan diri, anti sosial
-muslimah berniqab berlagak alim/solehah
-muslimah berniqab hanya untuk wanita Timur Tengah
-berniqab tidak sesuai dengan suasana di Malaysia


Ini sebahagian isu berbangkit yang dapat ain fikirkan setakat ni.Jika ada lagi yang ingin ditambah, sila tinggalkan persoalan di ruang komen.

Persoalan sukar didekati, anti sosial, menjauhkan diri daripada masyarakat, bagi ain itu adalah satu perkara berbangkit yang tidak logik sama sekali.Kenapa ain katakan demikian? Ini kerana sepanjang ain berniqab dan berkenalan dengan ramai niqabis, Alhamdulillah, kami niqabis tidak pernah menjauhkan diri daripada masyarakat, bahkan sesetengah masyarakat yang menjauhkan diri mereka daripada kami.

Ain sendiri tidak pernah mengelak untuk berjumpa dengan masyarakat, malah ain cuba berhubung dengan mereka tidak kira kenalan baru atau lama, berniqab atau tidak berniqab.Namun, tidak semua yang dapat menerimanya dengan baik, ada diantaranya terus sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita.Alhamdulillah, ujian kecil ini mengingatkan ain agar jangan terlalu bergantung harap pada makhluk ciptaan Allah SWT dan sebaliknya bergantung harap sepenuhnya pada Allah SWT.Alhamdulillah, ain dapat menerimanya dengan baik.Pasti ada hikmah atas segalanya.

Dari segi pergaulan, tidak tepat jika mengecop para niqabis sebagai anti sosial.Sebagai seorang wanita Islam, berniqab atau tidak, kita bertanggungjawab dan berhak bergaul dengan siapa kita rasakn bersesuaian.Menjadi keutamaan wanita Islam untuk bergaul mengikut syariat Islam, dan bukan menghalalkan sebarang pergaulan bebas tanpa ada alasan yang munasabah.Wanita Islam juga dididik untuk membawa teman/mahram bersama apabila keluar dari rumah dan bukan berpeleseran tanpa arah tujuan.Semenjak ain berniqab, jarang sekali ain keluar bersendirian tanpa ditemani suami walaupun untuk membeli barang dapur.Ain hanya sendirian apabila adanya keperluan dan setelah mendapat keizinan daripada suami, misalnya menghadiri kelas agama atau pulang menziarahi ibu bapa ain.Alhamdulillah, semenjak berniqab ain lebih peka dengan apa yang ain ingin lakukan dan ke mana ain ingin pergi.Malah, suami lebih mengambil berat akan diri ini.

Sebelum ini ain mengatakan bahawa keluarga kandung tidak dapat menerima ain berniqab, namun kini Alhamdulillah keluarga ain dapat menerimanya dengan baik.Walaupun mereka non muslim, mereka lebih memahami keadaan dan perasaan ain sebagai seorang wanita Islam berbanding mereka yang bernama Islam.Tidak kurang juga rakan-rakan lama yang non muslim dan muslim juga masih berhubung tanpa ada rasa janggal antara kami.Jadi, ain tidak bersetuju jika ada yang berpendapat berniqab sukar bergaul dalam masyarakat.Tidak sama sekali.

Persoalan berniqab hanya untuk wanita Timur Tengah dan tidak sesuai untuk orang asia, Malaysia amnya amat tidak tepat sama sekali.Ain memegang pada wajib untuk berniqab, seperti kita sedia maklum berniqab ada khilafnya sendiri.Tidak kiralah Harus, Sunnah, atau Wajib, ianya adalah pakaian Ummul Mukminin.Tidak salahkan jika kami niqabis ingin mencontohi pakaian para Ummul Mukminin? Tidak salahkan kami niqabis mencontohi pakaian yang dapat menjaga kami dan mengingatkan kami agar perbaiki diri selalu untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik hanya untuk Allah SWT?

Adalah lebih elok kita mencontohi pakaian Ummul Mukminin dari mengikut pakaian yang menjolok mata itu.Usah terlalu taksub dengan fesyen terkini yang tidak pernah cukup kain itu.Usah beralasan belum sampai seru, atau belum bersedia.Usahlah hidup dengan beralasan.Allah SWT tidak pernah beralasan dengan hamba NYA dalam memberi nikmat kehidupan.Cukuplah dengan memakai pakaian labuh dan menutup aurat, tidak semestinya perlu berniqab kerana terpulang pada diri masing-masing.Belajarlah untuk bersyukur selalu pada Allah SWT.

Berniqab tidak bererti kami sudah cukup sempurna atau layak dipanggil solehah.Siapalah kami untuk mengecop diri sebagai wanita solehah.Hanya Allah SWT sahaja yang berhak dan lebih tahu diri para hamba NYA.Hanya Allah SWT sahaja yang tahu menilai daripada diri kita sendiri.Walaupun kami niqabis, kami masih hamba Allah SWT yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Kita semua sama sahaja, masih perlu perbaiki diri setiap hari.


berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..
berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..

apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..

berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...

ingatan buat diri ini...


Jadikan diri kita sebagai medan dakwah bergerak semata-mata untuk Allah SWT dan bukan selainya.Bukan mengharapkan pujian atau diagung-agungkan oleh mereka yang bernama manusia.Cukuplah hanya untuk mencari redha Allah SWT.Berniqab atau tidak, setiap daripada kita wajib menyampaikan kebaikkan dan mencegah kemungkaran.

Buat sahabat sahabiah ain kasihi sekalian, berniqab bukanlah penghalang untuk kami menyampaikan dakwah.Setiap daripada kita ada caranya sendiri menyampaikan dakwah.Berdakwah melalui penampilan, penulisan dan jika mampu di khalayak ramai seperti yang dilakukan oleh saudari Waheeda sendiri, muslimah berniqab.Lakukanlah dakwah dan fahamilah bahawa berniqab bukan alasan untuk tidak berdakwah.


Niqab Itu Bukan Paksaan
Bukan Juga Bahan Hinaan
Aku Memakainya Bukan kerna Aku Bangga Kecantikan Diri
Aku Memakai Kerana Kecantikan Sunnah Buat Isteri Nabi
Cukuplah Tatapan Wajah Untuk Ajnabi dan Suami
Dengannya Aku Berasa Selamat
Menyelamatkan Juga Hati Dari Syaitan Yang Syahwat
Dengannya Juga Bukan Bermakna Diri ini Lemah
Azam Diri Menjadi Contoh Wanita Solehah
Tidakku Menyeru Kalian Berniqab Begini
Cukuplah Aurat Ditutup Rapi
Semoga Rahmat Allah dan Rasul Memberkati diri
via Jannati Baiti



11 comments:

  1. pengalaman nani..bila berniqab..nani x selesa nak jalan sendirian..lebih selesa ditemani suami..rasa janggal..

    ReplyDelete
  2. الحمد لله

    ReplyDelete
  3. share entry..hapy blogging n teruskn dahwah..:)

    cinonexcoreyan.com

    ReplyDelete
  4. Salam Nur,

    Dah lama tak dengar cerita Wahida. Baru tahu dia bergiat aktif berdakwah dgn suami dia ya. Alhamdulilah.

    Semoga Ain teruskan perjuangan juga.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..byk sy baca tentang berniqab dlm blog saudari.memg byk perkara yg perlu diperbaiki.terima kasih atas nasihat dan kata2 motivasi yg indah.selamat berdakwah dan blogging. Wassalam :-)

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH.. gembira hati saya baca entry ain
    saya hanya muslimah biasa yang sentiasa mencari Nur Ilahi
    baru berniqab atas keinginnan sendiri
    rasa lebih selamat dan terjaga..
    saya doakan sahabat sejahtera dan bahagia dunia dan akhirat juga sntiasa dpermudahkan dalammenyampaikan dakwah.. :) assalamualaikum ain.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mekar.
    Apa khabar, maaf yea baru kini ain balas pesanan ni.InsyaAllah sama-sama kita teruskan perjuangan tidak kira dalam apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Khumaiera.
    Moga segala perkongsian di sini bermanfaat, insyaAllah.Ingatan buat diri ain juga.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Awa..
    SubhanAllah, Alhamdulillah..tahniah akak ucapkan.Moga niat baik adik dipermudahkn Allah selalu, aamiin.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum akak, saya sudah lama berniat hendak berniqab. pernah berniqab ketika ketika umrah dulu ttapi tidak diteruskn di malaysia. saya ada soalan yg malu ditanya pd org lain kerana takut dikatakan perasan cantik.namun, saya tidak pernah rasa diri ini cantik. kak, saya ini seorang guru. adakah saya berdosa jika pelajar lelaki memuji2 saya? setiap kali saya dipuji, rasa diri ini sangat berdosa dan hina. saya sentiasa menjaga aurat, pandangan dan tingkah laku.melihatkan keadaan ini,adakah jatuh hukum bagi saya berniqab?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum akak,,saya suka baca setiap entry akak. rasa motivated ja. teruskan usaha akak. dah lama nak berniqab . pernah dulu cuba pakai niqab kawan , rasa nak mnagis n rasa trlndung. doakan saya berniqab suatu hari nnt

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ain. Pendapat / pandangan anda amat ain hargai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAHABAT NUR

SAHABAT NUR